Travelog 4 Mazhab (Ikhtilaf: Rahmat Berbeza Pendapat)
ISBN: 978-629-7556-53-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor & Haji Mohd Yusri Mohd YUsoff
Kod: GB0802
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 344 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 4 Color
Berat: 0.65kg
Harga: RM48.00/RM50.00
Sinopsis:
Perbezaan pendapat, khususnya dalam mazhab-mazhab fiqh, menjadi satu aspek yang menarik dalam tradisi hukum Islam. Islam sebagai agama rahmat meraikan perbezaan, namun ia satu cabaran tersendiri dalam menguruskan isu-isu ibadah harian dan sosial dalam kalangan masyarakat awam.
Penulis mengembara untuk menjejaki pengalaman dan pengamalan empat mazhab berbeza oleh umat Islam di beberapa negara Islam. Kembara ini merentasi lima negara dan tiga benua. Bermula dengan Maghribi dan Mesir di benua Afrika, lalu ke Arab Saudi di Asia Barat, kemudian menuju ke utara peta dunia iaitu Turki di benua Eropah sebelum kembali meneruskan kembara ke tanah air tercinta, Malaysia.
Banyak isu
dan perbahasan yang kami bincangkan bersama para ulama di sepanjang musafir
ini; antaranya:
- Kepentingan bermazhab
- Mengenal sejarah Imam empat mazhab
dan metodologi mereka dalam mengeluarkan hukum-hakam
- Memahami isu-isu masyarakat berkaitan
taharah, doa qunut, talqin, tahlil, zakat, perkahwinan dengan ahli kitab,
perbankan Islam, dan sebagainya.
Jawapan bagi persoalan di atas akan anda jumpai dalam helaian-helaian naskhah Travelog 4 Mazhab ini.
Penulis
No comments:
Post a Comment