CELIK MATA HATI
ISBN: 978-983-097-805-5
Kod: GB 553
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi
Tebal: 248 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.32 kg
Terbit: Jun 2019
Harga: RM25.00/RM27.00*
SINOPSIS
Di tengah-tengah kemelut hidup yang maha dahsyat ini,
masih ramai yang lebih prihatin dan lebih berminat dengan tentang gajet-gajet
teknologi berbanding persoalan hati.
Betapa ramai manusia yang lebih serius
untuk servis keretanya berbanding ‘servis’ hatinya. Kereta dicuci, ditukar dan
dihias dengan pelbagai aksesori sedangkan jiwa, fikiran dan emosi terbiar kotor
dan berkarat.
Justeru, tidak hairanlah mengapa ramai manusia umpama kereta
rosak yang sedang terhincut-hincut dalam perjalanan hidup yang penuh cabaran
ini.
Manusia seharusnya tidak terkapa-kapa dengan pelbagai
soalan tanpa jawapan. Buku ini ditulis atas dorongan ingin melihat Islam
kembali menjadi cara hidup, bukan semata-mata cara mati.
Buku ini akan memperlihatkan keterkaitan (linkage) yang kukuh
antara hubungan dengan Allah dan manusia, ibadah dengan kerja, laba dengan
pahala, material dengan spiritual, dunia dengan akhirat.
Insya-Allah, buku pertama dalam Modul Mukmin Profesional
ini akan memfokus kepada Mukmin Profesional, Hidup Cemerlang dengan Memberi,
Erti Kecemerlangan Dunia dan Akhirat, Sikap Positif Penentu Kejayaan dan
Kesedaran Celik Mata Hati.
TENTANG PENULIS:
Berpengalaman
lebih 30 tahun dalam penerbitan buku dan majalah berunsur Islam serta dianggap
sifu dalam bidang penulisan Islami. Melalui firma motivasi Fitrah Perkasa Sdn.
Bhd. yang kini beliau sebagai peneraju utamanya, beliau merangka modul dan
mengendalikan program-program motivasi dengan pendekatan Islam untuk
organisasi, syarikat korporat, pelajar dan awam. Sering berada di pentas forum
serta ke udara dalam rancangan televisyen dan radio membicarakan isu-isu yang
pelbagai menggunakan suluhan kacamata Islam.
Mantan
Ketua Editor majalah Solusi dan
mengendalikan slot Islam Itu Indah dan Mukmin Profesional di radio IKIM.fm.
Berpegang pada prinsip bahawa penulis perlu lebih banyak membaca daripada
menulis, beliau meneroka dunia pembacaan yang luas merangkumi kitab-kitab
tafsir, kitab kuning, dan buku-buku dalam pelbagai subjek termasuk buku-buku
motivasi dari Barat.
Lahir di Ipoh, Perak, beliau juga
berpengalaman menjelajah ke pelbagai negara seperti China, negara-negara Timur
Tengah, Britain dan Turki. Beliau aktif menulis dalam blognya genta-rasa.com
dan telah menghasilkan banyak buku. Modul Mukmin Profesional 2: Celik Mata
Hati adalah buku kelapan beliau bersama Galeri Ilmu selepas Satu Rasa Dua Hati, Nota Fikir Untuk
Zikir,Seraut Kata Selaut Rasa, Katakan Pada Hati, Revolusi, Laba Di
Sebalik Bala dan Kilas dalam Kias.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment