HIDUP BIAR SMART
ISBN: 978-983-097-810-9
Kod: GB558
Penulis: Liza Suhana Ramli
Tebal: 154 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.21 kg
Tarikh terbit: 12/3/2019
Harga: RM15.00/RM17.00*
SINOPSIS
Catatan ini ditulis genap 15
tahun penulis menyandang gelaran sebagai pendidik. Ya! Isu-isu remaja amat
dekat dengan penulis sejak sekian lama.
Pelbagai cerita pahit manis yang
ditempuhi oleh siswa dan siswi telah penulis saksikan. Mendepani ragam remaja
yang kian menginjak dewasa ini meninggalkan seribu satu kisah yang di antaranya
menjadi garapan untuk habuan mata dan hati masyarakat di luar sana.
Cabaran berdikari buat pertama
kalinya tanpa pengawasan ibu bapa dan guru menjadi titik permulaan yang penting
dalam kehidupan di kampus. Bagi yang kukuh iman di hati dan pandai membawa
diri, tidak akan semudahnya menyerah dengan cabaran yang mendatang dan tidak
pula mudah terbuai dengan keseronokan yang terhidang di depan mata.
Pilihlah sahabat yang jelas
hala tuju dunia dan akhiratnya. Jangan mudah terpedaya dek cinta yang belum
pasti berakhir menjadi jodoh. Elakkan diri daripada terjebak dengan pergaulan
yang tidak sihat yang bakal mengundang mudarat. Uruslah emosi sendiri supaya
mudah meniti jalan yang bakal ditempuhi. Jaga akhlak yang menjadi cerminan
peribadi. Tetapkan matlamat dan tingkatkan usaha untuk menggapai kejayaan yang
diimpi.
ALU-ALUAN
“Buku yang penuh dengan nasihat dan perkongsian
pengalaman serta ilmu. Bermula dengan cabaran berdikari dan pelbagai pengalaman
hidup dari alam percintaan sehinggalah perubahan dan tekanan emosi dalam
menangani cabaran hidup, penulis telah mengheret kita lebih jauh dalam
mendalami erti kehidupan. Realiti dalam kehidupan disentuh dalam bentuk cerita
yang mampu menonjolkan mesej yang ingin disampaikan.”
-
DATO PROF. DR. HJ. MOHD IDRUS HJ. MOHD MASIRIN
“Penulis telah menyajikan 28 kisah benar yang ditulis
dengan berlatarbelakangkan sebuah institut pengajian tinggi negara. Penulisan
dengan gaya bahasa yang bersahaja diperkukuhkan pula dengan hadis sahih, cerita
daripada Al Quran dan kisah para Nabi serta pesanan cendekiawan pasti akan
menggamit pembaca untuk terus membaca sehingga helaian terakhir. Uniknya buku
ini kerana ia dapat diangkat sebagai sebuah naskhah motivasi. Penceritaan
dengan nada yang santai tetapi intinya menyengat di hati.”
YUSMA YUSOF
Tentang Penulis
Liza Suhana Ramli adalah seorang pensyarah di Politeknik
Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah. Beliau berkelulusan Sarjana Pendidikan
Teknik dan Vokasional dan Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Anak sulung kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang ini
berkecenderungan dalam isu meningkatkan motivasi remaja dan pernah terlibat
dalam beberapa program motivasi pelajar. Beliau juga merupakan salah seorang
perantis Akademi Bonda Nor yang diasaskan oleh penulis buku motivasi terkenal
tanah air, Bonda Nor.
Kecintaan beliau terhadap bidang penulisan telah
membuahkan hasil dengan terbitnya buku solo pertama Oh, My Students! dan
diikuti dengan buku antologi, Rencah Kehidupan dan Kiblat Kehidupan. Terkini,
beliau tampil dengan buku antologi Siri Bercakap Dengan Cermin dan buku solo
terbaharu, Hidup Biar Smart terbitan
Galeri Ilmu Media Group.
No comments:
Post a Comment