ISBN: 978-983-097-848-2
Kod: BP0050
Penulis: Iwan Reaz
Penulis: Iwan Reaz
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*
SINOPSIS:
Cerpen Bisa Taring Syaitan menunjukkan betapa
syaitan berusaha untuk memujuk seorang manusia yang alim dan baik yang akhirnya
terpedaya. Oleh itu, kita janganlah mudah percaya dengan pengakuan sesiapa yang
mengatakan bahawa mereka tahu akan detik kematian seseorang. Syaitan boleh
menjelma dalam bentuk manusia bagi menyesatkan kita secara halus.
Manakala dalam cerpen
Hasutan Alam Jin, Hafifi terpengaruh
dengan keindahan di dunia jin yang nyata berbeza dengan alam manusia. Permainan
makhluk halus ini ada banyak. Mereka mungkin akan memerangkap manusia dengan
mempamerkan seribu satu keindahan yang palsu. Jadi, orang beriman tidak
seharusnya berdamping dengan makhluk halus hanya kerana merasakan dunia mereka
lebih baik daripada dunia kita.
Tema hasutan merbahaya daripada
syaitan turut ditonjolkan dalam cepen Bisikan
Dalam Cermin. Individu yang mengalami penyakit mental seperti kemurungan (depression) adalah antara individu yang
mudah terpengaruh dengan pujukan syaitan. Maka, ibu bapa dan rakan-rakan perlu
lebih prihatin terhadap individu yang mengalami ciri-ciri penyakit ini agar ia
tidak berlarutan ke tahap yang lebih serius.
Keprihatinan ibu bapa adalah antara
mesej yang ingin disampaikan dalam cerpen Aku
Bukan Derhaka. Kebanyakan ibu bapa tentunya mahu anak-anak mereka menjadi
insan yang berjaya. Namun, jangan pula kita terlalu tegas dalam mendidik mereka
sehingga mereka tidak lagi merasakan kasih sayang yang sepatutnya. Jangan pula
apabila mereka sudah tiada, baru kita hendak menyesal. Bimbang penyesalan itu akan
dipengaruhi dengan suara-suara halus syaitan yang ingin mengambil peluang bagi
menyesatkan kita.
Dalam cerpen Dendam Roh Rezza pula, elemen kasih sayang lebih menonjol antara
pasangan suami isteri. Kebajikan seorang isteri yang hamil perlu diambil berat
kerana kesihatan anak yang dikandungnya akan dipengaruhi oleh emosi si ibu.
Berbeza dengan cerpen Sumpahan Patung
Pembuli, ikatan kasih sayang antara adik-beradik diangkat sebagai tema
dalam cerpen ini. Isu buli di kalangan adik-beradik perlu dipandang serius.
Seseorang yang sering dibuli, tidak mustahil boleh terjebak dengan permainan
makhluk halus demi membalas dendam terhadap insan yang pernah membulinya.
Seorang sahabat yang kita kenali
rupa-rupanya adalah jelmaan makhluk halus yang suka berdamping dengan manusia
dek kelekaan kita terhadap urusan dunia. Melalui cerpen Misteri Video Viral, watak utama begitu leka dengan kecanggihan
teknologi sehingga sering melewatkan solat dan adakalanya tertinggal dalam
melaksanakan kewajipan berkenaan. Masa inilah syaitan lebih suka untuk berada
di sisi kita supaya kita lebih hanyut dalam arus dunia.
Cerpen Angkara
Amarah Syaitan pula, penulis mengetengahkan kepentingan bersabar dalam
kehidupan seharian. Jika amarah gagal dikawal, bimbang kita akan bertindak di luar
jangkaan dan menimbulkan kesulitan di pihak yang lain. Syaitan amat suka dengan
manusia yang mudah hilang pertimbangan kerana pada saat inilah mereka dapat
menguasai emosi manusia untuk bertindak lebih rakus.
Ada sesetengah individu yang
mempunyai pengalaman yang melibatkan makhluk halus. Namun, jangan pula kita
mudah mendabik dada dan merasakan kita lebih berani daripada orang lain.
Mungkin ia hanyalah helah agar kita lebih mudah terjerumus dalam perangkap
‘mereka’. Dalam kita bergurau juga, usah berlebihan kerana ia boleh mengundang
padah. Inilah pengajaran yang ingin dipamerkan dalam cerpen Keberanian Yang Teruji.
Terbitnya buku seramistik ini sama
sekali bukan semata-mata untuk menimbulkan ketakutan dalam diri kita, akan
tetapi bagi menyedarkan kita semua supaya jangan terperangkap dengan hasutan
syaitan, apatah lagi syirik terhadap Allah SWT.
Semoga kita semua dilindungi-Nya
daripada syaitan yang direjam.
Tentang Penulis:
Iwan Reaz
merupakan nama pena kepada pemilik nama Ridzuan Mohd Ghazali. Berasal dari
Kajang, Selangor. Memegang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan
(major Sains Aktuari) dari Temple University, Philadelphia, Amerika Syarikat. Kini
bertugas sebagai Penolong Pengurus di bahagian latihan sebuah agensi
berita.
Mula berkecimpung dalam bidang penulisan pada tahun 2009. Sehingga kini,
sudah menulis 12 buah buku dan terlibat dalam 13 buku antologi bersama penulis
lain. Antara buku yang ditulis ialah Melodi
Hati, Hazim Aizat & Muzik, Brr Sejuknya Salji, Diari Untuk Ibu, Goodbye New
York, Philly Aku Culture Shocked, Suara Tanpa Bahasa, Memotret Kenangan.
Karya beliau bersama BUKU PURIS ialah kumpulan
cerpen Hologram, novel seramistik Magna Sayap Hitam, Somniphobia
dan yang terbaharu kumpulan cerpen Misteri
Video Viral.
Selain buku, Iwan juga menulis skrip TV, cerpen, puisi dan artikel untuk
disiarkan dalam majalah serta surat khabar tempatan. Iwan juga mengendalikan
bengkel penulisan kreatif dan ceramah motivasi kepada pelajar sekolah.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment