Kilas Dalam Kias
ISBN: 978-983-097-770-6
Kod: GB529
Penulis: Pahrol Mohd Juoi
Tebal: 272 ms
Tebal: 272 ms
Harga: RM25.00/RM27.00
SINOPSIS
Profesor Dr. Hamka
menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan
memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”
Berdakwah dengan
berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras
dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang
baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga,
hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan
semula.
Buku KILAS DALAM
KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang
bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah
menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog
ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada
kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang
diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi
salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam
buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.
KATA PENGARANG:
Ketika Nabi Musa a.s. ingin
bertemu Firaun, Allah SWT telah berpesan tentang cara pertuturan yang perlu
dilakukan olehnya di hadapan penguasa yang sangat derhaka itu. Ketika Firaun
sudah tiba kepada puncak kederhakaan dengan berkata, “Akulah Tuhanmu yang
paling tinggi”, Allah tetap berpesan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk
memperingatkannya dengan lemah-lembut.
Firman-Nya: “Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya
dengan kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”
(Thaha 20: 44)
Dakwah mesti dilaksanakan
dengan pelbagai kaedah selaras dengan kepelbagaian watak, keadaan dan realiti
yang sedang dihadapi oleh manusia. Namun, prinsip asasnya tetap tidak berubah
yakni kasih sayang. Justeru, kasih sayang itu ialah buah kepada iman. Maka
menyeru kepada iman, harus dengan iman jua. Bukan dengan cara yang lain.
Kasih sayang itu diterjemahkan melalui tiga kaedah
dalam berdakwah yakni hikmah, pengajaran yang baik dan berdebat dengan cara
yang baik. Pada golongan yang bijak, harus dihadapi dengan hikmah. Pada
golongan yang sederhana, mesti dihadapi dengan pengajaran-pengajaran yang baik.
Manakala kepada golongan yang degil, harus dihadapi dengan debat yang baik.
No comments:
Post a Comment