.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Mar 12, 2013

20 Secret Recipe Mi Cina

GB243 :  20 Secret Recipe Mi Cina
Penulis : Chef Faizal Ng Abdullah & Jalilah Abdullah
ISBN : 978-983-097-303-6
Tebal : Ms 64
Harga : RM 16.00/ RM 19.00

Benar, Chef Faizal Ng Abdullah (CNF) telah mencurahkan segala rahsia keenakan resepi mi Cina popular di dalam 20 SECRET RECIPE MI CINA . Tiada ilmu masakan mi Cina yang disembunyikan. Bagi CFN ini jariah yang bakal dibawanya apabila kembali kepada Allah. Harapannya agar ia menjadi ilmu bermanfaat untuk sama-sama dipelajari oleh umat Islam.

Tidak mudah untuk pakar-pakar memasak mendedahkan rahsia masakan masing-masing, lebih-lebih lagi kepada mereka yang bukan daripada bangsa sendiri. Justeru, sebagai seorang Cina Muslim, CFN berasa bertanggungjawab berkongsi rahsia itu.

20 SECRET RECIPE MI CINA selain mengutarakan resipi daripada CFN, ia turut diberi sentuhan Islami oleh Jalilah Abdullah yang bergabung tenaga mengetengahkan tatacara penyediaan makanan yang dituntut syariat. Ia adalah cara menjemput keberkatan terhadap makanan yang disajikan untuk sesiapa sahaja.

Anda MESTI CUBA kesemua resepi Mi Cina yang popular ini. Memang terbukti lazat!

Mar 8, 2013

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna


GB0227 : Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna
Penulis : Hilal Asyraf
ISBN : 978-983-097-416-3
Harga : RM21.00 S/M, RM23.00 S/S

Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang ke Ufti untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi.

Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan lantas bergerak merata di aats muka bumi mengumpulkan kemenangan. dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan.

Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi!. Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini , akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna adalah novel kedua daripada trilogi Takdir yang ditulis oleh Hilal Asyraf. Novel ini adalah percubaan berani beliau untuk beralih daripada karya-karya kontemporari yang menjadi identitinya selama ini. Takdir membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri. Hilal mengajak pembaca kembali menghayati nilai-nilai suci perjuangan di jalan yang bertauhidkan Yang Maha Berkuasa, Takdir cerita perjuangan mereka yang percaya kepada-Nya.


Mar 2, 2013

Cikgu, Anak Saya OK?

Judul : CIKGU,ANAK SAYA OKEY?
Penulis : Wan Zayuhisham Wan Yusoff
ISBN : 978-983-097-412-5
Harga: RM17/18*



Saban tahun guru berdepan dengan pelbagai ragam murid-murid. Bayangkan, seorang guru mampu mengawal emosi dan situasi di sesebuah kelas yang menempatkan lebih kurang 40 orang murid. 

Tidak kira guru di sekolah rendah atau menengah, mereka akan menghadapi cabaran yang hampir sama.


CIKGU, ANAK SAYA OKEY? merupakan catatan pengalaman penulis, pengisahan rakan-rakan guru dan pemerhatian penulis mengenai isu-isu pendidikan dan persekolahan. 

Buku ini menggambarkan situasi dan menyentuh pelbagai isu yang mampu memberi suntikan semangat buat warga pendidik dan pengetahuan khusus untuk para ibu  bapa tentang dunia persekolahan anak-anak mereka.

Feb 25, 2013

11 Soalan Bersama Novelis Khairi Tajudin


Oleh NIZHA PERIASWAMY


1.      Nama, umur, latar belakang diri.

Nama penuh saya Mohd Khairi bin Tajudin. Saya dilahirkan pada 2 September 1983 di Hospital Besar Alor Setar, Kedah. Maknanya, sekarang saya sudah berumur 30 tahun. Saya membesar di Kg. Lembah Keriang, Changlun, Kedah.
Saya mula bersekolah tadika di Tabika KEMAS Kg. Baru, Changlun. Kemudian, masuk sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Kemara. Selepas UPSR, saya masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun. Hanya selepas PMR, barulah saya diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh iaitu Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis.


Feb 21, 2013

Formula Evergreen Untuk Bahagia

GB0245 : FORMULA EVERGREEN UNTUK BAHAGIA
Pengarang :Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
ISBN : 978-983-097-434-7
Harga : W/M:RM11.00 E/M:RM13.00

Kita miliki harta yang lebih daripada cukup kuasa, pangkat dan nama yang hebat, namun hidup kita masih tidak tenang dan puas! Mengapa? Di manakah silapnya dan bagaimanakah mahu memulihkannya?

Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar cawangan Zaqziq, Mesir. 

Banyak berguru ketika dalam pengajian; antaranya dengan Sheikh as-Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani, Syeikh Dr Ali Jumu'ah dan Dr Sayyid Muhammad Mahmud Abu Hasyim. 

Telah menulis beberapa buah buku termasuk Menjiwai Tauhid Memurnikan Diri. Formula Evergreen Untuk Bahagia adalah karya pertama beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Feb 18, 2013

Himpunan 10 Kisah Kaum yang Dibinasakan




GB202 : Himpunan 10 Kisah Kaum yang Dibinasakan
Penulis : Mariam M.S
Tebal : 168 ms
ISBN : 978-983-097-409-5
Harga : RM 11.00 S/M, RM 13.00 S/S

Himpunan 10 Kisah Kaum yang Dibinasakan ini adalah anatar usaha kami membantu para ibu bapa dan guru memilih bahan bacaan yang sesuai kepada anak-anak.

Buku ini memuatkan cerita-cerita teladan yang berbentuk nasihat dengan gaya bercerita yang ringan dan santai untuk menarik minat pembaca. Lebih menarik lagi ketana kisah-kisah tersebut bukan rekaan penulis tetapi diambil daripda al-Quran.

Feb 4, 2013

You Are The Best ( Kamu Umat Terbaik)



GB0206 : You Are The Best ( Kamu Umat Terbaik)

Penulis : Dr Mohd Shafie Md Amin
Tebal : 512 m/s
ISBN : 978-983-097-388-3
Harga :  RM 55.00/RM57.00

Sekiranya kita baik dengan Allah, kita pasti menjadi manusai terbaik. Persoalannya, adakah kita baik dengan Allah? Bagaimana jalannya untuk baik dengan Allah? 

Buku ini memandu kita dari A ke Z dalam penentuan sikap dan pembentukan diri, keluarag, organisasi dan anggota masyarakat menjadi ' yang terbaik' berlandaskan penduan al-Quran dan hadis.

INGIN KU BALAS CINTAMU YA RASULALLAH

AKAN TERBIT!
GB0205: INGIN KU BALAS CINTAMU YA RASULALLAH

Penulis : Ustaz Muhadir Haji Joll
Tebal   : 216 m/s
ISBN  : 978-983-097-405-7
Harga  : RM 30.00/RM32.00

Menjelaskan makna, hukum dan kelebihan mencintai Nabi. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi;in dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi SAW dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan mengenai kawafatan Nabi SAW yang demikian mendalam cintanya kepada umat. disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

Di Mana Bumi Dipijak

GB0198 : Di Mana Bumi Dipijak

Penulis : Abu Hassan Morad
Tebal : 316 m/s
ISBN : 978-983-097-312-8
Harga : RM35.00 /RM37.00

Buah tangan hasil perjalanan penulis menyelusuri beberapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. 

Penulis juga memberi gambaran sebenar menegani kehidupan mesyarakat Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mapu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

Bersyukurlah Kerana-Nya

GB0204 : Bersyukurlah Kerana-Nya

Penulis : Syed Alwi Alatas
Tebal  : 344 m/s
ISBN  : 978-983-097-406-4
Harga  : RM 25.00 W/M , RM 27.00 E/M

Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini. Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, samaada baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan bersyukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur! Bersykurlah Kerana-Nya mengajak pembaca melihat nikmat dan syukur dalam dimensi serta perspektif baru. Santai, tetapi sarat dengan pengajaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...