Judul: Keluarga
Idaman Syurga
Penulis: Ustaz Muhamad Bin Abdullah Al-Amin
Kategori: Fardu Ain
ISBN: 978-983-097-769-0
KOD: GB 0538
TEBAL: 360 m/s
Saiz: L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.47 kg
Terbit: Feb 2019
HARGA: RM 30.00/ 32.00*
SINOPSIS:
Membina rumah
tanggga mungkin tidak sukar, tetapi memastikan rumah tangga dan keluarga itu
aman damai, bahagia dan berjalan lancar itulah cabaran yang tidak dapat
dielakkan.
Panduan untuk menghadapi cabaran dalam berumah tangga dan
berkeluarga berpandukan ayat-ayat suci al-Quran al-Karim didedahkan dalam buku
ini. Penulis menghimpunkan 40 ayat-ayat al-Quran tentang kekeluargaan dan rumah
tangga.
Buku ini
membincangkan pelbagai teknik dan tip untuk mengenal pasti isu dan masalah,
bagaimana untuk memahami punca lalu mencadangkan jalan penyelesaian terbaik
berpandukan ayat-ayat suci al-Quran.
KANDUNGAN
Muqaddimah
BAB 1 PENGENALAN
Mengenali Hukum Berkahwin, Unsur Emosi dalam Perkahwinan, Ilmu Pengurusan dalam Rumah Tangga, Mengenali Pasangan, Mengenali Nafsu, Mengenali Bisikan Syaitan dalam Rumah Tangga
Mengenali Permusuhan dalam Rumah Tangga, Mengenali Perceraian, Mengenali Tanggungjawab Selepas Perceraian dan lain2.
BAB 2 PEMAHAMAN
Memahami Naluri Saling Melengkapi, Ikhlas dalam Rumah Tangga, Sabar dalam Rumah Tangga, Larangan Bersangka-sangka dalam Rumah Tangga, Izin dalam Rumah Tangga, 10 Perkataan dalam Rumah Tangga, dan lain2
BAB 3 TINDAKAN
Bagaimana Membina Sebuah Rumah Tangga, Menjadi Suami Berwatak Rijal, Panduan Ketika Dicaci, Bagaimana Memasuki Dunia Pasangan, Bagaimana Menegur Isteri, Bagaimana Melembutkan Ketegangan, Bagaimana Membentuk Romantik dan lain2 lagi.
TENTANG PENULIS
Al-Amin adalah nama dalam kalangan keluarga. Pendidikan awal di Johor, pada
umur 15 ke Pakistan untuk program tahfiz. Kemudian ke Maahad Muhammadi,
Kelantan dan Universiti Malaya Nilam Puri, Kelantan. Semasa di Kelantan sering
berulang-alik dan belajar di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas. Meneruskan
pengajian ke Universiti Malaya Kuala Lumpur dalam bidang Syariah dan
Undang-Undang, seterusnya ke Maahad Ihsaniah Penang dalam program berkembar
al-Azhar. Diterima masuk ke Universiti al-Azhar, Kaherah dalam Kuliyyah Syariah
untuk tahun akhir. Sekembalinya, mengambil diploma profesional, Diploma
Administration of Islamic Judiciary di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM) yang melayakkan beliau menjadi Pengamal Undang-undang Syariah di
Malaysia. Kemudian membuat Master di Universiti Malaya dan Master kedua di
UIAM. Kini menulis di peringkat PhD di
Universiti Utara Malaysia. Pernah menjadi pensyarah jemputan di Moscow State
University, Rusia. Bermula 2003 merantau ke negara Arab, membuat lawatan,
bertalaqqi dan mengambil sanad dengan ulama yang ditemui di Yaman, Syria,
Jordan, Lubnan, Turki, Maghribi, Mesir dan lain-lain.
Beliau aktif dalam sukan selam scuba bermula 2013 dan memiliki sijil
Instruktor tertinggi (Course Director). Mengetengahkan selam scuba sebagai
medium dakwah.
Mengasaskan Forensik Insan bagi membantu pengurusan emosi. Giat memberikan
perkongsian dan ceramah di dalam dan luar negara, televisyen dan radio. Giat
menulis buku di majalah dan akhbar. Mendapat anugerah Tokoh Maulidur Rasul
Peringkat Kebangsaan pada 1436H/ 2015M.
Terlibat secara
aktif dengan program dan bantuan ke Palestin, bersama-sama dengan misi kemanusiaan seperti tsunami di
Acheh, gempa bumi di Pakistan, gempa bumi di Jogjakarta, gempa bumi di Bengkulu
dan lain-lain. Mengasaskan Maahad Sains al-Quran al-Amin di Sunway, rumah anak
yatim di Subang Jaya, Rumah HIV Muslim di Puchong dan bersama Yayasan al-Ijabah
dalam program amal.
No comments:
Post a Comment