.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Oct 18, 2018

'Ubat' Dari dapur

Judul: ‘Ubat’ Dari Dapur
ISBN: 978-983-097-759-1
Penulis: Dr Suri Roowi
Kod: GB 0498
Tebal: 136 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00




SINOPSIS
Makanan yang berasaskan sumber alam di atas muka bumi ini tidak ada satu pun yang tidak memberi manfaat.

Bermula dengan makanan asas kita setiap hari seperti nasi dan gandum, semua jenis makanan itu mempunyai khasiat yang berbeza mengikut jenis bahan, teknik memasak serta formulasi produk yang dihasilkan. Jadi kita haruslah bijak membuat pilihan.

Demikian juga dengan minuman dan pemanis haruslah mengikut jenis dan kadar yang bersesuaian.

Diharapkan buku ini dapat memberi banyak manfaat kepada pembaca yang mengutamakan nilai kesihatan. Kesihatan yang baik amat diperlukan bagi memudahkan kita beribadah kepada Allah.


KANDUNGAN
Kata Pengantar
Pengenalan
Bab 1 Sumber makanan asas berkhasiat.
Bab 2 Minuman berkhasiat.
Bab 3 Buah-buahan berkhasiat.
Bab 4 Sumber manisan berkhasiat.
Bab 5 Minyak pati dan aroma terapi.
Bab 6 Khasiat pewarna asli.
Bab 7 Sayur-sayuran dan ulam-ulaman berkhasiat.
Bab 8 Khasiat ramuan makanan.
Bab 9 Herba berkhasiat.
Bab 10 Pembungkus makanan yang mengandungi bahan berkhasiat.
Bab 11 Makanan dan penyakit.
Bibliografi

TENTANG PENULIS:

Dr Suri Roowi, sebelum ini adalah Saintis Prinsipal di Program Perekaan Makanan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, MARDI. Telah 22 tahun berpengalaman sebagai saintis. Beliau banyak terlibat dengan analisis bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia. Beliau juga banyak terlibat dengan pembangunan produk makanan kesihatan. Dr Suri juga terlibat dengan kajian pre-klinikal dan kajian klinikal (melibatkan kajian ke atas manusia) khususnya kajian ke atas penyerapan bahan-bahan berkhasiat dalam tubuh manusia. Sebelum ini beliau banyak bersiaran dalam slot Rahsia Alam di bawah IKIMfm. Slot ini banyak berkongsi sumber-sumber alam sebagai makanan kesihatan.

Oct 17, 2018

Sihir Jin Lamashtu

Sihir Jin Lamashtu
ISBN: 978-983-097-758-4
Penulis: Nami Adnan
Kod: BP 28
Tebal: 488 ms
Harga: RM25.00/ RM27.00


SINOPSIS:
Novel Sihir Jin Lamashtu mengisahkan keluarga Adam Syakir yang terpaksa berpindah dari banglo mewah di Kuala Lumpur ke rumah sewa kampung di Sungai Bakap, Pulau Pinang kerana perniagaan bapanya Encik Burhan merosot hingga menjadikan mereka miskin. 

Kehidupan baharu itu menjadikan hubungan keluarga kian rapat berbanding sebelum ini kerana di kampung mereka tidak disibukkan dengan urusan keduniaan. 

Namun, kegembiraan mereka tidak bertahan lama kerana rumah yang mereka sewa itu rupa-rupanya berhantu.

Gangguan yang bermula dari jelmaan seorang budak kecil berbangsa Cina itu telah lama diketahui oleh penduduk sekitar. Sepanjang pengetahuan penduduk, hanya hantu yang berupa kanak-kanak kecil sahaja yang sering mengganggu dan bukannya makhluk besar, hitam lagi menakutkan seperti yang dialami oleh keluarga Adam Syakir.

Tanpa pengetahuan keluarganya, gangguan tersebut sebenarnya ada kaitan dengan Encik Burhan yang telah menjadikan jin sebagai pendamping untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburinya di Kuala Lumpur hingga menjadi kaya-raya. Encik Burhan membawa keluarganya berpindah setelah perniagaannya jatuh akibat tidak lagi berdamping dengan jin tersebut semenjak isterinya mengandungkan Syafiq yang kini berusia tiga tahun,

            Gangguan jin Lamashtu yang telah wujud sebelum kelahiran Nabi Isa a.s. itu sebenarnya atas dasar membalas dendam terhadap Encik Burhan yang telah memungkiri janji. Namun, beberapa nyawa telah menjadi korban dengan cara kematian yang sangat mengerikan.

TENTANG PENULIS
Pemilik nama sebenar, Ahmad Syuhaimi Adnan adalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.

Novel Sihir Jin Lamashtu ini merupakan novel kedua beliau bersama dengan penerbit Galeri Ilmu. Penulisan kedua-dua novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

Oct 15, 2018

Ratu Vogue

Siri Anas Anis: Ratu Vogue
ISBN : 978-983-097-762-1
Kod: GB0518

Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 128 ms
Harga : RM12.90 /RM14.90













SINOPSIS
Anas dan Anis ada kawan baharu yang bernama Sa’adiah atau mesra disapa Sandy. Sandy anak orang berada. Dia suka menunjuk-nunjuk barangan berjenama miliknya. Dia bangga sangat dengan jam yang dihadiahkan oleh ayahnya ketika pulang bertugas dari luar negara. 

Anas dan Anis selalu menasihati Sandy agar tidak terlalu bangga diri, nanti menjadi riak dan takbur.

Jika menunjuk-nunjuk begini juga, mungkin menarik orang berniat tidak baik mendekatinya. Namun, nasihat Anas dan Anis tidak diendahkan. Malah, Sandy sering memandang rendah akan orang lain.



Anas dan Anis menasihati Sandy, ‘Kawan yang baik adalah orang yang selalu menegur kita ketika berbuat kesalahan. Dia mengajar kita menjadi lebih baik sebab hendak masuk syurga bersama-sama.’







Oct 14, 2018

Seriuslah!

Judul: SERIUSLAH!
ISBN: 978-983-097-757-7
Kod: BP026
Penulis: Imaninex & Naw Labqi
Tebal: 128 ms
Harga: RM13.00/RM15.00




SINOPSIS
Komik ini merupakan komik strip dakwah yang berkisarkan pelbagai isu dengan mengetengahkan watak yang biasa digunakan penulis iaitu Peah, Farah dan Ustaz Farhan.

Tentang Penulis

Imanimex berasal dari Jeli, Kelantan dan telah menamatkan pengajian sebagai seorang Guru dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Beliau merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa komik iaitu Kompilasi Komik Dakwah Tarbiyyah Imanimex 1 & 2 dan Komik Tarbiyyah No Namida.

Naw Labqi, anak kelahiran Batu Caves, Selangor ini merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Seni Bina (Sains) dari UiTM dan Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan. Beliau berkhidmat sebagai Akauntan dan turut terlibat untuk Bahagian Jualan di Daie Kreatif Venture. Menerusi pengalaman penerbitan, beliau terlibat dalam pembikinan Komik Startup 10 Ringgit juga dalam penerbitan komik Zine Happiness Is ... .

Diet Tanpa Stres

Judul: Diet Tanpa Stres
ISBN: 978-983-097-760-7
Kod: GB 513
Penulis: Arif Syukri (Ustaz Fitness)
Tebal: 240 ms
Harga: RM30.00/ RM32.00



SINOPSIS:
Buku ini bukanlah satu panduan diet dari awal sampai ke akhir. Apatah lagi memberi pelan pemakanan yang lengkap. Sebaliknya naskhah ini menghimpunkan cerita, tip, panduan, nasihat serta himpunan mitos yang berlambak di alam maya.

Ia menjelaskan subjek-subjek diet dengan cara santai, jenaka dan juga aplikasi yang fleksibel buat para pembaca dalam menurunkan berat badan secara sihat tanpa tekanan.

Kisah-kisah yang para pembaca dapat daripada naskhah ini juga berupa daripada pengalaman saya, Arif Sukri atau dikenali juga sebagai Ustaz Fitness yang pernah menghadapi masalah obesiti satu ketika dahulu.

Mudah cerita, tip yang disampaikan di dalam ini bukan sekadar teori dan fakta semata, sebaliknya ia juga hasil daripada pengalaman penulis sendiri yang pernah berada di situasi obesiti dan memahami psikologi orang obesiti.

Naskhah ini akan membantu pembaca menurunkan berat badan secara sihat, santai dan tiada tekanan. Semestinya tidak ada unsur-unsur perniagaan ubat-ubat kurus atau sebarang suplemen ketika para pembaca membaca naskhah ini kerana penulis sendiri kurus dengan cara sihat dan semula jadi.


KATA ALUAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kerana anda telah membuat satu pelaburan yang baik untuk buku ini. Menjaga kesihatan adalah tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk diri kita.

Saya mengucapkan tahniah kepada Coach Arif Sukri atau Ustaz Fitness di atas kejayaan karya ini. Ia satu hadiah yang istimewa buat para pembaca di luar sana yang tercari-cari satu pembacaan yang santai di dalam memahami ilmu diet dan berkaitan dengan pengurangan berat badan secara sihat.

Buku ini merupakan penulisan dari hatinya sendiri. Ada coretan menarik mengenai kisah perjuangan beliau sendiri yang satu ketika dahulu pernah tergolong di kalangan mereka yang obes. Titik kejayaannya adalah apabila kini beliau juga sebahagian daripada coach kecergasan yang membantu rakan-rakan yang lain untuk mengurangkan berat badan. Antara usaha itu adalah dengan menjadi salah seorang Team Leader bagi program Jom Kurus Malaysia Musim 11 bersama saya.

Semua orang boleh memiliki buku ini. Tidak kira lelaki, perempuan, muda atau tua. Nota-nota diet dan penceritaan yang dibawakan oleh beliau juga amat santai, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ada sedikit unsur jenaka, serius, motivasi dan juga beberapa tip diet yang beliau sendiri amalkan untuk anda pula melakukannya.

Saya percaya penulisan beliau amat dekat di hati para pembaca terutama mereka yang sedang mencari rentak semangat untuk berdiet atau yang sudah lama nak berdiet tapi asyik tak menjadi kerana beliau juga pernah berada di tempat anda satu ketika dahulu.

Nasihat saya, ambil sedikit masa untuk membaca setiap bab dalam buku ini dengan baik dan kautlah segala tip yang anda fikir sesuai untuk anda sendiri lalu praktikkan. Tapi ingat, kondisi kesihatan tidak sama untuk semua, buatlah ukuran dengan melihat kemampuan anda juga.

Akhir sekali, diet itu bukannya ambil waktu untuk sebulan dua sahaja, tetapi satu perjalanan mengekalkan tahap kecergasan untuk sepanjang hayat. Fokuslah untuk jangka masa panjang.

~ Kevin Zahri,  Cikgu Fitness Malaysia
  
TENTANG PENULIS:

 Arif Sukri berasal dari Jitra, Kedah dan di lahirkan pada tahun 1992. Seorang graduan dari Institut Agama Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia di bidang Usuluddin. Pernah tergolong di kalangan manusia yang mempunyai masalah obesiti dan pernah mencapai berat badan maksimum 125 kg. Berjaya menurunkan berat badan tanpa suplemen atau ubat kurus dan berdiet dengan cara sihat kepada 75 kg. Kisah beliau pernah viral di media sosial dan pernah diundang ke Astro Awani sempena Hari Sukan Negara. Begitu juga akhbar Harian Metro yang pernah menerbitkan kisah kejayaannya. Sekarang merupakan Jurulatih Kecergasan di bawah National Association for Strength & Conditioning Research (NASC)

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 



  

 




 

Oct 1, 2018

Geng Besi

Judul: GENG BESI
Siri Kak Long Kawasan
ISBN : 978-983-097-741-5
Pengarang : Nita Yusof
Kod: GB0515
Tebal : 128 muka surat
Harga : RM12.90 /RM14.90











Sinopsis
Hafsah ialah seorang Pengawas di Sekolah Sri Aminah. Dia terkenal dengan ketegasan dan sifat garangnya yang langsung tidak bagi peluang kepada mana-mana pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

Oleh sebab itu, dia dikenali sebagai Kak Long Kawasan di sekolahnya.


Bagaimanapun, ada sekumpulan pelajar yang menggelar kumpulan mereka Geng Besi, sangat degil dan selalu melanggar undang-undang sekolah. Walaupun telah berkali-kali dihadapkan ke guru disiplin dan ditangkap oleh Hafsah, mereka masih tidak takut. Malah mereka suka mencabar Hafsah. 

Pelbagai cara telah dilakukan oleh Hafsah untuk menggagalkan mereka tetapi mereka tidak hairan untuk berubah sikap.


Suatu hari ada pelajar baru di Sekolah Sri Aminah, Alisha, yang kemudian menjadi sahabat baik Hafsah. Dengan ketangkasan aikido, Alisha dan kebijaksanaan Hafsah mereka merancang untuk menjatuhkan Geng Besi.

 

 

 

 


Godcentric

Judul: GODCENTRIC
ISBN: 978-983-097-747-8
Kod: BP0025
Genre: Komik
Penulis: Abeben
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/  RM12.00











SINOPSIS
Seperti yang dijangka, perang nuklear tercetus. Kutub Utara dan Selatan mencair. Gunung-gunung berapi meledak. Dunia semakin menuju kemusnahan dek tangan-tangan manusia sendiri. 

Selepas bertahun-tahun penyelidikan, akhirnya saintis berjaya mencipta bahtera terapung untuk menyelamatkan manusia. Namun, ruang tidak cukup untuk semua.

Maka, 3 peraturan utama diperkenalkan. Pertama, hanya golongan bijak pandai sahaja dibenarkan menaikinya. Kedua, diharamkan untuk mencipta dan menggunakan senjata. Dan yang terakhir, semua orang di atas bahtera itu tidak dibenarkan menganuti mana-mana agama. Hanya mereka yang memenuhi kriteria ini sahaja yang dapat meneruskan ketamadunan manusia 35,000 kaki di udara.

Yang selebihnya ditinggalkan di permukaan Bumi, dibiarkan musnah dan pupus selama-lamanya.

Dan 1,000 tahun pun berlalu ... .



Tentang Penulis:
Abeben berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dan sedang menuntut di United Kingdom dalam bidang Mechanical Engineering with Advanced Design and Innovation. Merupakan ahli Daie Kreatif Venture dan telah menerbitkan beberapa buah komik. Antara tajuk-tajuk yang dihasilkan oleh beliau adalah Lukisan Tarbiah Sentap 1, Lukisan Tarbiah 2: Refleksi, Aku, Engkau Dan Alif, Aku, Engkau Dan Alif 2: After Story dan Badai 1 – 5.


Tentang Pelukis.
Nazr Syaff ialah seorang comic illustrator yang banyak berkolaborasi dalam produksi komik dan dalam usaha menjadi usahawan komik yang meneroka pasaran bisnes untuk berkolaborasi dengan komik.

Diari Iman 1

Judul: Diari Iman 1
ISBN: 978-983-097-756-0
Kod: BP 0027
Genre: Komik
Penulis: Nix Ridzwan
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/ RM12.00











SINOPSIS

DIARI IMAN mengisahkan pengembaraan seorang anak muda bernama Iman.  Dia terjatuh di atas timbunan daun-daun dari sebatang pokok ajaib hingga membuatkan dirinya telah masuk ke alam lain yang dikenali sebagai Alam Satria. 

Dia harus melalui pelbagai halangan bagi mendapatkan kunci untuk kembali ke dunia asalnya dan bermulalah pengembaraan di alam yang asing baginya itu.
Ikuti kisah pengembaraan Iman dalam terbitan komik seterusnya.



Tentang penulis:

Nix Ridzwan berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Berkhidmat sebagai Design Coordinator di sebuah syarikat produksi di KL Sentral, Kuala Lumpur selain sebagai Freelance Designer. Beliau masih baru dalam bidang komik dan komik ini merupakan karya pertama beliau yang diterbitkan.   

Nota Pasca Haji

Judul: Nota Pasca Haji
Penulis: Roza Roslan / Muhd Kamil Ibrahim
ISBN: 978-983-097-754-6 (kulit keras) /
978-983-097-753-9 (kulit lembut)
Kod: GB0511 (kulit lembut) / GB0512 (kulit keras)
Tebal: 240 ms
Harga: RM25 (kulit lembut) / RM35 (kulit keras)

FLAP DEPAN (Kulit lembut sahaja): Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, “Sesungguhnya Rasulullah bersabda, ‘Umrah ke satu umrah lainnya adalah penebus dosa di antara keduanya, dan haji yang mabrur tidak ada pahala baginya selain syurga’.” (Riwayat Bukhari)
  



SINOPSIS
Ibadat haji wajib dilakukan hanya sekali seumur hidup. Itu pun jika mampu. Lalu haji mabrur menjadi impian dan harapan setiap jemaah. Tiada balasan melainkan syurga.
Anugerah ini bersyarat. Ia perlu dirancang dan diusahakan. Malangnya tidak ramai yang bergelar ‘haji’ dan ‘hajah’ berjaya mengekalkan haji mabrur hingga akhir hayat.
Ada yang gagal sebaik sahaja pulang ke tanah air. Lihat sekitar. Sudah ada yang ‘tidak solat berjemaah di masjid’ bagi bagi si haji dan ‘tidak menjaga aurat’ bagi si hajah. Ini bukan perwatakan dan akhlak bakal ahli syurga. Jika di Tanah Suci, segala-galanya terpelihara, mengapa pulang ke tanah air kembali kepada watak asal?
Sangatlah rugi jika haji mabrur tidak dipertahankan kerana bagi kebanyakan orang peluang menunaikan haji hanya datang sekali.



KANDUNGAN
BAHAGIAN 1: NOTA MKI
Bab 01 Belum Sampai Ajal
Bab 02 Bila Sampai Ajal?
Bab 03 Penghapusan Dosa
Bab 04 Rukun Islam
Bab 05 Mabrur
Bab 06 Perjalanan
Bab 07 Solat Berjemaah
Bab 08 Bangun Malam
Bab 09 Berpuasa Sunat
Bab 10 Bertaubat
Bab 11 Haji Bakhil
Bab 12 Orang Tersayang
Bab 13 Dewasa
Bab 14 Taman Syurga
Bab 15 Makkah dan Madinah

BAHAGIAN DUA: NOTA ROZA ROSLAN
Bab 01 Aku Bergelar Hajjah
Bab 02 Berjanji Pada Diri
Bab 03 Jihad Bagi Wanita
Bab 04 Solat Di Awal Waktu
Bab 05 Menjaga Aurat
Bab 06 Cahaya Al-Quran
Bab 07 Berdakwah
Bab 08 Mencari Damai
Bab 09 Berpuasa
Bab 10 Tahajud
Bab 11 Kaya Jiwa
Bab 12 Demi Masa
Bab 13 Di Situ Daku Bersujud
Bab 14 Bila Sampai Masanya

Bab 15 Hentian Terakhir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...