JUDUL: We're Not Naughty: Geng Mengaji 2
PENULIS: Diq Danial
ISBN: 978-983-097-483-5
KOD: GB 0429
HARGA: RM 10
TEBAL: 136 ms
Jom Teroka! Cabaran Getir Seorang Ketua
SINOPSIS:
Semasa membersihkan kelas, Amir
menjumpai beberapa butir telur di dalam laci meja. Suasana kelas menjadi gamat
hanya kerana kehadiran telur itu. Rentetan peristiwa itu, Ustazah Hasanah telah
menceritakan kisah burung merpati yang pernah menunggu di depan pintu Gua Tsur
semasa hijrah Rasulullah SAW.
Namun, Ustazah Hasanah sengaja membiarkan
beberapa persoalan berkenaan burung tersebut berlegar di fikiran
murid-muridnya.
Amir telah dilantik
menjadi ketua dalam misi mengharumkan nama sekolah di Festival Burung
Sandakan. Dia menerima kritikan tajam di
atas perlantikan itu kerana sikapnya yang nakal.
·
Apakah persoalan
yang ditimbulkan Ustazah Hasanah itu?
·
Apa rahsia burung
merpati dan labah-labah yang berada di pintu gua?
·
Apa pula kaitan
pacat dan manusia?
·
Mampukah Amir dan
rakan-rakannya mengharumkan nama sekolah?
Ikuti bagaimana semua ini
dirungkai di dalam We’re Not Naughty: Geng Mengaji 2
Siri buku Geng Mengaji adalah
realiti kehidupan sebenar alam persekolahan dan kehidupan sehari-hari
kanak-kanak yang cuba ditonjolkan oleh penulis bagi memberi pengajaran dan
pengalaman kepada pembaca cilik.
******
BIODATA:
Diq Danial berasal dari Kuala
Kangsar, Perak. Graduan Usuluddin Tafsir dan Ulumul Quran, Universiti Al-Azhar
Mesir ini pernah menjadi kolumnis majalah dan buletin peringkat kolej dan
universiti (Suara Kampus Al-Azhar).
Beliau pernah menjadi guru di SK Sibugal
Besar, Sandakan, Sabah selama 9 tahun selain pernah menjadi ahli panel forum Guru
dan Buku sempena Ekspo Buku Islam Antarabangsa 2015 anjuran Kementerian
Pendidikan Malaysia. Kini berkhidmat di Sek. Keb. Pandan Perdana, Ampang,
Selangor.
No comments:
Post a Comment