JUDUL: DETIK ITU ... DIA Menguji Kita
PENULIS: Muhd Kamil Ibrahim & Noraini Bahari
ISBN: 978-983-097-588-7
KOD: GB0381
HARGA: RM 20
TEBAL: 208ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
SINOPSIS RINGKAS:
Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini
Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan
kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan
dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian.
Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda
redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan
bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana
kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di
muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.
Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat,
merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian
biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi
inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait
dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan
masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa
kerana sesungguhnya hidup adalah ujian.
Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan
khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.
“Gila. Saya fikir begitu. Kebijaksanaan hilang di sebalik pangkat dan ilmu
di dada. Masakan tuduhan mahu disamakan dengan kebenaran.
Sungguh ... ia soal kewarasan dan kesabaran berfikir. Sekelip mata ribut fitnah ini melanda seluruh organisasi. Allah ya Allah ... ia di luar kemampuan sendiri untuk menahannya. Jika tidak dengan pertolongan daripada ... .”
Sungguh ... ia soal kewarasan dan kesabaran berfikir. Sekelip mata ribut fitnah ini melanda seluruh organisasi. Allah ya Allah ... ia di luar kemampuan sendiri untuk menahannya. Jika tidak dengan pertolongan daripada ... .”
MUHD KAMIL IBRAHIM:
“Tentu sekali saya tahu ia satu fitnah. Saya tidak mahu memikirkan kenapa
dan mengapa ada manusia sanggup melakukan perkara tersebut. Apabila ada
tuduhan, saya perlu menjawab segala-galanya dengan menyertakan bukti-bukti.
Sungguh ... sedikit sebanyak ia mengganggu rutin hidup. Tiada siapa yang
boleh saya bercerita dan berkongsi rasa kecuali isteri, abah dan mak. Mereka
boleh memberi semangat, tetapi akhirnya saya lebih tenang dengan ... .”
---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
------------------------------------------Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
No comments:
Post a Comment