Judul:
ALLAH Kan Ada!
ISBN: 978 –
983 - 097- 684-6
Penulis:
The Bingkisan Hati
Kategori: Motivasi
Tebal: 136 Ms
Saiz: L: 13.9 cm; H 21.6 cm; W: 0.8 cm
Terit: 2017
Berat: 0.2 kg
Harga: RM
18/RM20*
Sinopsis:
Buku ALLAH KAN ADA! dikarang oleh empunya nama pena The Bingkisan Hati adalah sebuah buku motivasi yang mengumpulkan pesanan-pesanan selain
coretan dan nukilan di dalamnya.
Buku ini juga disisipkan dengan puisi dan
kata-kata mutiara serta beberapa kisah pengalaman hidup agar lebih dekat dengan
pembaca.
Setiap ujian dan musibah yang Allah hantarkan dalam kehidupan kita bukan disengajakan. Apabila diuji, kita hanya perlu cari jalan penyelesaian. Sepanjang proses kehidupan, akan ada pelbagai kesenangan dan kesusahan yang datang silih berganti.
Jika mahu dihurai satu demi satu episod
kehidupan, ia terlalu banyak untuk dipersembahkan. Tentang takdir, tentang
kematian, tentang kehilangan, tentang penghijrahan dan pelbagai lagi ujian dan
peringatan yang Allah hantarkan.
Bersama semua itu, Allah turut hantarkan
hikmah agar kita tahu bahawa setiap sesuatu yang terjadi di dunia ini bukan
sengaja Allah biarkan kita melaluinya.
Penulis persembahkan buku
ALLAH KAN ADA! ini sebagai sebuah buku motivasi yang mampu mendidik pembaca
untuk membuka mata dan menyingkap makna di sebalik kehadiran ujian dalam
kehidupan kita. Selamat membaca buku ini.
Moga ada ibrah dan kebaikan
yang kalian temui di dalam buku ini dan semoga perkongsian di dalam buku ini
mampu memberi manfaat kepada pembaca serta ladang pahala buat penulis.
..................................................................................................
UNTUK PEMBELIAN & PERTANYAAN: WSAPP 011.3293 3466

No comments:
Post a Comment