.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Apr 10, 2017

Cash Flow Untuk Wanita

Cash Flow Untuk Wanita
Penulis: Shamsuddin Kadir dan Ain Mohamad
ISBN: 978-983-097-654-9
Tebal: 128 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm
Terbit: 2017
Berat: 0.2 kg
Harga: RM18.00/RM20.00

Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.

SINOPSIS

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?

Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.

Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.

Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Biodata Penulis

SHAMSUDDIN KADIR (SK)
Pemegang ijazah Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu dari USM (2015). Mempunyai tauliah sebagai perunding latihan dan jurulatih utama SK Training Academy Sdn. Bhd. Merupakan Bendahari Kehormat bagi Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN).

Beliau adalah konsultan Unit Trust (Unit Amanah) yang menubuhkan pasukan Konsultan atas nama Team SK, konsultan takaful untuk keperluan Takaful Keluarga seperti kad medikal dan hibah. Beliau turut terlibat dalam pelbagai lagi organisasi dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kepakaran serta kemahiran beliau dengan mengendalikan klien-klien ternama seperti Malaysia Airports Holdings Berhad, Petronas, Malaysian Qualification (MQA), LHDN, Institut Latihan Kemahiran MARA, KWSP, FRIM, RISDA, PSMB Sabah, USIM, UiTM, organisasi di Brunei Darus Salam dan lain-lain.

Sering diundang untuk berbicara di TV1, Tv2, TV3, TV9, TV AlHijrah, Astro Awani dan Astro Oasis untuk pelbagai program seperti Malaysia Hari Ini, Assalamualaikum, Wanita Hari Ini, Respons, Apa Kata Wanita, 360, Dahsyat 13, Tabayyun dan Tanyalah Ustaz.
Pernah menjadi penulis dan kolumnis di majalah Nur, Gen Q, Anis  dan Dewan Ekonomi. Beliau menulis berbelas-belas judul buku di Malaysia dan di Indonesia. Beliau turut aktif memenuhi undangan ceramah dan tazkirah di surau dan masjid seluruh Malaysia membicarakan isu perancangan kewangan peribadi, perancangan harta pusaka dan motivasi diri.

Beliau boleh dihubungi di talian 010-500-1-500 atau 03-4142-5300 atau e-mel shamsuddinkadir@yahoo.com/shamsuddinkadir@gmail.com untuk sebarang undangan ceramah dan tazkirah serta konsultansi yang berkaitan.


AIN MUHAMMAD

Ain Muhammad ialah nama pena Nor‘Aini binti Mohamed Noor bagi penulisan buku ilmiah atau motivasi. Beliau juga menggunakan nama pena Hani Sofea bagi penulisan novel pembangunan jiwa untuk remaja dan kanak-kanak.

Dilahir dan dibesarkan di Kampung Baru, Pasir Mas, Kelantan. Mendapat pendidikan akhir di Institut Kemahiran Mara, Besut, Terengganu dalam bidang Elektronik Instrumen. Pernah bekerja di Syarikat Sepakat Komputer sebagai Juruteknik Komputer. Beliau pernah ditempatkan di Mahkamah, SSM, Pejabat Pelajaran dan Pendidikan di Kota Bharu dan Kuala Terengganu selama hampir dua tahun. 

Berkahwin pada 2002 dan berhenti bekerja bagi menumpu sepenuh perhatian pada rumah tangga serta menceburi bidang penulisan. Hampir semua buku ditulis bersama suami, Shamsuddin Kadir. Antara novel yang pernah terbit ialah, Gerhana Hati Lara, dan siri buku kanak-kanak Usahawan Cilik. Manakala buku motivasi atau ilmiah ialah, Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta, Projek Anak Luar Biasa dan Anak Nak Kahwin Mak Yang Panas.









Bajet Power Orang Muda

 Bajet Power Orang Muda
Penulis: Harith Faisal
ISBN: 978-983-097-641-9Harga: RM30

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda



Sinopsis
Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.   

Anda perlu memiliki buku ini jika:
·        Baru mula bekerja.
·        Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
·        Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.
·        Belum sempat nak menabung, gaji sudah habis.
·        Mahu beli rumah tapi tak pernah ada tabungan.
·        Mahu belajar cara mengembangkan simpanan.
·        Risau terjebak dengan dosa kewangan.
·        Mahu bebas hutang.
·        Ingin pelaburan untuk jaminan hari tua.


Biodata Penulis
Harith Faisal berasal dari Slim River, Perak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berusia 26 tahun. Sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.

Pernah bertugas sepenuh masa sebagai pegawai bank di salah sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur.

Beliau bermula dengan berkongsi idea dan pengalaman tentang tip kewangan, pelaburan dan hartanah di Facebook peribadi pada penghujung 2015. Dalam masa setahun, beliau berjaya menarik minat 60,000 pengikut khususnya anak muda untuk membaca perkongsiannya di Facebook setiap hari.

Beliau juga sering diundang oleh NGO dan persatuan pelajar IPT untuk berkongsi perihal motivasi kewangan dan hartanah anak muda. Bajet Power Orang Muda adalah buku kedua beliau bersama Galeri Ilmu selepas Hipster Hartanah.

*************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 

 




Mar 27, 2017

We’re Not Naughty: Geng Mengaji 2

JUDUL: We're Not Naughty: Geng Mengaji 2
PENULIS:  Diq Danial
ISBN: 978-983-097-483-5
KOD: GB 0429
HARGA: RM 10
TEBAL:  136  ms

Jom Teroka! Cabaran Getir Seorang Ketua









SINOPSIS:

Semasa membersihkan kelas, Amir menjumpai beberapa butir telur di dalam laci meja. Suasana kelas menjadi gamat hanya kerana kehadiran telur itu. Rentetan peristiwa itu, Ustazah Hasanah telah menceritakan kisah burung merpati yang pernah menunggu di depan pintu Gua Tsur semasa hijrah Rasulullah SAW. 

Namun, Ustazah Hasanah sengaja membiarkan beberapa persoalan berkenaan burung tersebut berlegar di fikiran murid-muridnya.
Amir telah dilantik menjadi ketua dalam misi mengharumkan nama sekolah di Festival Burung Sandakan.  Dia menerima kritikan tajam di atas perlantikan itu kerana sikapnya yang nakal.
·        Apakah persoalan yang ditimbulkan Ustazah Hasanah itu?
·        Apa rahsia burung merpati dan labah-labah yang berada di pintu gua?
·        Apa pula kaitan pacat dan manusia?
·        Mampukah Amir dan rakan-rakannya mengharumkan nama sekolah?

Ikuti bagaimana semua ini dirungkai di dalam We’re Not Naughty: Geng Mengaji 2



Siri buku Geng Mengaji adalah realiti kehidupan sebenar alam persekolahan dan kehidupan sehari-hari kanak-kanak yang cuba ditonjolkan oleh penulis bagi memberi pengajaran dan pengalaman kepada pembaca cilik.

******
BIODATA:

Diq Danial berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Graduan Usuluddin Tafsir dan Ulumul Quran, Universiti Al-Azhar Mesir ini pernah menjadi kolumnis majalah dan buletin peringkat kolej dan universiti (Suara Kampus Al-Azhar). 

Beliau pernah menjadi guru di SK Sibugal Besar, Sandakan, Sabah selama 9 tahun selain pernah menjadi ahli panel forum Guru dan Buku sempena Ekspo Buku Islam Antarabangsa 2015 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini berkhidmat di Sek. Keb. Pandan Perdana, Ampang, Selangor.



Mageddo

JUDUL: MAGEDDO: PETAKA AHZAB   
PENULIS: Web Sutera
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0010
HARGA: RM 20
TEBAL: 264 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”

Novel ketiga bagi Trilogi Armagedon








SINOPSIS:

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERA merupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.
Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Kisah perjuangan yang berterusan dalam naskah novel MAGEDDO: PETAKA AHZAB. Miliki novel ini dan selamat membaca!


TRILOGI YANG BERMULA DALAM PERANG ARMAGEDON BERSAMBUNG:

Sebermula dari labirin alam Underworld ... arena medan tempur ... jenis tentera yang tidak boleh dilupakan, kombat yang menyayat hati. Perang dan petaka masa depan yang tiada belas kasihan terhampar di hadapan dunia kemanusiaan yang semakin menipis nilai jati diri. Setelah gagal menabrak Madinah dan terbantut menerobos Baitulmaqdis dan Masjid al-Aqsa, Zionis-Yahudi terus memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia.

Antara ramai manusia yang berkecamuk jati dirinya, muncul di persada akan sekumpulan manusia bernurani yang dapat melihat pelan busuk oleh Underworld. Makanya, dunia kegelapan yang ingin membalas dendam bertempur lagi dengan para Mujahid Islam. Namun, mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel.

Pertempuran perikatan Ahzab yang diketuai oleh Zionet menggunakan gerombolan syaitan dan tentera hibrid, berdepan dengan anak muda Mujahid Islam yang dipandu oleh ulama sedunia.
*****************************
~ “Menggarap persoalan sebuah konspirasi yang begitu luas dan pada peringkat antarabangsa.”
~ “Karya Tuan Web Sutera adalah satu naratif yang amat jarang ditemui dalam ruang lingkup sastera Melayu. Saya fikir satu pemikiran yang baharu, kerana menggarap persoalan sebuah konspirasi yang begitu luas dan pada peringkat antarabangsa.”

Ahmad Patria Abdullah
Penulis novel fantasi ulung negara





Mar 23, 2017

‘Lasik’ Untuk Jiwa

‘Lasik’ Untuk Jiwa
Penulis: Datuk Prof. Dr Muhaya Hj. Mohamad
ISBN: 978-983-097-643-3
TEBAL: 168 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*

Adaptasi Slot Islam Indah/ Radio IKIMfm

Flasher: Rahsia menjemput kebahagiaan

SINOPSIS

Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
 “Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.
“Saya ini Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.
“Saya, Kejayaan,” jawab lelaki kedua.
“Saya, Kekayaan,” jawab lelaki ketiga pula.
“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.

Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.

Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka. Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga
kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

Lasik Untuk Jiwa adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani.


PROF MUHAYA MOHAMAD
Lahir pada 1958 di Kuala Terengganu, Datuk Prof. Dr Che Muhaya binti Haji Mohamad adalah seorang Profesor Oftalmologi AUCMS, pakar inspirasi dan kolumnis majalah serta pakar perunding mata.

Beliau adalah Pengarah Pusat Lasik dan Mata Prof Muhaya. Mendapat ijazah pertama bidang perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1985, Sarjana Pembedahan Oftalmologi dari UKM (1991) dan PhD dalam bidang Okular Immunologi di Universiti London (1998).

Suami dan dua puteri beliau adalah juga doktor perubatan. Beliau merupakan wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh.
Beliau adalah Profesor Oftalmologi di UKM, Profesor Adjung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Pengerusi Malaysian Medical Association Ophthalmological Society. Beliau merupakan pakar oftalmologi pertama di Asia Tenggara yang melakukan prosedur LASIK menggunakan sistem Visumax tanpa pisau – sistem LASIK tanpa pisau paling terkini.

Selain pakar mata, minat beliau yang mendalam dalam bidang inspirasi telah membawanya ke dunia inspirasi dan dakwah. Beliau aktif memberikan inspirasi dan motivasi sejak 2007 sehingga kini. Kemampuannya menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian sebagai individu dan pengamal perubatan adalah satu kelebihan bagi beliau yang menyebabkan beliau sering diundang untuk memberi motivasi pembangunan diri dan profesional.

Beliau kerap muncul dan ke udara dalam rancangan TV dan radio (Tanyalah Ustaz, Halaqah dan Radio IKIM), selain sering diundang memberi motivasi kepada pelajar-pelajar perubatan di UKM, UIAM, UM, USIM dan Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya. 

Prof. Dr Muhaya juga terlibat dalam rancangan bual bicara beliau sendiri, iaitu Imbasan Muhaya, Dr Muhaya Dot Com, Celik Hati, Kanta Prof. Muhaya, Reset Minda, dan Dari Mata Ke Hati.

Kegigihan beliau dalam bidang dakwah telah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan & Negeri Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan Selangor (2010), Felo Dakwah YADIM (2013), Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015) dan yang terkini beliau telah diperkenankan untuk menerima Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada Jun 2016.

Dalam bidang penulisan pula, Prof. Dr Muhaya merupakan kolumnis tetap Mingguan Malaysia, Berita harian dan telah menulis 12 buku antaranya yang terlaris ialah How To Become a Good & Successful Medical Student, Celik Mata dan Jiwa, Mata Akal Mata Hati, Tempat Kerja Saya Ladang Pahala Saya dan Biografi Inspirasi: Sejernih Sinar Matamu. Lasik Untuk Jiwa merupakan buku terkini yang diterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.










Segelas Air Segenggam Kopi

Segelas Air Segenggam Kopi
Penulis: Dato’ Ustaz Badli Shah Alauddin

ISBN: 978-983-097-646-4
TEBAL: 148 ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
Harga: RM20/22*

Adaptasi Slot MOTIVASI PAGI IKIMFM

Flasher: Siapa pun kita, kita semua berpotensi menjadi juara!







Ramai orang suka makan ketam. Tapi tak ramai orang tahu bahawa ketam adalah binatang yang memiliki sifat dengki yang sangat kuat. Jika ketam-ketam yang masih hidup dimasukkan ke dalam baldi, kita akan dapati perkara yang menghairankan iaitu tidak ada seekor pun ketam yang akan merangkak atau memanjat keluar. Kenapa tidak ada ketam yang berjaya keluar?

Itu antara puluhan kisah penuh iktibar dan kisah kejayaan beberapa individu yang istimewa di dalam buku ini. Istimewa kerana daripada tiada apa-apa, berkat kesungguhan dan kesabaran, Allah kurniakan mereka kejayaan luar biasa. Malah kejayaan mereka turut dinikmati oleh ramai orang.

Kisah bukan sebarang kisah tetapi kisah penuh pengajaran. Membacanya membuatkan fikiran yang tepu jadi terhibur, jiwa yang stres jadi kendur bahkan jiwa yang kendur dan lemah akan menjadi bersemangat semula.

Kisah-kisah ini mungkin nampak kecil atau biasa-biasa sahaja, tetapi siapa tahu ia bakal memberi kesan besar kepada individu yang benar-benar memerlukan sokongan hidup.




Dato' Ustaz Badli Shah bin Alauddin
Dilahirkan di Kg. Berkat, Maran, Pahang. Kini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau di Jabatan Agama Islam Pahang. Berkelulusan Sarjana dalam Falsafah & Tamadun Islam dari Universiti Malaysia Terengganu, Sarjana Muda (Kepujian) Tafsir al-Quran, Universiti al-Azhar, Mesir dan Diploma Dakwah, Kolej Universiti Sultan Zainal Abidin (KUSZA). Pernah menerima pingat Ahli Mahkota Pahang (2008), Ikon Belia Negara Negeri Pahang (2014) dan Darjah Indera Mahkota Pahang (2015). Secara profesional, menjadi Pengarang Kehormat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Pahang (PSMCP) dan Timbalan Pengerusi Kelab Peramah Parlimen Pekan. Sering menjadi tetamu di pelbagai stesen televisyen dan radio termasuk dalam rancangan Motivasi Pagi di Radio Ikimfm. Selain menjadi kolumnis di beberapa majalah, beliau telah menulis puluhan buku yang kebanyakannya diterbitkan oleh kerajaan negeri Pahang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...