.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 23, 2017

‘Lasik’ Untuk Jiwa

‘Lasik’ Untuk Jiwa
Penulis: Datuk Prof. Dr Muhaya Hj. Mohamad
ISBN: 978-983-097-643-3
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*

Adaptasi Slot Islam Indah/ Radio IKIMfm

Flasher: Rahsia menjemput kebahagiaan

SINOPSIS

Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
 “Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.
“Saya ini Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.
“Saya, Kejayaan,” jawab lelaki kedua.
“Saya, Kekayaan,” jawab lelaki ketiga pula.
“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.

Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.

Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga
kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

Lasik Untuk Jiwa adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani.


PROF MUHAYA MOHAMAD
Lahir pada 1958 di Kuala Terengganu, Datuk Prof. Dr Che Muhaya binti Haji Mohamad adalah seorang Profesor Oftalmologi AUCMS, pakar inspirasi dan kolumnis majalah serta pakar perunding mata.

Beliau adalah Pengarah Pusat Lasik dan Mata Prof Muhaya. Mendapat ijazah pertama bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1985, Sarjana Pembedahan Oftalmologi dari UKM (1991) dan PhD dalam bidang Okular Immunologi di Universiti London (1998).

Suami dan dua puteri beliau adalah juga doktor perubatan. Beliau merupakan wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh.
Beliau adalah Profesor Oftalmologi di UKM, Profesor Adjung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi Malaysian Medical Association Ophthalmological Society. Beliau merupakan pakar oftalmologi pertama di Asia Tenggara yang melakukan prosedur LASIK menggunakan sistem Visumax tanpa pisau – sistem LASIK tanpa pisau paling terkini.

Selain pakar mata, minat beliau yang mendalam dalam bidang inspirasi telah membawanya ke dunia inspirasi dan dakwah. Beliau aktif memberikan inspirasi dan motivasi sejak 2007 sehingga kini. Kemampuannya menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian sebagai individu dan pengamal perubatan adalah satu kelebihan bagi beliau yang menyebabkan beliau sering diundang untuk memberi motivasi pembangunan diri dan profesional.

Beliau kerap muncul dan ke udara dalam rancangan TV dan radio (Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Radio IKIM), selain sering diundang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar perubatan di UKM, UIAM, UM, USIM dan Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya. 

Prof. Dr Muhaya juga terlibat dalam rancangan bual bicara beliau sendiri, iaitu Imbasan Muhaya, Dr Muhaya Dot Com, Celik Hati, Kanta Prof. Muhaya, Reset Minda, dan Dari Mata Ke Hati.

Kegigihan beliau dalam bidang dakwah telah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan & Negeri Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan Selangor (2010), Felo Dakwah YADIM (2013), Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015) dan yang terkini beliau telah diperkenankan untuk menerima Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada Jun 2016.

Dalam bidang penulisan pula, Prof. Dr Muhaya merupakan kolumnis tetap Mingguan Malaysia, Berita harian dan telah menulis 12 buku antaranya yang terlaris ialah How To Become a Good & Successful Medical Student, Celik Mata dan Jiwa, Mata Akal Mata Hati, Tempat Kerja Saya Ladang Pahala Saya dan Biografi Inspirasi: Sejernih Sinar Matamu. Lasik Untuk Jiwa merupakan buku terkini yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.










2 comments:

Rafi said...

i really like this article please keep it up. toledo lasik price

Sophie Grace said...

Awesome post! Personally I like your site. . I am so impressed to read your content. I am looking forward for the next valuable and informative concept in your blog. Overall outstanding post. Carry on :) net worth

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...