JUDUL: Menantu Hipster
Penulis: Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)
ISBN: 978-983-097-682-2
Tebal: 136 ms
Harga: RM20/RM22*
Kod: GB459
Sinopsis:
Zaman telefon pintar ini, media sosial menjadi pilihan utama tempat
longgokan luahan, kesedihan, kebimbangan dan kerisauan.
Tidak terkecuali mereka
yang risau untuk berhadapan dengan mentuanya.
Berikut ialah catatan salah seorang daripada mereka:
“Assalamualaikum, saya nak tanya pendapat kalian semua. Saya dan bakal
suami merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Tapi sampai saat ini hati
saya masih berbelah bagi untuk berkahwin dengannya atas sebab gerun dengan
sikap ibunya. Belum berkahwin lagi, dia seboleh-bolehnya nak kawal saya dan
anak dia. Dipendekkan cerita, cara hidup saya nanti, dia yang nak tentukan
sebagai contoh kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya.
Saya pula tidak suka orang tentukan kehidupan saya. Apa yang saya nak buat,
selagi tidak melanggar hukum atau undang-undang memang saya akan buat.
Saya bertambah sangsi apabila dia menceritakan keburukan menantu sulungnya
kepada saya. Bermacam-macam kisah buruk didedahkan. Saya pula bukan suka
mengumpat atau jaga tepi kain orang. Bagi saya tidak adil kalau dengar dari
sebelah pihak saja. Pernah jugak saya terfikir jika betul menantu sulungnya itu
tidak betul, mengapa dia tidak duduk bersemuka dengan menantu itu dan
bertanyakan apa masalah dia. Saya rasa tak perlu nak kutuk-kutuk hal dia kepada
adik beradik yang lain. Menjaja cerita buruk dia pada orang lain. Kalau dengan
menantu ini dia boleh buat begini, bagaimana pula saya nanti.
Saya akur, baik macam mana pun menantu dengan mentua yang duduk serumah, pasti akan ada masalah kecil yang akan diperbesarkan mentua. Tengok daripada situasi sekarang, saya tidak tahu sama ada bakal mentua ini mampu atau tidak memahami cara hidup saya sebagaimana yang mak dan ayah saya menghormati saya.
Saya sudah berpesan kepada bakal suami, apabila sudah berkahwin nanti, saya tidak mahu tinggal di rumah keluarga dia begitu juga di rumah keluarga saya. Tetapi ibunya dari awal lagi sudah paksa kami tinggal dengannya. Apalagi anak dia ini adalah anak bongsu kesayangannya. Apa pandangan semua?”
Saya akur, baik macam mana pun menantu dengan mentua yang duduk serumah, pasti akan ada masalah kecil yang akan diperbesarkan mentua. Tengok daripada situasi sekarang, saya tidak tahu sama ada bakal mentua ini mampu atau tidak memahami cara hidup saya sebagaimana yang mak dan ayah saya menghormati saya.
Saya sudah berpesan kepada bakal suami, apabila sudah berkahwin nanti, saya tidak mahu tinggal di rumah keluarga dia begitu juga di rumah keluarga saya. Tetapi ibunya dari awal lagi sudah paksa kami tinggal dengannya. Apalagi anak dia ini adalah anak bongsu kesayangannya. Apa pandangan semua?”
Dijawab oleh kawan-kawannya di media sosial:
· “Huhu ... kes berat ni. Kena fikir
masak-masak. Buatlah solat Istiharah.”
· “Saya selalu ingat pesan mak saya, ‘Kalau ibu
lelaki memang sudah tidak suka kita, janganlah berkahwin dengaan anaknya. Nanti
banyak masalah.’”
· “Bakal suami kena main peranan juga. Kalau
boleh jangan ikutkan sangat cakap maknya. Sebagai ketua keluarga, dia yang
uruskan keluarganya sendiri. Bukan ibunya. Tetapi syurga tetap di bawah
tapak kaki ibunya. Jangan sampai derhaka sudahlah. Memang kita kena dengar
cakap mereka tetapi janganlah sampai hal rumah tangga kita pun mak ayah
masuk campur. Cuba berbincang dengan bakal suami awak.”
·
“Bakal mentua anda memang tidak suka atau
anda sahaja yang rasa gerun? Jangan peduli dan ambil kira sangat. Selepas
berkahwin duduk rumah sendiri atau cari rumah sewa. Duduk jauh-jauh sikit. Bila
ada masa, pergilah melawat dia.”
· “Bakal suami awak kena buat keputusan.
Seorang suami wajib sediakan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anaknya.
Walaupun syurga suami di bawah tapak kaki ibunya, tetapi suami masih boleh
buat keputusan yang terbaik untuk keluarganya sendiri. Sekali sekala, ziarahlah
ibu itu dengan membawa buah tangan atau apa sahaja untuk mengambil hatinya.”
SUATU Pandangan
Adalah lumrah bagi
seorang wanita yang akan berkahwin merasa bimbang untuk berhadapan dengan bakal
ibu mentuanya itu. Seribu satu perasaan dan kebimbangan yang dirasakannya. Tidak dinafikan ada sesetengah mentua yang bersikap dingin dan ada juga
yang cerewet, serba tidak kena dan bBanyak pantang-larangnya. Tetapi itu bukan
halangan besar untuk si isteri menjaga hubungan dengan mentuanya.
Sebaliknya
orang lelaki, sama ada tinggal di rumah keluarganya atau rumah mentuanya, dia
kurang menghadapi masalah. Ini kerana minda lelaki kurang memikirkan hubungan
peribadi dan hal ehwal emosi. Kebanyakan mereka hanya fokus kepada dirinya
sendiri dan kerjayanya di luar rumah apabila telah menjadi suami.
Walau bagaimanapun, kunci kejayaan mengatasi
cabaran-cabaran ini ialah kerjasama suami dan isteri pasangan muda yang
bertindak sebagai satu pasukan menyantuni apa juga kehendak dan keperluan ibu
dan bapa mentua masing-masing dengan hikmah dan bijaksana.
Sudah menjadi budaya Generasi Y untuk mendapat bimbingan dalam bentuk tip
melalui media social. Maka, saya telah menulis tip-tip melayani mentua sebagai
panduan untuk mereka di Facebook saya, Pak Utih’s Page dan Pakutih.com.
TENTANG PENULIS:
Pak Utih adalah seorang aktivis kemanusiaan sejak 1992 dengan menjadi YDP
Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia Negeri Perlis yang terlibat aktif dalam
program kemasyarakatan di sana, bersama Aqsa Syarif (MyCARE) (2011-2015)
memberi bantuan kemanusiaan ke Lubnan dan Gaza, ahli Jawatankuasa Pemantapan
Kesejahteraan Ahli IKRAM dan sekarang melalui Success Together Consulting
mengendalikan ceramah dan bengkel memahamkan masyarakat perbezaan keperluan dan
kehendak lelaki serta wanita untuk bahagia di rumah dan juga di tempat kerja.
Beliau juga menganjurkan banyak kursus
pengurusan seperti pengurusan gender, masa, stres, komunikasi berkesan,
penyeliaan berkesan, pengurusan majlis dan bina pasukan untuk kakitangan
kerajaan dan swasta di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pengalaman beliau sebagai Guru Pertanian
Institut Pertanian Kuala Lipis (1978-80), Pensyarah ITM Arau (1990-98),
Pengurus ITTAR Alor Star (1998-2000) dan CEO Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah
Singapura (2004-2007), telah banyak membantunya mencipta modul-modul kursus
yang berkaitan dengan pengurusan perhubungan suami isteri.
Semasa melanjutkan pelajarannya di UK, 1994,
beliau banyak mengendalikan ceramah membicarakan isu keharmonian suami isteri
melalui Unit Kaunseling Islah UK dan Majlis Syura Muslimun kepada masyarakat Melayu
di sana. Sekembali ke tanah air, beliau mendapat tauliah daripada JAKIM
mengendalikan modul komunikasi dan pengurusan konflik rumah tangga bagi peserta
Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Keluarga Islam yang dianjurkan oleh
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis.
Beliau pernah ke udara setiap pagi Isnin dan Selasa
di dalam segmen Rangsang Minda
terbitan RTM Pulau Pinang (1996-1998) dan di RTM Johor Bharu (2000) setiap pagi
Jumaat, Sabtu dan Ahad yang membicarakan isu-isu komunikasi suami isteri serta
setiap petang Selasa di dalam segmen Cakap
Tuan Puan di Radio Warna Singapura (2005-2006).
Selain itu, beliau juga pernah menjadi
kolumnis bagi Majalah ANIS, Demi Cinta dan JOM. Sekarang dengan ilmu yang
diperolehi di Gurian Institute (Learning through a Gender Lens), Colorado
(2012), selain dijemput mengendalikan ceramah dan kursus untuk guru-guru dengan
tajuk Boys and Girls Learn Differently,
beliau banyak mengendalikan kursus pasca perkahwinan suami isteri yang
dinamakan Mahligai Sakinah untuk
ahli-ahli IKRAM dalam dan luar negara, Mahligai
Kasih untuk semua kakitangan MARA 2015-2016 dan Suami Hensem Isteri Ohsem untuk Jabatan-jabatan kerajaan di seluruh
Malaysia.
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466
..................................................................................................
No comments:
Post a Comment