.

Selamat Berkunjung Ke . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U .

Oct 8, 2008

Muhammad SAW - Putera Lembah Bakkah

Anekdot Kehidupan Nabi SAW Dalam Bentuk Kreatif
Penulis: Zuraimi Ismail
ISBN: 978-983-097-183-4.
Tebal: 144 ms

Banyak sudah ditulis tentang sirah Nabi Muhammad SAW. Namun apa yang menarik mengenai buku ini adalah, pengkisahan detik-detik awal kehidupan Nabi SAW diolah dengan gaya kreatif yang cukup indah.

Gaya penulisan yang menggunakan ketajaman kreativiti dan kehalusan perasaan ini menjadikan pengkisahan mengenai kehidupan Rasulullah begitu dramatik. Gambaran watak-watak dan ungkapan dialog-dialognya terasa’hidup’. Ia membawa pembaca seolah-olah berada di zaman baginda dan melihat sendiri ‘visual’ yang berlaku di depan mata!



Daya imaginasi pembaca akan dirangsang untuk menyelami kehidupan Nabi SAW di zaman kanak-kanak dan remaja membawa ke usia baginda 25 tahun, malah turut menelusuri beberapa tahun sebelum kelahiran baginda lagi untuk menggambarkan suasana yang kondusif yang telah disediakan oleh Allah untuk kelahiran kekasih-Nya.

Sentuhan Zuraimi Ismail yang sekian lama menulis tentang sirah Nabi dalam majalah ANIS, ASUH dan majalah i, menjadikan buku ini sangat berbeza daripada buku-buku yang pernah ditulis tentang kisah hidup Nabi Muhammad SAW.

Menghayati nukilan kreatif anekdot-anekdot popular yang banyak diceritakan dalam sejarah ini merupakan satu pengalaman membaca yang cukup mengasyikkan. Buku ini menjanjikan satu kelainan. Persembahannya ringan tapi sangat menghiburkan dan memberi kepuasan membaca.

1 comment:

naurah musyahidah said...

salam. satu cadgn supaya dibukukan novel tentang sejarah Melayu di negara kita. saya begitu tertarik dgn manuskrip yg dpaparkn scra tdk langsung dlm buku H.M. Tuah Iskandar "Milik Siapa Hati Ini" (rsnya tajuk bgitu dah lama bca x brapa ingat). scara langsung menanam minat trhdp subjek sejarah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...