MANTERA PAPAN PUJA
ISBN: 978-983-097-844-4
Kod: BP0048
Penulis: Nida Zahar
Tebal: 136 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2020
Harga: RM10.00/RM12.00*
SINOPSIS
Begini ceritanya ...
Menemani
rakan sekolej pulang ke kampung, Haryani mendapati dirinya menerobos sempadan
alam yang tidak dapat dilihat mata kasar. Bahkan dia tidak mengerti yang
sebenarnya ada sesuatu di sebalik keanehan itu.
“Dan
bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia,
menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua
golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin
bertambah sombong dan jahat.” (Al-Jinn 72: 6)
***
Merompak
demi kemewahan, Kamal tidak menyangka kegiatannya kali ini mengundang angker.
Hanya kerana sebentuk cincin pusaka bertatah zamrud, mewah yang disangka, padah
yang menimpa.
“Wahai
anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah
mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya
pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang
sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan
keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah
menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang yang tidak beriman.” (Al- A’raf 7: 27)
Begitulah ceritanya ...
Ada
lagi cerita-cerita untuk kau hayati dan ambil manfaat daripadanya. Kisah seram
di dalam buku ini sekelam misteri dunia yang satu lagi. Sama ada kau mahu
percaya atau tidak, ia sesungguhnya ada. Sejak dulu, sejak masih digelar
azazil. Memerhati dengan pandangan penuh tajam, mecari saat-saat lompong
tatkala engkau terleka. Itu yang aku tahu.
Tentang
Penulis
Nida
Zahar adalah
seorang penulis yang mempunyai minat yang unik dalam penulisan kisah seram
berdasarkan pengalaman sebenar dan kisah kehidupan. Sudah menghasilkan beberapa
buah buku, salah satu daripadanya adalah hasil kolaborasi beliau dengan
sebuah kumpulan paranormal tempatan. Beliau juga suka mendapatkan
inspirasi penulisan dengan melawat ke tempat-tempat yang menyeramkan serta
berkomunikasi dengan masyarakat setempat.
Nida Zahar
mempunyai kecenderungan menulis berdasarkan kepercayaan budaya Melayu dan mitos
tempatan dalam persepsi dunia moden.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment