.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Apr 3, 2014

3 Jiwa 1 Cinta

GB0270: 
Judul: 3 Jiwa 1 Cinta
PENGARANG: Naimal Aina, Nurin Hanna
TEBAL: 540 ms
ISBN: 978-983-097-328-9
HARGA: W/M: RM19.00 DAN E/M: RM21.00


Dahlia, seorang gadis yang periang.

Aiman, memutuskan hubungannya dengan Dahlia lantaran umur mereka yang masih mentah. Halimah Ng, membuat Dahlia membencinya agar tidak dituduh sebagai perampas kasih sayang seorang anak kepada ibu bapanya. 

Tanpa diduga Dahlia berjumpa semula dengan Aiman di UIAM. Sementara itu, masyarakat memandang serong kepada mualaf seperti Halimah Ng yang berstatus janda tanpa anak. Ini kisah cinta Dahlia. Apakah kesudahannya dengan Aiman? Dengan Halimah Ng?

Dilema Cinta Ain

Gadis remaja itu datang daripada keluarga orang berada. Namanya Nurul Ain Mardhiah. Semasa berusia 12 tahun dia sudah jadi yatim piatu. Ibu dan ayah saudara mengambil alih memelihara. Dia dimasukkan ke sekolah berasrama. 

Kurang perhatian dan bimbingan dia jadi gadis bermasalah. Kerana kepintaran dia berjaya sambung belajar ke Perth, Australia. Di sana mujur dia mendapat petunjuk dan ihsan daripada rakan-rakan. Bukan beriman namanya jika tidak diuji. Ujian cinta dan jodoh menanti pula di Malaysia buat Ain.

2 comments:

Naurah Musyahidah said...

3 Jiwa 1 Cinta lahir daripada pengalaman saya menjadi "Doktor Cinta" secara tidak sengaja sejak dari zaman belajar di universiti sehingga bergelar guru di sekolah. Saya cuba selitkan penyelesaian yang saya kutip daripada Junjungan Mulia Rasulullah SAW utk konflik cinta yg tidak akan tercapai, Cth masalah tangan bertepuk sebelah, orang ketiga dan sbgnya di dalam kisah ini. Iaitu dengan membuatkan orang berkenaan putus asa atau membenci walau terpaksa berbohong. Metode ini saya kutip ketika masih belajar di universiti melalui kitab At-Tibbun Nabawi yg telah diterjemah dengan tajuk Sistem Pengubatan di Zaman Rasul. Tulisan Ibul Qayyim Al- Jawziyyah yg diterjemah oleh Drs. Nasir Shalih cetakan tahun 1998. Dan saya selitkan metode ini melalui tindakan Aiman membuatkan Dahlia membencinya demi supaya Dahlia cepat melupakannya. Malah, saya pernah berjaya menyelesaikan masalah cinta sahabat saya melalui cara ini. Mungkin bagi pendokong Ahluss Sunnah Wal Jamaah tidak berapa bersetuju dengan sesetengah pendapat Ibn Al- Qayyim, namun setahu saya tidak semua pendapat beliau di dalam dunia ilmiah ditolak mentah-mentah oleh ulamak Ahluss sunnah Wal jamaah. Semoga tulisan ini bermanfaat terutama buat remaja yang baru hendak mengenal dunia dan masih mentah dalam soal cinta terutamanya.

Naurah Musyahidah said...

TESTIMONI Novelet Dilema Cinta Ain
Sumber: http://nurainsyuhadah2.blogspot.my/2014/

Gadis remaja itu datang daripada keluarga orang berada. Namanya Nurul Ain Mardhiah. Semasa berusia 12 tahun dia sudah jadi yatim piatu. Ibu dan ayah saudara mengambil alih memelihara. Dia dimasukkan ke sekolah berasrama. Kurang perhatian dan bimbingan dia jadi gadis bermasalah.Kerana kepintaran dia berjaya sambung belajar ke Perth, Australia. Di sana mujur dia mendapat pentujuk dan ihsan daripada rakan-rakan. Bukan beriman namanya jika tidak diuji. Ujian cinta dan jodoh menanti pula di Malaysia buat Ain. 

*********************************************************************************************************************************
          Jadi, itulah sinopsis novel 'Dilema Cinta Ain'. Macam bosan saja sinopsisnya, bukan? Hada pun rasa begitu sebelum membacanya. Tetapi Hada baca sahaja kerana Mak Su Hada beri kepada Hada. Tengok-tengok lepas habis baca, memang best sangat-sangat! Tapi budak kecil tidak digalakkan baca. Memanglah tidak digalakkan. Inikan novel dewasa. Ok lah. Hada nak persembahkan Isi-isi kandungannya pula. Selamat membaca semua ^___^

           Isi Kandungan
Bab 1: Kembali ke tanah air
Bab 2:Pilihan kerjaya
Bab 3: Kealpaan diri
Bab 4:Percaturan Emosi
Bab 5: Konflik Hati
Bab 6: Ujian seorang hamba

          Sedikit sahaja isi kandungannya. Tidak banyak pun. Cuma 6 bab sahaja. Tetapi, jalan ceritanya tetap menarik walaupun isi kandungannya sedikit. muka surat keseluruhannya ialah 396 m/s. Banyak kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...