Dalam usaha untuk menghasilkan sesebuah karya penulisan yang baik, antara perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah sinopsis dan bab contoh. Dua perkara ini perlulah selari dengan hala tuju penulisan yang akan dimuatkan di dalam manuskrip yang akan dihantar kepada penerbit seperti GISB (Galeri Ilmu Sdn Bhd).
Kenapa Sinopsis Diperlukan?
Sinopsis diperlukan untuk tujuan berikut:
Apabila sinopsis diserahkan kepada editor, ada ruang untuk karya itu dibaiki sebelum siap menjadi manuskrip. Misalnya bagi novel, editor dapat memberikan idea bagaimana untuk menguatkan plot, perwatakan dan penyudahnya. Begitu juga bagi buku-buku lain, editor dapat mencadangkan isi kandungan yang boleh dikuatkan atau bahagian yang boleh dikeluarkan supaya buku itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
c) Membuka jalan kepada komitmen penerbit-penulis
Hanya selepas sinopsis diluluskan, barulah GISB akan memberikan komitmennya untuk menerbitkan sesebuah karya, manakala penulis akan memberikan komitmennya untuk menyiapkan manuskrip. Hal ini disebabkan:
Dengan mengajukan sinopsis untuk dinilai terlebih dahulu, penulis tidak akan mengalami keadaan di mana manuskripnya yang sudah siap tiba-tiba ditolak oleh editor. Editor seboleh mungkin mahukan sinopsis yang diterima itu menjadi karya yang berpotensi untuk diterbitkan. Jika perlu, editor akan mencadangkan pindaan yang perlu dibuat. Jadi, penulis hanya perlu meminda sinopsis, bukannya membetulkan dan merombak sebuah manuskrip.
Kalau sinopsisnya ditolak sekalipun, penulis masih tidak rasa tertekan sangat atau patah semangat. Lebih mudah untuk menghasilkan sinopsis yang lain sebagai ganti, berbanding dengan menulis manuskrip baru bagi menggantikan manuskrip yang ditolak. Editor juga boleh mencadangkan buku lain yang boleh ditulis oleh penulis atau mencadangkan penerbit yang lain yang mungkin berminat dengan buku yang akan ditulis itu (jika GISB tidak bersedia menerbitkannya).
Kenapa Bab Contoh Diperlukan?
Bab contoh diperlukan untuk tujuan berikut:
a) Membolehkan editor mendapat gambaran yang jelas dalam menilai karya, terutama dari aspek isi kandungan dan gaya penyampaian.
b) Membolehkan editor memberi maklum balas awal kepada penulis sebelum penulis meneruskan kerja menyiapkan manuskrip. Daripada maklum balas ini, penulis diharap akan:

a) Memudahkan kawalan karya dibuat
Apabila penulis mengajukan sinopsis karyanya, editor akan dapat memastikan:- karya itu sesuai dengan kehendak dan dasar GISB
- karya itu tidak ada persamaan cerita atau isi kandungan dengan karya lain sama ada yang telah atau sedang ditulis oleh penulis lain di dalam dan luar negara, atau karya yang ditulis antara sesama penulis GISB.
Apabila sinopsis diserahkan kepada editor, ada ruang untuk karya itu dibaiki sebelum siap menjadi manuskrip. Misalnya bagi novel, editor dapat memberikan idea bagaimana untuk menguatkan plot, perwatakan dan penyudahnya. Begitu juga bagi buku-buku lain, editor dapat mencadangkan isi kandungan yang boleh dikuatkan atau bahagian yang boleh dikeluarkan supaya buku itu mempunyai nilai pasaran yang tinggi.
c) Membuka jalan kepada komitmen penerbit-penulis
Hanya selepas sinopsis diluluskan, barulah GISB akan memberikan komitmennya untuk menerbitkan sesebuah karya, manakala penulis akan memberikan komitmennya untuk menyiapkan manuskrip. Hal ini disebabkan:
- GISB ada jaminan bahawa ia akan dapat menerbitkan karya yang sesuai dengan kehendak dan dasar penerbitannya. Oleh itu GISB akan memasukkan judul buku yang telah diluluskan sinopsisnya itu ke dalam jadual penerbitannya dan memberikan satu tempoh kepada penulis untuk menyiapkan manuskripnya.
- Penulis pula mendapat jaminan bahawa karyanya akan diterbitkan oleh GISB. Oleh itu penulis akan berusaha menyiapkan manuskripnya mengikut tempoh yang diberikan dan tidak timbul isu penulis berhenti menulis separuh jalan.
Dengan mengajukan sinopsis untuk dinilai terlebih dahulu, penulis tidak akan mengalami keadaan di mana manuskripnya yang sudah siap tiba-tiba ditolak oleh editor. Editor seboleh mungkin mahukan sinopsis yang diterima itu menjadi karya yang berpotensi untuk diterbitkan. Jika perlu, editor akan mencadangkan pindaan yang perlu dibuat. Jadi, penulis hanya perlu meminda sinopsis, bukannya membetulkan dan merombak sebuah manuskrip.
Kalau sinopsisnya ditolak sekalipun, penulis masih tidak rasa tertekan sangat atau patah semangat. Lebih mudah untuk menghasilkan sinopsis yang lain sebagai ganti, berbanding dengan menulis manuskrip baru bagi menggantikan manuskrip yang ditolak. Editor juga boleh mencadangkan buku lain yang boleh ditulis oleh penulis atau mencadangkan penerbit yang lain yang mungkin berminat dengan buku yang akan ditulis itu (jika GISB tidak bersedia menerbitkannya).
Kenapa Bab Contoh Diperlukan?
Bab contoh diperlukan untuk tujuan berikut:
a) Membolehkan editor mendapat gambaran yang jelas dalam menilai karya, terutama dari aspek isi kandungan dan gaya penyampaian.
b) Membolehkan editor memberi maklum balas awal kepada penulis sebelum penulis meneruskan kerja menyiapkan manuskrip. Daripada maklum balas ini, penulis diharap akan:
- lebih terarah dalam menyiapkan buku/novelnya berdasarkan maklum balas yang diberikan oleh editor,
- dapat mengelak daripada mengulangi apa-apa kesilapan yang telah dikenal pasti oleh editor,
- dapat membaiki apa-apa kelemahan yang dikenal pasti oleh editor,
- dapat mengekalkan kekuatan yang berjaya diserlahkan pada bab-bab contoh itu.
No comments:
Post a Comment