JUDUL: COCONUT SHAKE SATU!
PENULIS: Fedtri Yahya
ISBN: 978-983-097-638-9
KOD: BP0007
HARGA: RM 20
TEBAL: 192 ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”
CONTENT: Simili 70gsm / 1C
MENGANDUNGI
SERBUK PENAIK SEMANGAT & PENYENTAP JIWA YANG DIBENARKAN
SINOPSIS:
Buku PURIS yang ketujuh ini, COCONUT SHAKE SATU! merupakan
nukilan penulis yang wajahnya sering muncul dalam mengacarakan beberapa program
di kaca TV.
Bagi Ahmad Fedtri Yahya, mencoretkan beberapa buah
artikel serta puisi yang sinonim dengan bahasa puitis yang digunakan olehnya semasa
bersiaran, beliau mengharapkan ada yang mengutip inspirasi dari apa yang ditulis
juga ada yang mengambil iktibar dari apa yang dikarangnya. Terhasilnya buku ini
sebagai satu hikmah untuk berkongsi rasa dan pengalaman bersama pembaca yang
budiman.
Penulis begitu yakin bahawa Allah
SWT tidak melihat betapa tebal dan gemilangnya sesebuah buku itu dipersembahkan
tetapi pada jaluran ikhlas yang jadi nilaian-Nya.
Keikhlasan itu pula satu ciri
insan yang bermanfaat dan beliau amat suka dengan istilah 'insan bermanfaat'
ini kerana baginya walau ia ringkas dan tidak berbunyi 'bombastik',
pengertiannya cukup luas. Ia lambang kepada manusia yang memberi dan terus
memberi.
Sepanjang menulis buku ini, tak
terhitung jumlah insan bermanfaat yang di temui penulis. Di rumah sudah pasti.
Di pejabat juga sama. Di perjalanan bertambah lagi. Di majlis ilmu apatah lagi.
Alhamdulillah, hidup ini dikelilingi manusia positif yang kuat memancarkan aura
keikhlasan mereka.
Dengan menulis, penulis berharap
ilmu yang ada itu tidak akan statik dan akan terus berkembang, biar sedikit, asalkan
jejak ilmu terus berputik. Bersama tekad untuk melahirkan sesuatu
yang bermakna buat diri dan masyarakat. Semoga tulisan ini memberi gerimis
manfaat buat kalian. Walau tak mencipta biasan pelangi, cukup menjadi rintik
hujan yang menyuburkan hamparan hijau yang menenangkan.
Selamat
membaca!
---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
----------------------------------------
No comments:
Post a Comment