AQIL & ROBOT
ISBN: 978 - 983 - 097- 721 - 8
PENULIS: Ard One
Kategori: Komik
Kod: GB489
Tebal: 112 ms
Harga: RM15.00/ RM17.00
SINOPSIS
Komik AQIL & ROBOT mengisahkan
Aqil yang dibesarkan oleh dua orang abangnya selepas kematian kedua ibu
bapanya. Dua orang abangnya, Tuah dan Jebat mempunyai fizikal yang berlainan
dengan Aqil. Mereka berdua merupakan separuh manusia dan separuh robot.
Bapa dan ibu mereka merupakan saintis dan bapa mereka pakar dalam bidang
teknologi robotik. Tuah dan Jebat telah terlibat dalam kemalangan bas sekolah
dan tubuh mereka hampir hancur. Bapa mereka berusaha menyelamatkan kedua-duanya
dengan menggunakan hasil ciptaan teknologi robotik terhadap mereka berdua.
Kematian kedua-dua ibu bapa mereka berunsurkan dendam. Namun kematian
mereka tidak mematikan dendam terhadap keluarga tersebut sebaliknya anak-anak
mereka iaitu Tuah, Jebat dan Aqil menjadi galang gantinya.
Demi mendapatkan formula rahsia bapa mereka, Aqil dan abang-abangnya
telah diserang oleh Sang Gelap yang juga merupakan separuh manusia dan separuh
robot. Kehadiran Sang Gelap turut merungkai kisah dan kebenaran yang disimpan
oleh kedua abang Aqil selama ini. Apakah kisah disebalik ciptaan robotik bapa
mereka dan apakah formula rahsia yang begitu penting bagi Sang Gelap?
TENTANG PENULIS
Berasal dari Taiping, Perak dan merupakan seorang pelukis komik dan
pereka grafik sepenuh masa. Pernah melukis untuk Majalah Gila-Gila dan Umbra
Comix. Komik solo yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah Dear Yayah The
Comics, Dunia Didi, Robo Waja serta Tuah. Selain itu beliau juga terbabit dalam
bidang animasi.
No comments:
Post a Comment