Judul: Nasihat Pak Bidan Untuk
Wanita
ISBN: 978-983-097-716-4
Kod: GB0482
Penulis: Prof Dato’ Dr Hamid Arshat
Tebal: 176 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00
SINOPSIS
Setiap
pasangan pasti ingin menimang cahaya mata yang sihat dengan secepat mungkin.
Namun, kita hanya mampu merancang, dan Allah-lah yang menduga kita dengan
pelbagai ujian. Ada yang berjaya mendapat zuriat dan ada yang terpaksa tunggu
bertahun-tahun, bahkan ada yang disahkan mandul.
Insya-Allah,
buku ini akan membantu semua pasangan, sama ada yang akan menimang cahaya mata
atau yang berusaha ke arah itu. Antara perkara PERLU TAHU yang ada dalam buku
ini:
• Panduan untuk Hamil
• Merancang Jantina Bayi
• Perkembangan Janin
• Rangsangan Sensori Prenatal
• Makanan Terbaik untuk Kehamilan
Bukan itu
sahaja, turut diperjelaskan:
• Kompilkasi kehamilan
• Pendarahan Sewaktu Awal
Kehamilan
• Pendarahan Peringkat Akhir
Kehamilan
• Toksemia Kehamilan
• Mencegah Keguguran
• Mengatasi Kecacatan Bayi
Dan banyak
lagi.
TENTANG PENULIS:
Prof Dato’
Dr. Hamid Arshat lahir pada 4 Januari 1945. Berkahwin dan memiliki lima orang
anak dan 12 orang cucu. Berkelulusan MBBS (Malaya) 1970, MRCOG (London) 1976
dan FRCOG (London) 1987.
Bekas
penuntut Maktab Tentera Diraja, Kuala Lumpur (1960- 1964) ini memulakan kerjaya
sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Besar Melaka sebaik tamat pengajian pada
April 1970.
Pada Oktober
1972, beliau berpindah ke Hospital Universiti, Petaling Jaya dan kemudiannya ke
Hospital Kuala Lumpur pada Julai 1973.
Bermula
Februari 1974 – Januari 1976, beliau berkhidmat pula di University of
Southampton, England, sekali gus menamatkan pengajian dan lulus sijil MRCOG.
Sekembali ke
tanah air pada Februari 1976, beliau menjawat jawatan Pensyarah di Jabatan
Obstetric & Gynaecology, UKM. Pada 1 Mei 1983, beliau dilantik sebagai
Profesor di Jabatan Obstetrics & Gynaecology, UKM.
Pada 1985,
beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan
Keluarga Negara (1985–1989).
Kini, beliau
adalah Pengerusi Yayasan Jabal Nur (YJN) (bermula Januari 2014 hingga
sekarang). Selain itu beliau juga adalah Konsultan di Klinik Dr Hamid Arshat
dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (bermula Februari 1989 hingga sekarang).
Kepakaran khusus beliau ialah dalam bidang kesuburan, kemandulan dan kesihatan
wanita.
Projek terkini beliau ialah
program Timang Plus untuk menghasilkan ibu bapa cemerlang dan anak-anak genius
yang dianjurkan bersama Yayasan Jabal Nur dan Aktifotak.
No comments:
Post a Comment