HERO KELAS COROT
ISBN: 978-983-097-797-3
Genre: Motivasi
Penulis: Al-Fatihe Hanafiah
Kod; GB542
Tebal: 128 ms
Saiz: L:
13.9 cm; H: 21.6 cm; W:
Berat: 0.14 kg
Terbit: Feb 2019
Harga: RM15.00/RM17.00*
SINOPSIS
Penulis ingin berkongsi pengalaman sebagai
insan yang pernah berada di barisan paling belakang kelas, kelas paling corot!
Sekaligus mengajak pembaca untuk melihat dunia ini dari perspektif yang
berbeza.
Bahawa, bukan semua anak-anak kelas corot akan gagal menjadi manusia
berguna.
Jika betul didikannya, mereka mungkin akan lebih berjaya daripada
pelajar yang saban tahun naik pentas menerima anugerah!
Ia sebuah penulisan ringan, santai tapi amat
menarik, melibatkan isu masyarakat yang biasa tetapi cuba disentuh menerusi
sisi yang berbeza. Tentang pelbagai masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Tentang punca, kesan, siapa yang terlibat, di mana silap dan apakah penyelesaiannya. Kerana apa yang berlaku hari ini menentukan
kesannya pada hari esok.
Buku ini mampu menyuntik kesedaran awal bagi
menyelamatkan generasi kita daripada masalah yang akan menimpa.
KANDUNGAN MENARIK:
·
Kau Tu Asal Bodoh!
·
Kalau Dapat 5 E Baik Tak Payah Datang
Sekolah!
·
Ketua Gangster Jadi Guru Disiplin, Pelajar
10A Jadi Kerani
·
Pegawai Polis 7E Spm
·
Budak Kelas Corot Gelap Masa Depan
·
Masuk Universiti Tapi Menganggur!
·
Kerja Tak Boleh Memilih?
·
Dan banyak lagi
APA KATA BONDA NOR?
Sukar untuk saya percaya naskhah hebat ini ditulis oleh seorang insan yang
sering mendapat nombor corot dan berada di dalam kelas corot. Perkongsiannya
terlalu matang dan mengesankan.
Paling penting, naskhah ini telah berjaya membuka satu paradigm baru untuk
masyarakat kita dan memberikan harapan buat mereka yang barangkali sudah
berputus asa. Allahuakbar! Siapa kata budak kelas corot tidak boleh berjaya?
Penulis buku ini sendiri telah membuktikannya! Tahniah, Al-Fatihe. Anda, idola!
No comments:
Post a Comment