MISTERI POTRET WANITA
Siri: Seramisitk
ISBN: 978-629-7716-94-7
Penulis: Mariam Sarbuni
Kod: GB0924
TEBAL: 104 ms
SAIZ: 5” X 7.5”
Berat:
Harga: RM10.00/RM12.00
Blurb
Keluarga Salina terpaksa berpindah ke rumah baru kerana keluarga
menghadapi masalah kewangan. Baba Salina telah diberhentikan kerja. Mereka
berpindah ke sebuah rumah lama yang terletak agak terasing di hujung lorong.
Salina hairan kenapa Mama memaklumkan bahawa sewa rumah tersebut lebih murah
sedangkan keluasan rumah itu sangat luas. Cuma agak usang dan seperti lama
ditinggalkan.
Setelah berpindah ke situ Salina dan adiknya belajar untuk
menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan kawan-kawan baru.
Pada suatu hari, Mama kehilangan barang kemasnya. Perkara itu
juga akhirnya mencetuskan perbalahan antara kedua-dua orang tuanya. Kemudian
Baba dan Mama pergi berjumpa dengan seorang ‘bomoh’ untuk mencari barang yang
hilang itu. Salina pelik dengan amalan yang bomoh beri untuk dapatkan barang
hilang.
Beberapa hari kemudian, adik lelakinya pula terkena gangguan setelah pulang bermain di waktu senja. Mama dan Babanya sekali lagi pergi berjumpa bomoh yang sama untuk mendapatkan rawatan.
Namun, selepas itu keluarga mereka lebih kerap diganggu manakala
Mama dan Babanya lebih kerap bertengkar. Salina merasakan kehidupan keluarganya
semakin tidak aman dan tenang.
Apakah yang sebenarnya terjadi terhadap keluarga Salina di rumah
agam itu?


No comments:
Post a Comment