.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Mar 8, 2013

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna


GB0227 : Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Penulis : Hilal Asyraf
ISBN : 978-983-097-416-3
Harga : RM21.00 S/M, RM23.00 S/S

Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang ke Ufti untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan lantas bergerak merata di aats muka bumi mengumpulkan kemenangan. dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan.

Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!. Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini , akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa, Takdir cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.


1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya nak tanya. Buku ni dah diterbitkan. Bila buku ni nak sampai melaka? Saya cuba cari di kedai buku POPULAR tapi belum ada katanya. Saya tak sabar nak baca sambungan novel Takdir :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...