Segelas Air Segenggam Kopi
Penulis: Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin
ISBN:
978-983-097-646-4
TEBAL: 148 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*
Adaptasi Slot MOTIVASI PAGI IKIMFM
Flasher: Siapa
pun kita, kita semua berpotensi menjadi juara!
Ramai orang suka makan
ketam. Tapi tak ramai orang tahu bahawa ketam adalah binatang yang memiliki sifat
dengki yang sangat kuat. Jika ketam-ketam yang masih hidup dimasukkan ke dalam baldi,
kita akan dapati perkara yang menghairankan iaitu tidak
ada seekor pun ketam yang akan merangkak atau memanjat keluar. Kenapa tidak ada
ketam yang berjaya keluar?
Itu antara puluhan kisah penuh iktibar dan kisah kejayaan
beberapa individu yang istimewa di dalam buku ini. Istimewa kerana daripada tiada
apa-apa, berkat kesungguhan dan kesabaran, Allah kurniakan mereka kejayaan luar
biasa. Malah kejayaan mereka turut dinikmati oleh ramai orang.
Kisah bukan sebarang kisah tetapi
kisah penuh pengajaran. Membacanya membuatkan fikiran yang tepu jadi terhibur, jiwa
yang stres jadi kendur bahkan jiwa yang kendur dan lemah akan menjadi bersemangat
semula.
Kisah-kisah ini mungkin nampak kecil
atau biasa-biasa sahaja, tetapi siapa tahu ia bakal memberi kesan besar kepada individu
yang benar-benar memerlukan sokongan hidup.
Dato' Ustaz Badli Shah
bin Alauddin
Dilahirkan di Kg. Berkat,
Maran, Pahang. Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan
Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang. Berkelulusan Sarjana dalam Falsafah
& Tamadun Islam dari Universiti Malaysia Terengganu, Sarjana Muda (Kepujian) Tafsir al-Quran, Universiti al-Azhar, Mesir dan Diploma
Dakwah, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pernah menerima pingat Ahli
Mahkota Pahang (2008), Ikon Belia Negara Negeri Pahang (2014) dan Darjah Indera
Mahkota Pahang (2015). Secara profesional, menjadi Pengarang Kehormat Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP) dan Timbalan Pengerusi Kelab Peramah Parlimen
Pekan. Sering menjadi tetamu di pelbagai stesen televisyen dan radio termasuk
dalam rancangan Motivasi Pagi di Radio Ikimfm. Selain menjadi kolumnis di
beberapa majalah, beliau telah menulis puluhan buku yang
kebanyakannya diterbitkan oleh kerajaan negeri Pahang.
No comments:
Post a Comment