BERANI MENJADI AKU
ISBN: 978-983-097-725-6
Kod: GB 495
Penulis: Bonda Nor
Tebal: 200 ms
Harga: RM20.00/ RM22.00
SINOPSIS
Berani
Menjadi Aku menyajikan 20 kisah yang diadaptasi daripada kisah-kisah benar
dalam masyarakat. Ia berkisar tentang cerita santai zaman kanak-kanak dan remaja
yang setiap pembaca juga mungkin pernah melaluinya.
Ia
kisah kita! Kisah zaman ‘tak cukup akal’ yang mempamerkan pemikiran yang
dangkal. Kisah yang menjadi bukti bahawa satu ketika dahulu kita juga pernah
menjadi keliru dan mungkin tersilap memilih sesuatu. Namun, ia kemudiannya
menjadi kisah menarik yang telah banyak membantu kita menjadi lebih baik.
Banyak ibrah yang boleh diraih daripada sesuatu yang telah menjadi sejarah.
Sesuatu yang membawa kita semakin hampir kepada Allah.
Berani
Menjadi Aku adalah satu antologi kisah yang cuba membawa pembaca mendekati
kebenaran tanpa perlu kehilangan jati diri. Ia cuba menyedarkan pembaca bahawa
banyak keinginan kita boleh ditunaikan jika dilentur dengan cara yang betul.
Setiap kisah di dalam antologi ini saya ulas dengan memfokus kepada mesej
utamanya. Mudah-mudahan memberi manfaat kepada pembaca. Selamat menjadi seorang
yang berani. Berani menjadi diri sendiri!
No comments:
Post a Comment