.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 2, 2012

Suami Yang Teruji


WAN ZAYUHISHAM WAN YUSOFF/978-983-097-350-0/RM20.00/328ms/ GB0175
Kategori: Motivasi
Para suami adalah pemimpin kepada ahli keluarganya. Jika pincang kepimpinannya maka runtuhlah mahligai rumah tangga yang dibina. Pada pundaknya terpikul tanggungjawab yang maha berat untuk memastikan ahli keluarga yang dipimpin berada di jalan Allah. Justeru, tidak sedikit ujian yang perlu ditempuh oleh setiap kaum Adam yang bergelar suami.

Apabila ditanya siapakah orang yang paling rapat dengan seorang suami? Pasti jawapan yang diberikan ialah isteri. Jadi apakah yang sewajarnya dilaksanakan oleh para suami terhadap insan yang paling rapat dengan mereka? Adakah hanya di waktu-waktu tertentu sahaja atau di sepanjang masa? Persoalan ini dibangkitkan bukan kerana mahu membuka pekung di dada, tetapi lihatlah dari sudut kaca mata positif. Isteri adalah orang yang paling rapat dan disayangi. Memang semua bersetuju. Namun, mengapa sanggup membiarkan para isteri bersendirian di rumah sewaktu mereka bertungkus-lumus melaksanakan pelbagai tugas di rumah.
“Itu memang tugas isteri. Mereka perlu layan suami, anak-anak dan semua tugas di rumah?”
“Siapa kata begitu?”
Diam.


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Begini, Sayang!


Mohd Hisham Mohd Sharif & Hasifah Zainuddin
ISBN: 978-983-097-282-4
Harga: RM 19
KOD: GB0110

Mendidik anak-anak yang masih rebung merupakan cabaran bagi setiap ibu bapa.

Ia merupakan tempoh usia yang kritikal dalam pentarbiahan anak-anak.
Perasaan ingin tahu anak pada usia ini meluap-luap, lantas pelbagai soalan dilontar, terkadang mencabar ibu ayah menjawabnya.

Terkadang juga, disebalik pertanyaan anak ada tarbiah bukan untuk anak-anak semata-mata, tetapi untuk diri ibu bapa jua-inilah tarbiah dua hala!

Rahsia Dua Surah


RAHSIA DUA SURAH
HAJI AHMAD SIDQI DANIAL
ISBN: 978-983-097-324-1
Harga:  RM17.00/19.00*
Tebal: 176ms, GB0169
Kategori: Pengetahuan Islam

Surah as-Sajdah dan surah al-Insan membahaskan berkaitan mengapa kita perlu sujud kepada Allah SWT, rahsia di sebalik amalan sujud, asal usul kita, dan sebagainya. Semuanya berkaitan dengan kita. Membacanya pada pagi Jumaat adalah satu sunnah. 



Surah as-Sajdah dan surah al-Insan membahaskan berkaitan mengapa kita perlu sujud kepada Allah SWT, apakah rahsia yang ada di sebalik amalan sujud, bagaimanakah asal usul kita yang dipanggil insan, bilakah sebenarnya kita mendiami bumi ini dan sebagainya. Semuanya berkaitan dengan manusia.

Membaca dua surah ini pada pagi Jumaat merupakan satu sunnah. Nabi Adam a.s. diciptakan, dimasukkan dan diuji pada hari Jumaat, hari kiamat berlaku pada hari Jumaat dan umat Nabi Muhammad SAW dimasukkan ke dalam syurga pada hari Jumaat. As-Sajdah dan al-Insan menceritakan perihal balasan syurga dan neraka bertepatan dengan peristiwa-peristwa yang berlaku pada hari Jumaat.

Sewajarnya,buku ini dibaca dan dihayati untuk kita memahami rahsia di sebalik dua surah ini yang menjadi penyeri hari Jumaat.

Diari Musafir: Jangan Berhenti Berlari


DIARI MUSAFIR : JANGAN BERHENTI BERLARI
DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
ISBN : 978-983-097-344-9
Harga :  RM35.00/37.00*
Tebal : 448ms/ GB0167
Kategori: Motivasi

Saya hanya tersenyum pahit sambil mengangkat kening apabila mendengar kata-kata itu. Di dalam hati, saya faham bahawa diri sedang cuba diperkecilkan. Toriq pula tersenyum lebar, puas barangkali dapat meninggikan diri dan memperlekeh saudara se-Islamnya. Wallahu’alam. Memang biasa pelajar-pelajar Arab ini meninggi diri dan memperlekeh orang bukan Arab. Apatah lagi orang Asia seperti saya.


... . Saya memang minat mengaji ilmu Usul Fiqh Tinggi ini kerana menyedari keperluannya amat tinggi jika saya ingin mendapat pahala besar dan berterusan sehingga selepas kematian. Ini kerana ilmu ini membantu saya memahami bagaimana cara dan kaedah mengeluarkan hukum Fiqh daripada dalil yang pelbagai. Selain mengajar, saya menghargai dan meraikan kepelbagaian fatwa.

“Zaharuddin! Apa yang engkau lakukan?” teriak Toriq selepas sama-sama melihat markah kami yang terpampang di dinding Fakulti Syariah. Tangannya menepuk-nepuk bahu dan belakang saya.

Dengan izin Allah, saya muncul sebagai pelajar yang memperoleh markah tertinggi menewaskan seluruh pelajar Arab dari Jordan, Bahrain, Saudi, Iraq dan Mesir.  Kelas peringkat Sarjana (MA) untuk subjek ini tersebut mempunyai sekitar 40 orang pelajar. Terdapat beberapa pelajar yang gagal termasuk pelajar Malaysia. Pelajar-pelajar Malaysia ini akhirnya tidak berjaya menamatkan pengajian, tinggallah saya pelajar Malaysia dan Asia yang tunggal di Fakulti Syariah universiti Al-Yarmouk di peringkat Sarjana. 

“Wah, nama kamu sudah dicatat dalam akhbar universiti ini! Tidak pernah ada pelajar bukan Arab meraih markah tertinggi dalam apa jua subjek Sarjana Fiqh sebelum ini,” kata seorang lagi pelajar Jordan yang bertubuh kerdil ... .

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu


DI HAMPARAN SHAMROCK : KU SERU NAMU-MU
HASRIZAL ABDUL JAMIL
ISBN : 978-983-097-355-5
Harga :  RM30.00/32.00*
Tebal : 352ms, GB0166
Kategori: Motivasi

Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata, perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. 





Setiap kita ada mimpi ngeri yang tersendiri. Mimpi ngeri yang pada mengenangnya, kita boleh terbangun pada tengah malam, berpeluh-peluh, ada kalanya sesak nafas, dan malu untuk ia diketahui orang.

Dia tidak terkecuali.

Namun, di celah perjalanan itu, ada kesepian yang belum terungkap.

Sepi yang memerlukan masa yang panjang untuk dia bangkit dengan sebuah keyakinan.

Keyakinan untuk jujur kepada diri.

Akur kepada liku-liku skrip kehidupan, yang menyampaikan ustaz ini kepada di mana dia berada, pada hari ini.

Dengan linangan air mata, dia ucapkan, “Alhamdulillah … Di Hamparan Shamrock, Kuseru Nama-Mu!”

---------------

Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. 

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda. 

DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.

Apr 18, 2012

GB0168 : Aku Mahu Jadi Baik


GB0168 : Aku Mahu Jadi Baik

Pengarang : Ida Insyirah
Tebal : 130
ISBN : 978-983-097-326-5
Harga : W/M:RM10.00 E/M:RM12.00

Ibu Lidya Wazinah ingin melihat dia bertudung , dia nekad berhijrah untuk menutup aurat. Namun, hijrahnya dipandang sinisoleh teman-temannya iaitu Dania, Fatin dan Syirah. Disebabkan satu pentengkaran kecil dengan pelajar lelaki yang menyokong hijrah Lidya, mereka bertiga menyimpan sakit hati terhadap Lidya. Ketika Lidya sedang buntu, dia bertemu dengan ustazah baharu disekolahnya iaitu Ustazah Shafiyyah. Mampukah Ustazah Shafiyyah membantu Lidya dalam usahanya untuk menjadi anak gadis yang baik?

Apr 4, 2012

Budak U


GB0163 : Budak U

Pengarang : Khairy Tajudin
Tebal : 216
ISBN : 978-983-097-357-9
Harga : W/M:RM13.00 E/M:RM15.00

Hakimi, seorang remaja desa yang buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke university untuk menyambung pengajian dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Kejutan budaya menghinggapi budak nakal ini apatah lagi setelah berkawan dengan Joki, seorang pelesit jalanan yang tidak kenal erti gentar. Keterlibatan Hakimi secara aktif sebagai Ketua Skuad Kadet Bomba menyebabkan namanya terkenal sehingga ke kolej siswi. Surat dan nombor panggilan misteri mula menghantui hidupnya. Di sebalik misteri itu, muncul seorang siswi iaitu Citra, pelajar jurusan Perakaunan menghulurkan salam perkenalan.

Mar 20, 2012

Nota Untuk Nurlisa

GB0164 : Nota Untuk Nurlisa

Pengarang : Dissa Azmin
Tebal : 250
ISBN : 978-983-097-321-0
Harga : W/M:RM14.00 E/M:RM16.00

Nurlissa mencari peluang kedua, setelah tersungkur di pertengahan jalan. Kepulangannya disambut kasih tulus Afiqah, babah, mama dan kak long. Hakikatnya, nurlisa terpaksa berdepan dengan Maya yang tidak sudi lagi menyambutnya sebagai sahabat. Keakraban yang kian retak meninggalkan luka dihati Nurlissa. Ketika dia hamper rebah, dia menerima nota rahsia yang memberinya kekuatan untuk menempuhi rintangan. Dalam kebahagiaan meniti persahabatan baru bersama Farina, Fahim dan Syahir, hadir Daniel bersama kenangan silam. Mampukah Nurlissa berjuang merebut kebahagiaan masa hadapan daripada konflik masa lalu dan akan bertemukah Nurlissa dengan si pengirim nota rahsia itu?

Mar 19, 2012

Mudahkan Jangan Susahkan


GB0162 : Mudahkan Jangan Susahkan

Pengarang : Syed Alwi Alatas
Tebal : 276
ISBN : 978-983-097-348-7
Harga : W/M:RM21.00 E/M:RM23.00

Manusia! Mereka menyukai kemudahan. Jika ada dua pilihan dihadapan, mereka akan cenderung memilih yang lebih mudah. Bahkan jika pada suatu masa pilihan yang mereka akan mencari jalan, mencipta sesuatu agar aktiviti mereka menjadi lebih mudah untuk dilakukan. Mereka tidak menyukai kesusahan dan berusaha menghindarinya.
***********
Saya terus terbayang-bayang wajah sayu lelaki tua itu ketika saya memakan gado-gadonya. Saya memakan gado-gado itu dan terus memakannya dengan penuh berselera. Wajah lelaki itu terus terbayang. Senyumannya yang nyaris-nyaris tidak kelihatan sudah cukup untuk menyingkirkan perlahan kerut-kerut di wajahnya sebagai pembuka jalan bagi sinar matahari senja memantul selepas menyinari kebahagiaan kepada alam disekelilingnya. Bayang-bayang tangannya yang menggeletar tetapi ikhlas itu menyedarkan saya betapa kuasa keikhlasannya telah menjadi penyedap yang luar biasa bagi gado-gado yang dihasilkannya.
Saya terus makan gado-gado itu hingga habis tidak bersisa. Saya terpegun untuk beberapa saat sambil menatap pinggan yang sudah kosong. Kini saya sedar sepenuhnya. Saya betul-betul tidak mampu menolak satu hakikat ini; itulah gado-gado paling lazat yang pernah saya makan seumur hidup saya!
Sewaktu melihat besarnya kesusahan yang dialami orang lain, kita mungkin terkejut apabila menyedari betapa banyakknya kemudahan yang kita miliki dalam hidup ini. Tetapi kita masih suka mengeluh dan terlupa untuk bersyukur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...