.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 6, 2017

Pemburu Hartanah

JUDUL: Pemburu Hartanah
Penulis:
Abe Nazz
ISBN: 978-983-097-681-5
Harga:
RM30.00
Tebak: 272 ms

FLASHER” Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju.



SINOPSIS

Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. Daimyo itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.

Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons). 

Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.

Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.

Wawasan beliau ialah untuk menubuhkan sebuah Koperasi Jaegers sebelum 2020 yang akan melabur dalam pemaju-pemaju yang mempunyai potensi, melabur dalam hartanah komersial seperti hotel, dan melabur dalam tanah-tanah yang bisa dimajukan.

Buku ini ditulis dengan niat untuk melengkapkan ilmu asas dalam pelaburan undercons. Buku ini akan disusuli dengan Siri 2 yang padat dengan tip dan strategi yang lebih kompleks. Apa yang pasti, pelaburan undercons ialah satu pelaburan yang bermula dengan modal yang minimum, yang perlu dijalankan dengan penuh agresif tetapi masih perlu berhati-hati, yang akhirnya mampu menjana laba yang besar.
           
Diharapkan pembaca akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian 15 tahun ini. Apa yang ingin disampaikan ialah orang makan gaji pun boleh melabur hartanah bernilai jutaan ringgit sekiranya ilmu hisab undercons adalah mantap!


KANDUNGAN

Pengalaman Melabur Hartanah Undercons

Bahagian 1: Mencari ‘Big why’ Anda
Bahagian 2: Kenali Pelaburan Hartanah
Bahagian 3: Mari Melabur Hartanah Undercons
Bahagian 4: Aliran dan Modal Pelaburan Undercons
Bahagian 5: Fahami Diskaun Dan Rebat Undercons
Bahagian 6: Progressive Payments Semasa Pembinaan
Bahagian 7: Teknik Perbankan

TENTANG PENULIS

Abe Nazz hanyalah nama pena Abe. Nama sebenar Abe ialah Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain. Abe bekerja sebagai CEO untuk Daimyo United Sdn Bhd dan juga menjaga perniagaan Klinik Pergigian Setia Alam milik isteri Abe.


Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).








2 comments:

SALIZA SACHARI Pengedar Shaklee said...

Buku wajib baca ni, 15tahun, 14 biji rumah tau. Lagi plak semua rumah baru. Syoknya

syuk said...

Terbaik Abe Nazz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...