.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Mar 23, 2017

Blur

JUDUL: BLUR     
PENYUSUN: Bonda Nor
ISBN: 978-983-097-652-5
KOD: BP0009
HARGA: RM 20
TEBAL:   240 ms

Bila kau sendiri tak pasti apa yang kau cari









BLUR – Tidak ada satu hal pun yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Buruk atau baik yang berlaku tetap memberi nilai tambah kepada kita. Kau stres sebab kau BLUR!

Bonda Nor / Rohamiah Muda / Ida Hani Ali / Muhd Haniff Hashim / Azian Mohamed Isa / Abdul Muiez Ruslee / Ezatul Marini / Selasiah Saari / Mahalabiah Mohamad / Amna Sofea / Aishah Abdul Rahman / Ammar Kamilin / Rosmiena Che Mat / Ana Rohani / Siti Malini Mat / Iz Zunaira  / Ummu Nurin / Nadhirah Arib / Rosmieni Che Mat / Farizah Shamsudin / Nur Akmal / Fedtri Yahya                           
  
SINOPSIS:

Buku PURIS  ini merupakan hasil daripada siri Bengkel Penulisan Bonda Nor. BLUR adalah salah satu medan untuk para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi menerusi bengkel ini.

Bonda Nor tidak mahu sekadar berusaha seorang diri menyumbang bahan-bahan penulisan yang baik buat masyarakat dan bergerak atas objektif utama bengkel, dia bertekad mahu melatih masyarakat melahirkan sendiri karya-karya yang bermanfaat.

BLUR – membawa maksud kabur, tidak jelas dan samar-samar. Situasi yang sering menimpa anak-anak remaja yang sedang menginjak ke alam dewasa. Pada usia seperti ini, masing-masing ibarat baru sahaja menerima kunci kebebasan dan harus bijak mengendalikan keterujaan. Jika tersilap langkah, pasti membawa padah!

Menerusi antologi BLUR, para penulis yang terlibat diminta untuk mengetengahkan pengalaman sendiri dalam menempuh alam yang penuh mencabar ini. Ianya merupakan kisah benar. Sesetengah bersifat peribadi. Namun, demi sesuatu yang dipanggil pengajaran, mereka sudi untuk satu sesi perkongsian.

Sungguh, manusia boleh menjadi matang dengan pengalaman. Bukan sekadar belajar daripada pengalaman sendiri, tetapi menerusi pengalaman orang lain juga. Dengan membuka mata hati kita, insya-Allah kita akan lebih peka dan mampu berjaga-jaga agar tidak terjunam ke dalam lubang yang sama.

BLUR – satu situasi yang pasti akan buat kita berasa tidak selesa. Namun, sebaik saja kita mampu melepasi situasi seperti ini, pasti kita akan menjadi lebih baik.
Selamat menadah perkongsian demi perkongsian yang dinukilkan di dalam antologi ini!

FLAP KIRI: 
                “Kalaupun ada musibah yang Allah nak beri kepada kita, biarlah kerana
                  kasih sayang-Nya. Bukan kerana murka-Nya terhadap kedegilan kita!”


Amirul Budak Sudan

Judul: Amirul Budak Sudan
Penulis: Roza Roslan
Kategori: Motivasi (Genre Parenting)
Persembahan: 4c (Warna Penuh)/Bergambar
Tebal: 340 M.S.
HARGA: RM35/RM38
KOD: GB0428
ISBN: 978-983-097-651-8

Harapan tinggi mama dan ayah mahu si anak menjadi Syeikh bahasa Arab. Dalam erti kata mudah, ‘pakar bahasa Arab’. 

Maka, pada usia sangat muda (belasan tahun), berkelanalah si anak nun jauh ke benua Afrika untuk menyambung pelajaran. Tepatnya, negara Sudan yang bahasa Arabnya merupakan bahasa Arab tinggi.

Sekolah yang menjadi pilihan bukan sekolah biasa-biasa. Ia sekolah luar biasa. Mengapa luar biasa? Sebabnya jika diberi pilihan, orang biasa takkan memilih sekolah luar biasa seperti itu. Apatah lagi anak Malaysia! Yalah, siapalah mahu bersekolah di sekolah yang serba-serbi kekurangan. Bilik darjah suram berdebu. Dinding bersepih. Surau berlantaikan tanah keras. Daif!

Amirul Budak Sudan merupakan sebuah perjalanan remaja yang bercekal hati, ditinggalkan oleh orang tuanya di Sudan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah. Daripada seorang yang berbadan agak gempal, bertukar menjadi remaja kurus lampai. 

Alahai! Bagaimanalah anak paling manja dalam keluarga dan masih keanak-anakan meneruskan hidupnya di negara terpencil jauh dari keluarga?

Tiga tahun menjadi anak dagang, menjadikannya sebuah perjalanan hidup yang mahal yang perlu dibayar.

Impian mama dan ayah, cuba ditunaikan, namun akhirnya terluah segala yang terpendam. Impian sebenarnya jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh mama dan ayah. Rupa-rupanya si anak sudah lama memendam rasa. Ada impian dan cita-cita sendiri yang mahu digapai.

Si anak tidak mahu menjadi syeikh bahasa Arab, tetapi mahu menjadi chef. Lalu mama dan ayah terpempan!

Amirul Budak Sudan – Penuh dengan ibrah dan teladan. Sebuah kisah keibubapaan ... jangan pandang rendah pada kemampuan anak walaupun pada zahirnya tidak kelihatan akademiknya cemerlang. Usah memaksa anak mengikut acuan ibu bapa. Perhatikan kelebihan anak dan arah mana kecenderungan minatnya, kemudian pimpinlah dia sehingga berjaya!

Amirul Budak Sudan – sebuah kisah merentas sempadan negara dan budaya, pasti mencuit naluri rasa mereka yang bergelar ibu bapa!


Mar 7, 2017

Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa

Judul: Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai Di Al-Aqsa
Penulis: Roza Roslan & Muhd Kamil Ibrahim
Kategori: Motivasi (Genre Travelog)
Tebal: 232 M.S.
Harga: RM30.00/RM32.00
KOD: GB0426
ISBN: 978-983-097-650-1

Ziarah al-aqsa?

Takut? 

Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak?

Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis.

Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah.


DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa. Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah.

Sebuah travelog. Penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak ... rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.

Petikan:

Entah mengapa … seorang kanak-kanak lelaki berdiri di sisi. Beliau tidak berganjak. Mata bundarnya memandang lantai. Sesekali merenung tajam ke dalam mata apabila menjawab soalan.
“Ana, Amoudi. Saba‘a sanah.”
Anak itu memperkenalkan diri sambil menunjukkan tujuh anak jari ke arah kami. Kemudian anak itu duduk berhampiran saya sambil memandang rakan-rakannya yang lain dari kejauhan.
“Ummi … abi maa fi.”

Katanya sepatah-sepatah. Suaranya perlahan hampir tidak dapat didengar. Ada air mata bertakung di mata Amoudi. Entah apalah yang dikenanginya. Anak itu diam. Beliau merapatkan dirinya ke arah saya. Allah ya Allah … serta-merta perasaan keibuan saya menyelinap di seluruh jiwa raga. Tangan kanan saya tanpa sedar mengusap ubun-ubun anak itu. Mata bundarnya berkaca. Sudah lama air bertakung di situ. Ada sendu di dada Amoudi.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

Feb 24, 2017

Duo Ejen

Judul: Duo Ejen
Penulis: Syafiq Nasri & Daʻi Azrin
Isbn: 978-983-097-649-5
Kod: BP0008
Harga: Rm 20
Tebal: 168 Ms

“Jika mereka boleh, aku juga boleh!” 
- Syafiq Nasri

“Kalau aku tak pergi masjid waktu ini, ditakdirkan tak ada siapa di masjid, macam mana?” 
- Daʻi Azrin




EJEN 1:

Jadilah seorang Mukmin yang kuat luar dan dalam, supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan mudah dan tersusun. Usia muda semestinya punyai kekuatan fizikal yang lebih, jadi gunakanlah ia untuk menyumbang ke jalan kebenaran.

EJEN 2:

Wahai Muslimah! Kamu semua dah indah seperti bunga yang menyerikan sesuatu tempat dan keadaan. Contohilah bunga-bunga untuk menjadi yang terbaik.


SINOPSIS:

Buku PURIS ini merupakan penulisan oleh dua orang pendakwah muda iaitu SYAFIQ NASRI dan DAʻI AZRIN. Mereka berdua menulis buku ini bagi mengetengahkan isu dakwah di usia muda dan tip bagaimana untuk menjadi remaja yang hebat.

Oleh sebab mereka berdua berada di awal usia muda, jadi mereka terpanggil untuk menghasilkan satu karya yang membawa moral buat golongan muda dan boleh di ambil iktibar buat semua peringkat usia. Bagi mereka, usia muda merupakan usia yang kreatif dan sangat aktif untuk melakukan sesuatu perkara.

DUO EJEN ini cuba membantu para pembaca di luar sana agar berada di landasan dakwah dan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. EJEN yang dimaksudkan itu bukanlah ejen kepada mana-mana syarikat, sebaliknya menjadi ejen kepada-Nya untuk melaksanakan amanah sebagai pemimpin Islam di atas muka bumi ini. Tugas itu bukan tugas mereka berdua sahaja, tetapi tugas dakwah itu untuk semua selaku hamba-Nya.

Buku ini mengandungi dua bahagian yang istimewa, yang mana pada bahagian pertama, mereka membawa pembaca untuk menelusuri kisah bagaimana permulaan berdakwah dan saat terdetiknya rasa untuk masuk ke dunia dakwah ini. Manakala di bahagian yang kedua pula, mereka muatkan dengan semangat, inspirasi, panduan, kisah teladan untuk pembaca semua berjinak dalam dunia dakwah.

Terselitnya juga pengajaran supaya kita semua mampu menjadi insan hebat dan luar biasa. Perkongsian bagaiamana nak menjadi remaja yang bijak menggunakan usia muda untuk kebaikan dan bukan untuk perkara yang sia-sia. Beberapa kisah turut dimuatkan supaya jalan penceritaan itu mampu memberi gambaran yang lebih jelas untuk menjadi seorang hamba yang sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah SWT.

Sejuta harapan dari SYAFIQ NASRI dan DAʻI AZRIN semoga buku tulisan mereka kali ini dapat memberi manfaat dan suntikan aura yang positif buat semua pembaca untuk meneruskan kerja dakwah membantu perjuangan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.


Moga buku ini menjadi pedoman buat jiwa, iktibar dalam kehidupan serta pembakar semangat untuk berdakwah buat selamanya. Buat sehabis baik, selainnya serah kepada Allah SWT. 

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

Hipster Hartanah

Hipster Hartanah
Penulis: Harits Faizal
ISBN: 978-983-097-640-2
TEBAL: 240 ms
HARGA: RM30

Tip dan Motivasi Santai Beli Rumah Waktu Muda-muda










SINOPSIS HIPSTER HARTANAH

Buku ini pada dasarnya ingin mengajak anak-anak muda untuk membeli rumah dan juga hartanah ketika usia masih muda. Ia bukan sekadar teori semata-mata tetapi lebih kepada perkongsian ilmu yang praktikal hasil daripada pengalaman penulis sendiri.

Penulis memberikan tip dan panduan yang mudah difahami oleh anak-anak muda dalam proses membeli rumah dan hartanah sama ada untuk duduk sendiri ataupun sebagai pendapatan sampingan. Boleh dikatakan panduan ini terperinci mengajar anak-anak muda bagaimana menjana pendapatan melalui pelaburan hartanah. Dengan membaca buku ini insya-Allah, tiada lagi istilah ‘tak mampu’ beli rumah kerana gaji yang kecil di kalangan anak muda.

Benarkah kita tidak mampu membeli rumah? Sebenarnya, kita takut nak beli rumah bukan sebab tidak mampu, tetapi kita tidak tahu caranya. Apabila ada ilmu, keyakinan akan datang kemudian. Ilmu pelaburan hartanah dan ilmu pengurusan kewangan perlu seiring. Kedua-duanya perlu untuk memiliki sebuah rumah.
..............................
Semakin lambat anda beli rumah, semakin banyak peluang yang anda terlepas. Dahulukan mana yang patut didahulukan. Kalau belum mampu nak beli rumah bertanah, tidak salah mulakan dengan flat atau apartmen dahulu. Ingat ini, rumah impian tidak semestinya rumah pertama anda.

Tak perlu nak acah-acah HIPSTER sangat bab-bab makan candle light dinner, jubah mahal gila, kereta import, motor berkuasa tinggi, tudung eksklusif dan gaya hidup metroseksual itu. Beli sahaja rumah banyak-banyak di awal usia, sudah tentu anda adalah HIPSTER HARTANAH.

Selepas baca buku ini, anda tidak akan menyesal untuk beli rumah walaupun untuk duduk sendiri. Percayalah! Anda akan belajar cara yang betul untuk dapat keuntungan daripada pembelian dan pelaburan hartanah khas untuk anak muda. Ayuh, mulakan langkah pertama anda sekarang!



Harith Faisal berasal dari Slim River, Perak. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Aktuari) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berusia 26 tahun. Sudah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak.
Beliau kini bertugas sepenuh masa sebagai pegawai bank di salah sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur.
Beliau bermula dengan berkongsi idea dan pengalaman tentang tip kewangan, pelaburan dan hartanah di Facebook peribadi pada penghujung 2015. Dalam masa setahun, beliau berjaya menarik minat 60,000 pengikut khususnya anak muda untuk membaca perkongsiannya di Facebook setiap hari.

Beliau juga sering diundang oleh NGO dan persatuan pelajar IPT untuk berkongsi perihal motivasi kewangan dan hartanah anak muda. Hipster Hartanah ini adalah karya pertama beliau bersama Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

***********************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 

 




Mari Menjadi Hamba

Judul: Mari Menjadi Hamba
PENULIS: Hilal Asyraf
ISBN:   978-983-097-635-8           
KOD: BP0006
HARGA: RM 20
TEBAL:   192ms
GENRE: Buku PURIS

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.








SINOPSIS:

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Tiadalah hidayah itu melainkan milik Allah. Penulis berusaha menyampaikan dan kepada Allah dia berharap agar penulisannya ini punya manfaat dan impaknya, punya rahmat dan keberkatan daripada-Nya. Moga Allah kasih dan redha dengan kita. Selamat membaca!

Mari Menjadi Hamba!

Disuruh diam bukan untuk menjadikan manusia itu bersikap pasif. Tetapi apabila manusia itu diam, dia berpeluang mendengar, belajar dan mendapat manfaat daripada manusia lain.

********************************

Orang yang berwawasan sering memandang jauh melepasi kematiannya. Dia memilih bagaimana dia hendak mati dan dia sendiri memilih tempat mana dia hendak pergi selepas mati.

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

Hayatus Sohabah

Judul: Hayatus Sohabah 20 Kisah Sahabat
Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 978-983-097-648-8
Kod: Gb 0423
Tebal: 200 M/S
Harga: Rm 20.00/ 22.00
  









DETAIL:

Dalam Islam, terdapat 3 syarat utama untuk seseorang itu digelar Sahabat Rasulullah SAW.
Mereka mestilah sempat hidup sezaman dengan Rasulullah SAW serta sempat bersua muka atau mendengar suara Baginda.

Keduanya, mereka mestilah beriman dan ketiga, mereka kekal dalam agama Islam sehingga
meninggal dunia. Jumlah mereka tidak dapat dikenal pasti secara tepat.

Namun kisah kehebatan dan jasa bakti mereka sentiasa diulang-ulang dan terakam kemas dalam bentuk buku khususnya.


20 orang Sahabat yang diabadikan kisah mereka dalam buku ini adalah antara Sahabat yang mewakafkan hidup mereka demi menegakkan Islam dan mempertahankan Rasulullah SAW. 

Antaranya:
•        ‘Umair Ibnu Wahb
•        Tsumamah bin Utsal
•        ‘Amru bin al-Jamuh
•        Majza’ah bin Tsaur as-Sadusi
•        Usaid bin Hudhair

---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

Feb 14, 2017

Amalan Mengangkat Darjat

 Penulis: Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi
Kategori: Fardu Ain
Isbn: 955-574-970-029-8
Kod: GB 0421
Harga: RM 12.00/ 14.00
Tebal: 104 Ms












Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang bersumberkan hadits-hadits dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh alim ulama.

Ia didatangkan dengan jadual lengkap seharian bagi membantu umat Islam memaksimumkan ibadah dalam setiap saat kehidupan, daripada bangun pagi hingga tidur kembali.

Antara isi kandungan buku ini:

Ibadah Qiamullail
Amalan Waktu Subuh
Amalan Selepas Terbit Matahari
Amalan Waktu Zuhur
Amalan Waktu Asar
Amalan Waktu maghrib
Amalan Waktu Isyak
Amaland an Adab Ketika Hendak Tidur
Wirid al-Qusyasyiah
Wirid Rabbani


KEISTIMEWAAN BUKU INI:
Amalan2 ini turut disusun dalam bentuk JADUAL BERAMAL supaya mudah menjadi rujukan dalam urusan ibadah sehari-hari.

Selamat beramal!








---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466

----------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...