JUDUL: Ahmad Ammar, Engkau
Milik-Nya
PENULIS: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-549-8
KOD: GB0345
HARGA: RM 17.00 /RM 19.00
TEBAL: 328 ms
SINOPSIS:
Melihat wajah tenang si ayah dan
ibu, emosi saya dipaut cemburu!
Aduhai, beruntungnya kalian!
Apakah lagi
berita yang lebih menggembirakan selain
mengetahui zuriat sendiri begitu
dimuliakan Tuhan! Allahu Akbar!
Sebagai seorang ibu, saya mula
tertanya-tanya. Siapakah mereka?
Apakah yang mereka lakukan hingga mendapat keistimewaan
sedemikian rupa?
Saya mahu tahu. Saya mahu tiru!
*Luahan Pembaca: *
Syahid anugerah Allah SWT.
Saya pasti tentang ini. Sungguh ...
saya tidak berani menyebut soal ini
secara khusus. Namun membaca *Ahmad
Amar Engkau Milik-Nya* meyakinkan saya
tentang terjemahan ayat 21, surah
ats-Tsur yang bermaksud:
*Dan orang-orang yang beriman yang
diturut oleh zuriat keturunannya dengan
keadaan beriman, Kami hubungkan
(himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan
mereka (di dalam syurga); dan Kami
(dengan itu) tidak mengurangi sedikit
pun daripada pahala amal-amal
mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat
dengan amal yang dikerjakannya.*
Lalu buku ini sungguh bermanfaat
dari sisi bagaimana boleh ibu bapa
berusaha menjadikan keturunannya
manusia beriman sehingga bertemu kembali
di Firdaus. Ia buku motivasi yang
menjadikan pembaca ralit membaca sehingga
ke hujung.
*Muhd Kamil Ibrahim *
No comments:
Post a Comment