JUDUL: DI SEBALIK NIQAB: Kisah Tersirat
PENULIS: Roza Roslan
ISBN: 978-983-097-595-5
KOD: GB0380
HARGA: RM 38
TEBAL: 296 m.s.
SAIZ: 6” X 9”
KATEGORI: Motivasi
SINOPSIS:
Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan
beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta
menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat.
Betapa
persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah
yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar
dihayati oleh setiap manusia.
Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang
penuh dengan keagungan Maha Pencipta!
Pada zahirnya, niqab menggambarkan wanita Saudi, lebih-lebih lagi penulis
pernah bermukim di Madinah. Justeru, Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat
seolah-olah berkisarkan wanita di sana.
Tidak! Ia pandangan yang sangat salah!
Niqab bukan semata-mata dipakai wanita Arab. Ia sebenarnya adalah simbol
hadangan, lindungan atau batasan. Hanya mereka yang berada di sebalik niqab
mampu melihat dan menyingkap dengan jelas segala kisah tersembunyi.
Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat merupakan satu lagi kisah sisi kehidupan
penulis selepas buku Kandil di Kaki Gunung, Rumah Kecil di Jabal Uhud, Bukan
Sekadar Resipi dan Aroma Antara Benua.
Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.
No comments:
Post a Comment