.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

May 6, 2024

Catatan Tadabbur Quran@114 (Jilid 1)

Bakal Terbit
Catatan Tadabbur Quran@114
(Jilid 1)
ISBN: 978-629-7556-81-9
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0803
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 280 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 2 Color
Berat: 0.55kg
Harga: RM35.00/RM37.00

Sinopsis:

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah Catatan Tadabbur Quran@114 ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.

 


Penulis

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 merupakan naskhah kelapan beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...