.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jan 8, 2017

Ada Apa Dengan RM?

JUDUL: Ada Apa Dengan RM? (dengan kemaskini)
[Judul asal: Ke Mana Wang Anda; 2009]
PENULIS: Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir
KATEGORI: Motivasi

ISBN: 978-983-097-632-7
KOD: GB0417
HARGA: RM20.00
TEBAL: 240 ms

Flasher: Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya! 

SINOPSIS

Keadaan ekonomi akan lebih mencabar. Wang atau pendapatan yang kita bakal raih mungkin akan naik atau turun. Namun, ia tidak begitu penting berbanding CARA PENGURUSAN KEWANGAN kita. Jika cara kita menguruskannya tidak berubah, hasilnya sama sahaja. 

Muhasabahlah cara pengurusan kewangan kita dengan setelus-telusnya. Janjilah pada diri dan keluarga untuk berubah ke arah yang lebih bernilai, berhemah dan bertanggungjawab. 

Buku ini akan memberi panduan bagi anda yang mahukan petunjuk mencapai kehidupan kewangan yang lebih teratur dan selesa. Ia satu rujukan mudah untuk menyelesaikan isu kewangan yang anda sedang hadapi.

Anda perlu miliki buku ini jika anda mahu:
■ Bebas daripada masalah kewangan 
■ Bebas daripada belenggu hutang 
■ Menambah pendapatan keluarga 
■ Belajar mengawal perbelanjaan 
■ Merancang kewangan keluarga

KANDUNGAN BUKU

1. Merancang Kewangan
2. Mengurus Perbelanjaan
3. Pelaburan Untuk Anak2
4. Hidup Selesa Tanpa Hutang
5. Peluang Tingkatkan Pendapatan
6. Persediaan Masa Depan


BIODATA PENULIS

Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir

Anak kelahiran Kuala Lumpur. Pengasas dan Perunding Utama HIJRAH Wealth Management Sdn. Bhd., syarikat konsultan dalam bidang perancangan kewangan Islam. Beliau merupakan akauntan bertauliah berkelulusan Bachelor of Economics dari Sydney University, Australia. 

Sebelum ini beliau merupakan Pengerusi Eksekutif HIJRAH Unit Trust Management Berhad yang mengeluarkan dana syariah pertama untuk wanita, dan Pengerusi Eksekutif ASNITA di mana beliau juga merupakan separa pemiliknya. 

Memulakan kerjaya di sebuah bank komersial tempatan selama lapan tahun sebelum berhijrah ke syarikat antarabangsa American Express (tiga tahun) sebagai Pengurus Akaun dan Kawalan Kewangan. Pernah menjadi Pengarah Urusan sebuah syarikat pengurusan dana Islam yang mengendalikan dana sebanyak RM150 juta.

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa termasuk di Forum Perbankan dan Kewangan Islam di Bahrain. Beliau juga pernah ditemuramah di Radio BBC, London. Dalam bidang sosial, beliau merupakan Presiden Persatuan Pengurusan Kewangan dan Harta Islam Malaysia (AIFiWM) dan AJK Majlis Perunding Wanita Islam (MPWIM) di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Beliau juga dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tabung Warisan Negeri Selangor sejak 2009. 

Beliau telah menghasilkan empat buku tentang pengurusan kewangan peribadi, termasuk Cukup Wang Hati Tenang (2005), Ke mana Wang Anda (2009), Bijak Mengurus Wang (2012) dan Cukupkah Wang Anda (2014). Beliau pernah mengendalikan slot rancangan Wanita dan Pelaburan di radio IKIM.fm, Tip Pengurusan Kewangan di Radio KLfm dan slot di MelakaFm. Beliau sering muncul di kaca TV dalam program berkaitan pengurusan kewangan seperti Malaysia Hari Ini (MHI), Wanita Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Astro Awani, dan beberapa program di TV3 dan TV AlHijrah.

***************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...