BERSYUKUR SAAT DIUJI (Buku Ulangcetak)
MUHD KAMIL IBRAHIM
ISBN: 978-983-097-351-7
Kod: GB0174
Tebal: 214 ms
Kategori: Motivasi
SAIZ: L: 13.5cm X H: 21.5cm X W: 1.5cm
Berat: 0.3 KG
Harga: RM22.00/RM22.00
Saya didatangi oleh seorang
ustaz yang mengharapkan pertolongan agar anaknya diterima masuk sebagai staf
UiTM. Jawatan kerani. Pagi-pagi lagi beliau sudah muncul di rumah. Lalu saya
dengar dengan teliti tujuan kedatangan beliau dan dengan nada perlahan saya
berkata,
“Ustaz, boleh saya bertanya
satu soalan? Jika ada calon yang ditemu duga, katalah anak ustaz yang paling
teruk sekali, tidak berkelayakan, maka jika saya memberi markah yang tertinggi
kepadanya, adakah saya berdosa? (Nota: beliau memberi jawapan, “berdosa”).
Sanggupkan ustaz menyuruh saya melakukan dosa?”
Saya menitiskan air mata di
hadapan beliau. Dalam sebak inilah saya nyatakan kepada beliau, “Ustaz, saya
mungkin mempunyai sedikit kuasa, tetapi kuasa Allah lebih luas dan tidak
terperi hebatnya. Saya tidak mahu berdosa. Tolonglah saya ustaz untuk tidak
melakukan dosa. Ustaz orang beragama. Ustaz orang pandai. Saya orang bodoh,
jahil dan tidak berilmu.”
Beliau meninggalkan rumah saya
tanpa berkata apa-apa.
Dr Mohd Rashidee Alwi – Rahsianya agak mudah. MKI (Muhd Kamil Ibrahim) menulis dari hati. Lalu hatilah yang disentuh. Di atas segalanya, Allah mengurniakan kepada profesor yang satu ini kebolehan menyentuh kalbu insan yang lain. Bacalah dengan hati yang lapang.
Ainun Mardhiah Ismail – Bacalah dengan mata hati. Di sebalik tabir kehidupan insan-insan lain terdapat peringatan, teguran dan didikan daripada Allah agar kita sentiasa memperbaiki diri untuk menjadi hamba-Nya yang terbaik.
NOTA: Buku ini pertama kali terbit pada Mei 2012. Buku ini diterbitkan semula pada tahun ini (2021/ ulangcetak ke10) memandangkan kandungannya yang masih relevan dan sesuai untuk situasi masa kini. Moga ia membantu pembaca menghadapi setiap ujian Allah dengan sabar dan tabah.
No comments:
Post a Comment