.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 22, 2024

36 Adab Terhadap Al-Quran

36 Adab Terhadap Al-Quran
ISBN: 978-629-7556-73-4
Kod: GB0794
Penulis: Ustaz Hazri Hashim al-Bindany
Saiz: 13.5 cm X 21.5 cm (Portrait)
Jumlah ms: 152 muka surat
Content: Simili 80gsm / 1C
Kulit Buku: 260 gsm Art Card / 4C
Berat: 0.3 kg
Harga: RM20.00/RM22.00*

 Sinopsis:

36 ADAB TERHADAP AI-QURAN yang merupakan terjemahan dan ringkasan kitab Ta'zim al-Quran al-Karim susunan Al-'Allamah asy- Syaikh As'ad Muhammad Said as- Saghirjiy, membicarakan satu ilmu daripada beberapa perbahasan yang selayaknya diberi tumpuan dalam konteks keimanan dan kebenaran Al-Quran, penghormatan dan cara beramal dengannya. Hal ini sesuai dengan tuntutan memuliakan, mengagungkan dan mengamalkan al-Quran.

Kitab ini mengumpulkan huraian tuntas berdasarkan al-Quran. hadis, atsar dan qiyas tentang adab yang dituntut ke atas kaum Muslimin terhadap al-Quran al-Karim. Terjemahan dan ringkasan kitab ini mengambil kira isi-isi penting dengan tidak mengulang hadis-hadis yang sama atau hampir sama pada maksud.

Antara perbahasan menarik:

- Adab mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.

- Menghadirkan hati ketika membaca al-Quran.

- Hukum mewaqatkan bacaan kerana hendak bercakap.

- Fadilat surah-surah tertentu.

- Hukum meletakkan sesuatu di atas mashaf al-Quran, dan lain-lain.

 


USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY

berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Sektor Kurikulum Pendidikan Islam & Bahasa Arab, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau aktif menyampaikan kuliah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan Penasihat Pertubuhan Darul Muhajirin Littafaqquh Fiddin, penggerak pengajian kitab- kitab turats di Hulu Selangor. 36 Adab Terhadap Al-Quran merupakan karya kesebelas beliau terbitan  Galeri limu Sdn. Bhd.









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...