ANAK
GAJET
ISBN:
978-983-097-851-2
Kod:
GB0584
Penulis:
Najmi Nawawi
Tebal:
144 ms
Saiz ; L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.9 cm
Berat: 0.3 kg
Terbit: Sept 2019
Harga: RM20.00/RM22.00*
SINOPSIS
Kita hidup di zaman berbeza, cara parenting
dulu dan sekarang perlu diadaptasi mengikut kesesuaian dan kepentingan semasa.
Tidak dinafikan bagaimana kita dididik dulu akan mempengaruhi cara didikan kita
kepada generasi hari ini. Namun, itu tidak bermakna kita tidak mampu bawa
perubahan.
Jika anda pernah dipukul kasar ibu bapa masa kecil dan masih ingat
sampai hari ini, itu bukan kenangan manis, tetapi trauma yang diindahkan.
Diindahkan dengan kata-kata seperti pukul kerana sayang, pukul kerana
aku degil sangat, pukul kerana itu cara terbaik, sebab kena pukullah aku jadi
manusia hari ini, dan lain-lain. Namun, ia tetap tidak dapat menutup hakikat
bahawa ia hasil daripada trauma, cuma diindahkan oleh minda manusia yang
kompleks yang cuba mengatasi trauma untuk meneruskan kehidupan.
Menyedari hakikat teknik parenting
dulu lebih banyak memberi trauma kepada anak-anak berbanding kebaikan bukanlah
bermaksud untuk kita berdendam. Tetapi ia lebih kepada mengakui hakikat
kebenaran dan kita perlu sedar kitaran ini perlu dihentikan dan tidak
berterusan pula untuk generasi akan datang. Semuanya perlu bermula dengan parenting yang dilengkapkan dengan ilmu.
Perubahan yang menyeluruh dan keutamaan perlu diberikan kepada para ayah
sebagai ketua keluarga. Jadi, dalam perkongsian santai dalam buku aku ini, kau
akan dapat lihat bahawa ia terbahagi kepada dua bahagian.
1. Hubungan
kepada pasangan
2. Hubungan
kepada anak-anak
Nasihat saya, orang lelaki tidak perlu malu untuk belajar hal parenting. Ia tidak menjatuhkan
kejantanan anda sedikit pun. Bahkan dengan ilmu inilah akan mengangkat darjat
anda untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan berguna untuk keluarga yang anda
bina.
UNTUK
SIAPAKAH BUKU INI?
1.
Untuk mereka yang belum lagi berkahwin, namun sudah mula
berbunga hati untuk berkahwin. Ilmu perlu disediakan terlebih dahulu.
2.
Untuk orang yang mahu bagi hadiah perkahwinan buat
kenalan mereka. Apa salahnya kali ini bagi buku pula. Ilmu itu suatu hadiah
yang sangat bernilai.
3.
Untuk yang baru mendirikan rumah tangga dan mempunyai
impian untuk memiliki cahaya mata atau yang sedang menunggu kelahiran si comel.
4.
Untuk yang sudah memiliki ramai anak namun masih tidak
pernah kenal erti penat untuk belajar dan memperbaiki diri untuk beri yang
terbaik pada anak-anak.
5.
Untuk pasangan yang sering menghadapi kesukaran dalam
mengawal emosi dan sering marah pada anak. Sedangkan mereka tahu kesan marah
tidak elok.
6.
Untuk mereka yang masih tercari-cari teknik parenting terbaik untuk anak-anak
mereka. Sering keliru dengan kata-kata orang.
7.
Untuk ibu bapa yang mahu memastikan anaknya dibesarkan sesuai
dengan keperluan zaman moden yang pastinya tidak sama dengan dulu.
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau klik http://www.wasap.my/+601132933466
No comments:
Post a Comment