.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Sep 5, 2019

Dybbuk: Syaitan Pemusnah Israel

DYBBUK: SYAITAN PEMUSNAH ISRAEL 
ISBN: 978-983-097-847-5
Kod: BP0049
Penulis: Nami Adnan
Tebal: 112 ms
Saiz: L: 11.4 cm; H: 18.4 cm; W: 0.8 cm
Berat: 0.18 kg
Terbit: Sep 2019
Harga: RM10.00/RM12.00*


SINOPSIS:
Novel ini bercerita tentang misi rahsia sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditugaskan untuk menyiasat punca sebenar kehilangan seluruh bangsa Yahudi di negara haram Israel tanpa sebarang kesan 63 tahun yang lalu. 

Dua daripada sembilan orang anggota misi rahsia tersebut ialah rakyat Malaysia. Seorang daripada mereka adalah penggodam terbaik dunia yang baru berusia 17 tahun bernama Nia manakala seorang lagi ialah pengawal peribadi kepada Nia iaitu Kyle yang penuh misteri orangnya.

Misi utama mereka ialah menggodam dan mengumpulkan data-data yang direkodkan dalam komputer utama kepunyaan kerajaan Israel di sebuah kubu rahsia di Ramat Rachel, mengambil dan menganalisa sampel-sampel yang mereka boleh dapati di dalam kubu tersebut. Kubu rahsia tersebut adalah salah satu tempat perlindungan terakhir para pemimpin dan pegawai tertinggi tentera Israel sebelum mereka juga lenyap tanpa kesan.


Akan tetapi, misi yang nampak mudah pada awalnya, mula menjadi rumit apabila Kyle yang sebenarnya adalah seorang perisik tentera berpangkat kolonel mendapati bahawa wujudnya konspirasi untuk menutup kisah sebenar di sebalik insiden yang telah berlaku dan wujudnya pensabotaj di kalangan kumpulan saintis terbabit yang ingin menggagalkan misi tersebut.

Lebih buruk lagi apabila seorang demi seorang daripada mereka telah dibunuh oleh suatu entiti misteri yang boleh menjelma dan menyerupai orang-orang Yahudi yang dianggap telah hilang 63 tahun yang lalu. Segala peralatan saintifik yang mereka gunakan gagal untuk mengesan entiti tersebut yang berbentuk lendiran hitam dan ia mampu menyelinap di segenap ruang yang terbuka.

Tentang Penulis:
Pemilik nama sebenar, AHMAD SYUHAIMI ADNAN dalah seorang peguambela dan peguamcara, konsultan undang-undang dan penulis sambilan. Kini, memiliki firma guaman sendiri. Sangat meminati pelbagai disiplin ilmu terutamanya bidang agama dan sains. Pembacaannya meluas dan pelbagai. Pernah memenangi beberapa anugerah dalam bidang penulisan daripada DBP.

Novel ini merupakan novel ketiga beliau bersama dengan Buku PURIS, Galeri Ilmu selepas novel PAZUZU dan SIHIR JIN LAMASHTU. Penulisan novel beliau adalah dalam genre yang menjurus ke arah thriller Islamik. Seorang yang agak pendiam, tetapi mampu berhujah dan bercerita dengan baik.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...