Pulangkan Kembar
Puaka
ISBN: 978 - 983 - 097- 717 - 1
Kategori: Fiksyen
Penulis: Kayy Mann
/ Iz Zunairah / Mus Nasmian
Kod: BP019
Tebal: 224 ms
Harga: RM17.00/
RM19.00
SINOPSIS:
NOVELET PULANGKAN KEMBAR PUAKA
PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal
menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang
dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta
mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas
kewangan’.
Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia
mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah,
kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain
melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada
setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.
Sebelum kejadian pelik itu, Haikal
bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang,
Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya
kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang
berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua
ini berlaku?
KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas
memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula
terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya
tersiar di dalam akhbar tempatan.
Ketidakpercayaan Azmira dengan
sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun,
semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh
menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada
Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?
Sedikit demi sedikit hijab
kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia
menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan
catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?
PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang
tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh
sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja,
Wak Aji cuba membantu.
Tanpa
disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana
yang nekad mahu membalas dendam.
Mujurlah
anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan
jembalang dan syaitan.
Mungkinkah makhluk berambut panjang
dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya
Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan
keluarganya?
TENTANG PENULIS:
KAYY MANN
Pemilik
nama sebenar Kamariah Osman ini merupakan pemegang ijazah Perakaunan Universiti
Sultan Zainal Abidin (UniSZA), juga pemegang sarjana Forensic Accounting & Financial Criminology dari UiTM. Aktif
menulis untuk kolum Belajar Penuh Gaya,
majalah Fokus SPM. Merupakan penulis
buku Gadis Komik terbitan Galeri Ilmu
Sdn Bhd.
IZ ZUNAIRAH
Iz Zunairah merupakan nama pena
kepada pemilik nama Zunairah Binti Ismail. Berasal dari Bukit Piatu, Melaka.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dari Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam, Bangi. Kini bertugas sebagai Guru Pendidikan Islam di salah
sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Pontian, Johor. Penulis cerpen di dalam
beberapa buah buku antologi seperti Epistolari,
Sedetik.doc, Blur dan Kembara Ternoktah Di
Syurga.
MUS NASMIAN
Nama sebenar
adalah Musleha Nasmian dan memilih mengunakan nama pena Mus Nasmian. Karya
pertama beliau adalah sebuah skrip drama Hang
Jebat Derhaka juga menjadi pengarah kepada pementasan drama ini di Sekolah
Kebangsaan Seri Bandan. Karya pertama beliau adalah Puaka Pejabat – Selendang Merah terbitan Penerbit-X untuk siri
cerita hantu.
No comments:
Post a Comment