.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 7, 2017

Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa

Judul: Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
Kategori: Motivasi (Genre Travelog)
Tebal: 232 M.S.
Harga: RM30.00/RM32.00
KOD: GB0426
ISBN: 978-983-097-650-1

Ziarah al-aqsa?

Takut? 

Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak?

Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis.

Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah.


DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa. Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah.

Sebuah travelog. Penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak ... rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.

Petikan:

Entah mengapa … seorang kanak-kanak lelaki berdiri di sisi. Beliau tidak berganjak. Mata bundarnya memandang lantai. Sesekali merenung tajam ke dalam mata apabila menjawab soalan.
“Ana, Amoudi. Saba‘a sanah.”
Anak itu memperkenalkan diri sambil menunjukkan tujuh anak jari ke arah kami. Kemudian anak itu duduk berhampiran saya sambil memandang rakan-rakannya yang lain dari kejauhan.
“Ummi … abi maa fi.”

Katanya sepatah-sepatah. Suaranya perlahan hampir tidak dapat didengar. Ada air mata bertakung di mata Amoudi. Entah apalah yang dikenanginya. Anak itu diam. Beliau merapatkan dirinya ke arah saya. Allah ya Allah … serta-merta perasaan keibuan saya menyelinap di seluruh jiwa raga. Tangan kanan saya tanpa sedar mengusap ubun-ubun anak itu. Mata bundarnya berkaca. Sudah lama air bertakung di situ. Ada sendu di dada Amoudi.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...