.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 21, 2009

Apa Anda Tahu Tentang Internet?


ANDA DAN INTERNET
ISBN 978-983-097-226-8
Azad Abdullah
Tebal: 168 ms
Harga: RM15
Terbit: April 2009

Memandangkan internet menjadi satu keperluan global dewasa ini, buku ini bakal menjadi pilihan alternatif kepada buku ilmiah yang sedia ada di pasaran. Buku ini amat sesuai bagi pembaca yang baru menceburkan diri dalam ICT.

Ia menerangkan perkara-perkara asas yang perlu diketahui oleh pengguna untuk mengadaptasi perkara-perkara tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka. Memandangkan ICT bukan lagi perkara luar biasa dan bukan hanya menjadi pilihan alternative kepada masyarakat sekarang, sudah sampai masanya masyarakat memandang kehadiran teknologi tersebut sebagai satu perkara yang penting dalam hidup mereka dewasa ini.
Buku ini bakal membawa pembaca kepada perkara-perkara asas dalam teknologi komputer sehinggalah mereka menjadi salah seorang “pemain” dalam dunia tanpa sempadan ini.

KANDUNGAN

BAB 1 SEJARAH KOMPUTER
Sebelum Tahun 1940
Selepas Tahun 1940
Generasi Pertama
Generasi Kedua
Generasi Ketiga
Generasi Keempat
Generasi Kelima
Kronologi Sejarah Pengkomputeran Moden

BAB 2 KOMPONEN KOMPUTER
Bagaimana Komputer Beroperasi
Unit Aritmetik dan Logik (ALU)
Litar Pengawal (Motherboard)
Ingatan
Alat Input-Output

BAB 3 APA ITU INTERNET
Sejarah Internet

BAB 4 JENIS-JENIS RANGKAIAN
Rangkaian Kawasan Setempat (LAN)
Topologi
Sistem Dalam LAN
Rangkaian Kawasan Metropolitan (MAN)
Rangkaian Kawasan Luas (WAN)
Manfaat Rangkaian

BAB 5 SYARIKAT-SYARIKAT PEMBEKAL PERKHIDMATAN INTERNET
Telekom Malaysia Berhab (TM)
Celcom Sdn Bhd
Maxis Bhd
DiGi Communications Bhd
U Mobile Sdn Bhd
Packet One Network (M) Sdn Bhd
Redtone-CNX Broadband Sdn Bhd
Bizsurf (M) Sdn Bhd
Asiaspace Dotcom Sdn Bhd
Jaring Communications Sdn Bhd
Time dotCom Bhd
iZZinet Sdn Bhd

BAB 6 MEMASANG PERKHIDMATAN INTERNET
Streamyx
Kaedah Konfigurasi Bridge
Konfigurasi Kaedah PPPOE
Konfigurasi Kaedah PPPOA
Celcom 3G/HSDPA
File Wireless Broadband (Jaring)
P1 WiMAX

BAB 7 TIP MELAYARI INTERNET

Bercinta Sampai Ke Syurga!


Hasrizal Abdul Jamil
ISBN: 978-983-097-230-5
Tebal: 286 ms
Harga: RM25
Terbit: April 2009

Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya. Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri —menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!


Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, yang sedang mengemudi rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga . . . bacalah buku ini. Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

KANDUNGAN

PANDANGAN KEHIDUPAN
• Erti Kejayaan Diri
• Lelaki dan Keluarga, Seperti Imam dengan Makmumnya
• Kamu Sentiasa Layak Diuji
• Maaf Tanpa Syarat December
• Kemaafan Yang Kudambakan
• Hilang Tak Berganti
• Kembali ke Asal

PRA PERKAHWINAN
• Teori Evolusi Cinta
• Cinta Songsang Semakin Songsang
• Kahwin Semasa Belajar
• Ibrah Yusuf Mendepani Biusan Cinta
• Si Polis Cinta
• Jodoh Tidak Datang Bergolek

PARENTING
• Antara Tuhan dan Hantu!
• Saya Bukan Bapa Mithali, Hanya Realiti
• Anak Pejuang
• Televisyen Manusia Mukallaf
• Zikr al-Maut Yang Mengundang Maut
• Sang Kancil Bukan Mukmin Profesional
• Puasa Yop, Puasa!
• Krisis Pendidikan Seks Dalam Budaya Kelucahan Jantina
• Bagaimana Untuk Saya Pulang ke Rumah?
• Halim dan Davey... Perlunya Mereka Difahami
• Sebuah Perhatian: Anugerah Buatmu Sayang

KEMBARA MAWADDAH DAN RAHMAH
• Manual Cinta Haraki
• Tanggungjawab Tanpa Cinta
• Hadiah Terbaik Dari Isteriku
• Rumahtangga Cara Baru Dan Lama
• Setelah Pulang Dari Perantauan
• Perempuan Suka 'Tuisyen'
• Permulaan Yang Baik Bukan Suatu Jaminan
• Bahagiakan Dirimu Dengan Satu Isteri
• Lebih Baik Daripada Abu Zar'in
• Lindungi Diri Lindungi Keluarga dan Ahli
• Bencana Kejahilan Intimasi Suami Isteri
• Mehnah Kepada Mawaddah dan Rahmah
• Merawat Suami Bisu
• Cinta Seratus Peratus
• Bercinta Sampai ke Syurga

Mengapa Hati Kita Perlu Dibawa Kepada Tuhan!

Bawa Hatimu Kepada Tuhan
Amaluddin Mohd Napiah
Kategori: Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-208-4
Tebal: 216 ms
Harga: RM21
Terbit: April 2009

Cinta itu bermula dari HATI. Andai HATI itu ikhlas, cinta akan terzahir dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Untuk membina cinta, HATI perlu disemai dengan benih mahmudah yang menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Buku ini memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera. Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus, dengan huraian yang ringkas, padat dan amat mudah difahami. Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang ditimbulkan, yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI. Hingga akhirnya kita akan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

KANDUNGAN

MUKADIMAH

BAHAGIAN 1:
1. Jadilah Hamba Yang Bersyukur Dengan Banyak Memberi
2. Jadilah Tangan Yang Memberi Supaya Dikasihi Allah
3. Berilah Kemaafan, Mungkin Ini Tidur Terakhirmu
4. Tuluskan Lafaz Istighfar Sebelum Tidur
5. Suburkan Iman Secara Berterusan Supaya Ia Tidak Tercabut
6. Dampingi Al-Quran Kerana Padanya Ada Nilai Tambah
7. Jangan Pandang Kecil Kepada ‘Sebaik-baik Ibadah’
8. Dambalah Syafaat Al-Quran
9. Sayangilah Hati Kita
10. Terangi Hati Dengan Cahaya Ketaatan Agar Diri Dikasihi
11. Akhlak Dapat Dibaiki Dengan Hijrah
12. Binalah Jaringan Kawan Yang Beragama
13. Berlaku Ihsanlah Kepada Ibu Bapa Agar Ada Timbal Balik
14. Ingatilah Allah Ketika Senang Dan Susah
15. Sekali-kali Jangan Melupakan Allah
16. Jangan Terpisah Daripada Allah, Terpinggir Daripada Manusia
17. Jangan Tersisih Daripada Ketaatan
18. Carilah Kemuliaan Pada Mentaati Allah
19. Kita Perlu Kuat Untuk Berpisah Dengan Kejahatan
20. Jangan Sengaja Membuka Pintu Kejahatan
21. Jangan Biarkan Akal Hilang
22. Niat-niat Yang Harus Di‘bakulsampah’kan Di Jalan Ilmu
23. Berhati-hatilah, Jangan Bergopoh-gapah
24. Lapangkan Dada, Angkat Tinggi Syariat Allah
25. Lapangkan Dada, Hentikan Ratapan Yang Mengundang Seksa
26. Lapangkan Dada, Buanglah Hasad Dengki
27. Buanglah Hasad, Ia Mengundang ‘Neraka Yang Disegerakan’

BAHAGIAN 2:
28. Anggap Semua Dosa Itu Besar Agar Rahmat-Nya Memayungi Kita
29. Jangan Biarkan Dosa Menguasai Hingga Hilang Malu
30. Jangan Sempitkan Rezeki Dengan Sebab Dosa
31. Binalah Iman Agar Sejahtera Daripada Dosa
32. Sayangi Iman Kita Jika Benar-benar Mahukan Syurga
33. Suburkan Deria Jiwa Untuk Bertaubat
34. Hanya Taubat Nasuha Yang Akan Menyelamatkan Kita
35. Ada Jalan Taubat Untuk Si Penyembunyi Kebenaran
36. Dahului Taubat Dengan Penyesalan
37. Bertaubatlah Dengan Sempurna Agar Merdeka Daripada Dosa
38. Dalami Ilmu, Singkirkan Kemalasan, Fikirkan Keampunan
39. Taubat Mesti Ada Ilmu Agar Sempurna
40. Jangan Terjebak Ke Lembah Putus Asa Dalam Bertaubat
41. Cara Mujarab Untuk Menghapuskan Dosa

BAHAGIAN 3:
42. Harapan Untuk Kembali Tunduk Pada-Nya Apabila Diuji
43. Hindari Mukadimah Zina Agar Jauh Dari Perangkap Iblis
44. Jangan Biar Rezeki Tidak Berkat
45. Jadilah Orang Yang Terpelihara Kerana Memelihara
46. Jadilah Orang Yang Panjang Umurnya
47. Milikilah Mata Hati Orang Beriman
48. Beruntung Sekali Orang Yang Memiliki Modal Pahala Berganda
49. Ambillah Iktibar Daripada Wibawa Sahabat Golongan Awal

BAHAGIAN 4:
50. Cukuplah Peringatan Ini
51. Perjalanan Yang Panjang Baru Bermula
52. Bergembiralah Dengan Hasanah Selepas Mati
53. Ambillah Iktibar Suasana Di Dataran Mahsyar
54. Jadilah Anak Akhirat Supaya Hidup Lebih Bermakna
55. Ingatlah Pada Nikmat Syurga Tatkala Disuakan Nikmat Dunia
56. Rinduilah Syurga Agar Syurga Juga Merindui Kita
57. Ambil Peringatan Allah Jika Mahu Mencium Bau Syurga
58. Bersungguh-sungguhlah Untuk Dapatkan Syurga, Kita Kekal Di Sana
59. Jangan Tersungkur Di Pintu Syurga Kerana Takbur Yang Bermaharajalela
60. Tempuhi Ranjau Untuk Mencari Syurga, Di Situ Ada Kasih Sayang-Nya

May 10, 2009

Keajaiban Alam Haiwan

Siri Meneroka Alam Haiwan
SIRI MENEROKA ALAM HAIWAN (SET) 978-983-097-194-0
Zulina Hassan
Buku Pengetahuan Kanak-kanak
Tebal: 24 ms
Harga: RM20 senakhah / kulit keras

SIRI MARI MENEROKA ALAM HAIWAN ini menceritakan tentang haiwan-haiwan yang digemari oleh kanak-kanak tetapi jarang dilihat dalam kehidupan seharian seperti zirafah, penguin, kanggaro, rusa, kuda belang, burung unta, kuda dan haiwan-haiwan yang diancam kepupusan seperti gajah, panda, dan orang utan.


Selain daripada unsur-unsur moral dan teladan untuk dicontohi oleh kanak-kanak dalam kehidupan seharian, buku ini juga memandu kanak-kanak untuk berfikir bahawa setiap haiwan memiliki keunikan tersendiri yang dijadikan oleh Tuhan, demi kelangsungan hidup haiwan tersebut.

Antaranya:
YANG PELIK-PELIK TENTANG HAIWAN

Tuhan menjadikan kehidupan ini penuh dnegan perkara-perkara yang menakjubkan. Buku ini memenuhi naluri ingin kanak-kanak dan membawa mereka meneroka ketakjuban alam haiwan

Tahukah anda, mengapa...

* Anak-anak kanggaru tinggal dan membuang najis di dalam kantung ibunya. Tetapi kantung ini sentiasa bersih. Ajaibnya! Ke mana perginya najis itu? Apa lagi yang ada di dalam kantung kanggaru?

* TINGGI sungguh zirafah...lebih tinggi daripada bas dua tingkat! Lehernya panjang betul. Leher inilah membantu zirafah menyelamatkan diri daripada musuh. Bagaimana leher ini membantu zirafah ya?

* EH...comotnya gajah! Badannya penuh lumpur. Gajah sengaja berkubang dalam lumpur. Mengapa? Belalai gajah juga panjang! Tentu belalai ini sangat bermanfaat. Apakah kegunaan belalai ini kepada gajah agaknya?

* COMELNYA! Penguin memang comel. Daripada 17 jenis penguin, yang manakah paling comel? Penguin juga pandai menyanyi? Benarkah penguin menyanyi? Mengapa pula penguin menyanyi?

* Kenapa singa selalu meyimpan kukunya? Kenapa pula singa mencakar batang pokok dengan kukunya? Tahukah anda berapa kilometerkah ngauman singa boleh didengari? Dan kenapa singa betina yang berburu, bukannya singa jantan?

* Wah, besar sungguh telur burung unta. Beratnya 1.6 kilogram, menyamai berat 24 biji telur ayam. Berapa agaknya masa diambil untuk merebus sebiji telur burung unta?

* Panda suka makan daun buluh. Walaupun daun buluh berbisa, tapi mulut panda tidak cedera. Mengapa? Bagaimana ibu panda berjalan jika salah satu kakinya memegang anaknya?

* Anehnya...kuda tidur berdiri! Tidak tumbangkah apabila kuda nyenyak tidur dalam keadaan berdiri? Kakinya boleh dikunci. Betulkah kaki kuda ada kunci? Kuda boleh hidup antara 20 hingga 25 tahun. Ada juga yang hidup hingga 30 tahun. Bagaimana mengira usia kuda?

* Laungan orang utan jantan boleh didengari sejauh satu kilometer. Mengapa ia membuat laungan? Pancaindera orang utan manakah yang paling mirip dengan manusia?

* Tanduk rusa bercabang-cabang seperti ranting pokok. Mengapakah agaknya rusa bertanduk? Mengapa pula rusa menyorok di dalam air? Rusa juga ada di mana-mana di dunia ini kecuali di sebuah negara. Negara apakah itu?

Dan banyak lagi...

MENGASYIKKAN !
Pengalaman membaca yang pasti menghiburkan !
Anak-anak anda pasti suka!


JUDUL DALAM SIRI INI:
SI RUSA YANG BERTANDUK CANTIK 978-983-097-195-7
SI KECIL DI DALAM KANTUNG 978-983-097-196-4
SI BURUNG UNTA BERLEHER JINJANG 978-983-097-197-1
SI RAJA RIMBA 978-983-097-198-8
PEN SI PENGUIN YANG KACAK 978-983-097-199-5
PAN SI PEMAKAN BULUH 978-983-097-200-8
JIJI SI LEHER PANJANG 978-983-097-201-5
IZI SI AHLI PECUT 978-983-097-202-2
ELI SI TELINGA LEBAR 978-983-097-203-9
AWANG SI ORANG UTAN 978-983-097-204-6













Kerenah Anak-anak Ayah Yang Nakal


HELLO, ANAK-ANAK AYAH!
Zulina Hassan
Noevl Motivasi Remaja
Sasaran: Pelajar 8 - 11 tahun
ISBN 978-983-097-211-4
Tebal: 112 ms
Harga: RM10

Sebuah rumah di pinggir desa. Seorang ayah yang jauh di mata. Seorang ibu yang ambil alih jadi nakhoda. Lima orang anak yang selalu memeningkan kepala. Jiran dua beranak yang dianggap ‘pengacau’ saja.

Dalam situasi ini, ada-ada saja yang berlaku! Firas yang sulung, suka menyakat. Alia pula selalu dimenangkan oleh Ibu! Si Syamil ulat buku dan selalu ‘terlepas’ perkara-perkara yang menarik di dalam rumah. Husna pula selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia. Dan Adik Is sentiasa tidak ‘makan saman’.


Gabungan beberapa cerita pendek yang saling berkaian dalam kehidupan sebuah keluarga. Kisah berkisar kepada kehidupan lima beradik bersama ibu mereka dan jiran-jiran. Diselitkan unsur humor. Terbahagi kepada 10 episod dengan setiap episod boleh berdiri sendiri.

Watak utama:
Ibu – seorang ibu yang tegas tapi penyayang. Selalu berusaha menerapkan pendidikan islam kepada anak-anaknya.

Firas – anak sulung berumur 13 tahun. Berbadan tegap, agak gempal, berkulit agak gelap dan berambut kerinting. Suka menyakat adik-adik. Selalu dimarahi ibu kerana perbuatannya itu, tetapi pandai mengambil hati ibu dan adik-adiknya. Berani dan suka melakukan sesuatu yang dirasakannya tidak salah sekalipun dipandang pelik dan menjadi bahan tertawa orang lain seperti membotakkan kepala.

Alia – anak kedua berumur 11 tahun. Bertubuh sederhana dan berwatak menarik. Ringan tulang dalam menolong ibu buat kerja-kerja rumah. Anak yang paling pandai. Suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Tetapi kalau sedang belajar, suka menangguhkan kerja-kerja rumah yang disuruh oleh ibu, sehingga akhirnya lupa. Seorang yang agak matang dan berdisiplin. Selalu bergaduh dengan Firas. Jika bergaduh ibu selalu memenangkannya menjadikan dia ‘ek’ sikit.

Syamil – anak ketiga berumur 9 tahun. Tubuh kecil dan kurus. Memakai cermin mata agak tebal. Digelar ulat buku kerana asyik membaca tak tentu masa. Tetapi hanya membaca buku cerita, komik dan majalah. Tidak suka belajar dan membuat ulangkaji di rumah. Prestasi pelajaran agak teruk, kecuali subjek BM. Tidak suka menolong kerja-kerja di rumah. Hanya terperap di bilik membaca buku. Selalu ‘terlepas’ ‘event’ yang menarik dalam rumah kerana leka membaca.

Husna – anak keempat berumur 5 tahun. Keletah dan ceria. Hadirnya memeriahkan suasana dalam rumah. Sangat suka jajan, jadi dia akan bersekongkol dengan sesiapa yang berjanji akan memberinya jajan. Selalu bersekongkol dengan Firas untuk menyakat Alia (sebab dijanjikan Jajan)

Adik Is – anak kelima berumur dua tahun. Baru pandai bercakap. Jujur. Kalau Firas, Alia dan Syamil bergaduh, Is yang akan menunjukkan kepada ibu siapa yang memulakan pergaduhan. Tak ‘makan saman’. Menjadi kesayangan seluruh ahli keluarga. Selalu memegang botol susu dan selimut yang diheret ke mana-mana.

Mak Cik Dora – jiran sebelah rumah yang ‘banyak mulut’ dan tidak disukai. Kalau berbual dengan ibu, tak tahu nak berhenti. Selalu memberi ‘nasihat’ yang tidak diingini kepada mereka.
Pak Cik Jas – Suami mak cik Dora. Agak berumur. Penyayang, baik hati dan suka melayan mereka.

Neli – anak mak cik Dora dan pak cik Jas. Berumur 8 tahun. Badan tembam, manja dan bersikap menguasai/mahu orang lain ikut cakap dia.


Apr 13, 2009

Hilal Praktikkan Tawazun Dalam Menulis VT

Novel VT menjadi harapan penulisnya Hilal Asyraf untuk mengangkat sukan sebagai ibadah, dan mengajak manusia untuk melihat sukan sebagai salah satu saluran dakwah dan tarbiah (didikan). Melalui novel ini juga, Hilal mahu mengajak pembaca memahami konsep tawazun (keseimbangan), dan mengutamakan apa yang utama dalam kehidupan.

“Novel ini juga menyelami perasaan pelajar-pelajar yang bermasalah di sekolah,” jelas Hilal yang kini menuntut di Tahun Pertama dalam jurusan Usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan.

Di celah-celah aktiviti sebagai pelajar, Hilal menjadualkan waktu khusus untuk mengarang VT dan berjaya menyiapkan novel setebal 512 halaman ini dalam masa sebulan.

“Selalunya, saya atur jadual saya untuk menulis ini agar ada keseimbangan dalam kehidupan saya. Jadi, saya dapat menulis, dan hubungan saya dengan sahabat-sahabat juga tidak terganggu,” ujar Hilal (Foto) dalam e-melnya dari Jordan.

Pada 2008, sewaktu Hilal masih menuntut di Ma’ahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah (MATRI), Perlis, kumpulan bola tampar MATRI buat pertama kali muncul johan MSSPs. Hilal salah seorang pemain dalam pasukan itu. Justeru, dalam VT, Hilal mewujudkan watak-watak pemain bola tampar yang diadaptasi daripada watak sebenar sebagai penghargaan dan kenangan atas segala kesukaran yang dilalui bersama.

Hilal menjelaskan, “Saya menggarap VT dari pengalaman, dan tarbiah yang saya lalui di MATRI, serta kehidupan dalam fikrah Islami yang dididik oleh guru-guru saya di sana. Justeru, jika VT ini mendapat sambutan, hakikat sebenar bukanlah kerana bagaimana garapan saya. Faktor sebenarnya adalah kerana pembaca sudah jatuh hati kepada Islam itu sendiri sehingga mereka tidak kisah jika tiada adegan cinta dan jiwang di dalamnya.”

Hilal berkata, apabila sudah berkeluarga nanti dengan izin Allah, beliau berhasrat menghasilkan novel mengenai hubungan suami isteri, dan tarbiah anak-anak dalam rangka pembetukan satu keluarga yang diredhai Allah.

“Semoga Allah menerima penulisan saya sebagai salah satu daripada amal-amal soleh, dan menjadikannya sebagai saham akhirat saya.”


Feb 18, 2009

Proses Penerbitan



Untuk menghasilkan sesuatu produk, haruslah melalui proses-proses tertentu. Begitu juga dalam bidang penerbitan. Untuk menerbitkan bahan bercetak khasnya buku atau majalah, ada proses-prosesnya.

Proses penerbitan buku pada asasnya ada empat peringkat:

1. Editorial
2. Perekaan
3. Percetakan
4. Pemasaran.

Mari kita lihat satu per satu.

Editorial
Apa agaknya kerja-kerja yang terlibat di peringkat editorial?

Di sinilah segala-galanya bermula—mencari penulis dan menulis atau mengarang. Ini boleh kita panggil peringkat mengumpul bahan mentah.

Penulis boleh terdiri daripada penulis dalaman atau penulis dari luar.

Pembinaan judul dan perancangan penerbitan juga bermula pada peringkat editorial.

Selesai karya ditulis, manuskrip itu akan disemak oleh penyunting atau editor. Isi, ejaan, tatabahasa dan ayat akan disemak. Yang salah dibetulkan, yang kurang sedap, disedapkan.

Gaya penulisan turut diteliti. Adakah sesuai dengan pembaca sasaran?

Segala-galanya diselesaikan pada peringkat editorial.

Jika kualiti pengarangan terlalu teruk, maka manuskrip akan dipulangkan kepada penulis—sama ada untuk pembetulan, ditulis semula, atau ditolak terus.

Selesai peringkat suntingan, manuskrip akan melalui peringkat seterusnya iaitu perekaan.

Perekaan
Apa pula dibuat di sini?

Manuskrip yang selesai disemak, akan dihantar kepada pereka rekaan buku. Editor dan pereka buku akan berbincang untuk menetapkan konsep buku. Jika ada gambar atau ilustrasi yang hendak dimasukkan ke dalam buku, di sinilah peringkatnya. Susun atur buku, rekaan kulit, pemilihan warna yang sesuai, menentukan jumlah muka surat, akan diselesaikan di sini.

Setiap jenis buku, lain pula rekaannya. Buku kanak-kanak, buku orang dewasa, buku mewah, buku sekolah, buku umum, buku rujukan—semuanya mempunyai konsep yang berbeza, mengikut kesesuaian pembaca.

Reka letak atau lay out dilakukan oleh artis grafik, berdasarkan visual yang telah dirangkakan oleh jurureka buku hasil. Antaranya yang ditentukan ialah saiz teks, saiz buku, jenis kulit.

Setelah selesai proses reka letak, maka galei akan dikeluarkan. Galei ialah pruf cetakan untuk dibuat pembetulan. Lazimnya pembetulan yang kecil-kecil yang terlepas pandang semasa peringkat penyuntingan.

Galei satu ini akan dipulangkan kepada editor untuk disemak dan dibuat pembetulan. Apabila selesai disemak oleh editor atau penyunting atau pembaca pruf, maka artis grafik akan membuat pembetulan.

Selesai peringkat ini, manuskrip dalam bentuk PDF (dahulu dalam bentuk filem) akan dihantar kepada pencetak di kilang.

Percetakan
Apa dilakukan di kilang cetak?

Pencetak akan mencetak buku mengikut spesifikasi yang telah ditentukan oleh penerbit seperti saiz buku, ketebalan buku, jenis kertas, jenis jilidan dan jumlah naskhah yang hendak dicetak.

Harga sebuah buku ditentukan oleh kos mencetak. Maka penerbit haruslah berhati-hati menentukan spesifikasi buku.

Selesai dicetak menjadi naskhah buku, proses penerbitan belum dikira sempurna sehinggalah buku itu dipasarkan.

Pemasaran
Buku-buku yang telah dicetak mestilah dipasarkan. Buku-buku boleh dipasarkan melalui banyak cara. Oleh itu, penerbit haruslah peka dengan keadaan trend pemasaran buku.

Tidak semua jenis buku sesuai diletakkan di kedai buku. Misalnya, ada buku yang hanya sesuai dijual secara terus ke perpustakaan dan sekolah.

Pada hari ini, semakin banyak penerbit memasarkan buku mereka melalui laman web mereka di Internet. Pemasaran buku secara online ini semakin popular kerana dapat menembusi pasaran antarabangsa tanpa had sempadan.

Ada juga penerbit yang mengedarkan katalog kepada pembaca. Pembaca boleh memesan buku mereka melalui cara pos.

Selain itu, jualan buku juga boleh dibuat semasa ekspo atau pesta buku yang diadakan dari semasa ke semasa yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Seperti mana produk-produk lain, aspek paling penting yang tidak boleh dipandang remeh oleh penerbit ialah promosi. Kebanyakan penerbit berpendapat, promosi merupakan aspek terpenting dalam proses penerbitan!

Just how important is promotion to a book's success? Lynn Marzulli, the best-selling author of the Nephilim Triology (Zondervan) believes, "Writing your first book and getting published are exciting experiences; however, promotion of your printed book is more important than any other aspect of the book-writing/publishing process. Promotion is imperative because this is a competitive business, driven by hard-nosed, intelligent people who can be ruthless at maximizing the dollar. If they're not working with you to get your book promoted, it is easy to get buried in the shuffle no matter how good your book is."

Promosi pula perlu dilakukan secara tetap/terus-terusan—tidak boleh hanya sekali dua. Kerana itu, tidak hairanlah ada penerbit (khasnya penerbit di Barat) sanggup berhabis belanja hanya untuk promosi!

-Oleh Suraiya

Feb 5, 2009

DAHULU DAN KINI

Apabila saya dipindahkan sepenuhnya ke Jabatan Buku, saya seolah-olah mengulang kaji semula segala ilmu teori dan praktikal yang dipelajari semasa di ITM dan UM dahulu, yang telah lama saya tinggal.

Pengetahuan itu semakin luput di ingatan. Namun, kini saya perlu menyingkapnya semula—apa yang telah lupa. Malah perlu menambahkan lagi ilmu dan meningkatkan lagi skil selok-belok proses penerbitan buku; melalui pengalaman dan juga menerusi pembacaan.

Buku dan nota berkenaan penerbitan, diselak kembali. Juga mencari bacaan tambahan dari Internet. Dengan kemajuan teknologi dalam penerbitan, maka mahu tidak mahu, pengetahuan baharu mesti digali!

Alangkah jauh bezanya proses penerbitan dahulu dan kini. Kini segalanya mudah belaka. Proses awal hingga akhir semua dilakukan di hadapan komputer yang dikenali sebagai desktop publishing (DTP) . . . “ Penerbitan setempat” kata pensyarah saya di ITM dulu.

Kini kita berada dalam era digital. Justeru, DTP juga mengalami evolusinya yang tersendiri.

Bermula dengan aplikasi Pagemaker yang diperkenalkan pada 1985, proses menerbit buku menjadi mudah. Saya dahulu mahir ‘PageMaker’, kini skil saya itu sudah ‘obsolete’ bersama PageMaker itu sendiri. Kemudian muncul pula Pagemaker 4, 5, 6.5 dan seterusnya yang terakhir ialah Pagemaker 7.0 yang diperkenalkan sekitar tahun 2001.

PageMaker 7.0 ‘obsolete’ pada 2004. Ini menunjukkan betapa pantas evolusi aplikasi berlaku.

Seterusnya muncul pula aplikasi QuarkXpress. Aplikasi ini terus-terusan mengalami evolusi. Adobe FrameMaker, Adobe Photoshop dan hari ini saya pun tidak pasti ‘Adobe-adobe’ terkini apa lagi yang muncul dan digunakan.

Aplikasi demi aplikasi datang dan pergi!

Kepantasan evolusi teknologi digital ini mempunyai implikasinya yang tersendiri. Misalnya istilah-istilah yang sekian lama digunakan dalam proses penerbitan juga mengalami kepupusan—ya, sama ‘obsolete’nya!

Sebagai contoh, istilah colour-sep (colour seperation/pisah warna) hampir atau sudah pupus dalam kamus penerbitan! Kebanyakan penerbit sudah tidak mempraktikkan kaedah ini apabila muncul kaedah PDF (Portable Document Format). Tidak perlu lagi menyediakan ‘colour-key’. Hanya perlu membawa sekeping CD ke kilang cetak. PDF ialah istilah baru dalam dunia penerbitan digital dan kini tidak asing lagi digunakan.

Istilah colour-sep (colour seperation) atau pisah warna cukup popular suatu ketika dahulu. Kini juga menemui noktahnya. Ia adalah proses memisahkan warna asal kepada komponen-komponen warna individu. Warna asal ini terdiri daripada empat warna yang diistilahkan dengan CMYK (cyan, magenta, yellow dan black). Kombinasi empat warna ini boleh menghasilkan spektrum warna yang maha banyak.

Istilah film dan material filem itu sendiri juga barangkali sudah tiada. Saiz mesin menyediakan filem yang besar itu kini menjadi kenangan. Harganya puluhan malah ada yang ratusan ringgit. Entah tersadai di mana. Barangkali boleh masuk muzium atau dijadikan besi buruk. Tidak lagi perlu bermain dengan kimia (developer dan fixer) yang baunya sangat tidak menyenangkan dan sangat menusuk hidung. Tidak lagi perlu memotong filem satu demi satu mengikut jumlah muka surat buku. Jika 120 muka surat, maka jumlah filem pun begitu juga. Malah jika muka surat berwarna full colour, maka satu muka surat mempunyai empat helai filem. Bayangkan betapa berat untuk mengangkat filem yang telah siap ke kilang cetak berbanding sekeping CD yang digunakan kini!

Istilah typeface atau rupa/muka taip juga kurang popular diguna pakai pada hari ini. Hari ini kita lebih senang menyebutnya sebagai ‘font’. Dari komputer puluhan font boleh dipilih.

Dekad-dekad lalu pilihan rupa taip sangat terhad. Ini kerana di kilang cetak, huruf tembaga atau besi disusun pada sekeping besi panjang satu per satu menjadi perkataan dan ayat. Bayangkan renyah dan sulitnya untuk menghasilkan naskhah buku! Jika mahukan font yang berlainan jenis, berapa banyak pula huruf-huruf tembaga ini perlu disediakan?



Mengatur huruf dalam proses percetakan. Huruf disusun satu per satu.
Sumber gambar: WIKIPEDIA The Free encylopedia.

‘Orang lama’ dalam industri penerbitan buku tentunya mensyukuri nikmat digital hari ini jika mereka masih bergelanggang dalam bidang ini!

-Oleh Suraiya-

Jan 5, 2009

Komen Terpilih...

Judul: Kembara Atiq Wazif: Satu Anugerah
Penulis: Hassan Suyut
Terbit: 2008
......





> "Buku ini sesuai dan wajib dibaca oleh smeua ibu bapa, bukan hanya mereka yang ada anak istimewa sahaja." Demikian tulis Pn Midah Tairak, Sg Petani dalam komen terhadap ulasan buku Kembara ATiq Wazif.

>  Pn. Zaharah Samad, UIA Gombak :
"Buku ini memberikan semangat baru dalam kehidupan kami"

> Sdr Agus Othman, Kuala Terengganu said...
"Diharap buku ini dapat menyemarakkan semangat ibu bapa yang dianugerahi anak-anak istimewa"

> Fuad Omar, Johor Bahru said...
"Saya dah habis baca dua kali. Memang sangat tersentuh dan ada juga terkena batang hidung sendiri… Bacaan wajib untuk sesiapa saja yang ingin tahu bagaimana yang dikatakan kehidupan sebenar. Saya jadikan bahan bacaan wajib untuk staf saya"

> Ahmad Yani A.Manaf, Editor Majalah I said...
"Banyak nilai baik yang memberi pengajaran/teladan pada pembaca. Satu lagi saham akhirat yang bermanfaat"

> Iskandar (Dr.Bubbles), Kuala Lumpur said...
"Memang menyentuh perasaan bila membaca helai demi helai"

> Mohd Rusdi Abdullah, kolumnis majalah ANIS said...
"Cara penceritaannya membawa kita rasa dekat dan seolah-olah ada bersama dalam setiap detik yang diceritakan. Buku ini bukan sekadar catatan pengalaman, tapi juga ada motivasi, ada panduan, ada unsur sedih dan hiba… kelakar pun ada"

TERIMA KASIH SEMUA!!! Dapatkan segera buku istimewa ini di pasaran atau hubungi terus kami.

Dec 25, 2008

Modal Untuk Menjadi Penulis Best-Seller

...antara modul yang dibentangkan di Bengkel Penulisan Novel Islami bersama Ustaz Habiburrahman El-Shirazy yang merupakan penulis novel Ayat-Ayat Cinta yang telah berjaya mencipta satu fenomena baru dunia penulisan novel Islam...

Modal 1 – Niat yang kuat / Kemahuan yang ‘keras’
Seseorang yang mempunyai niat yang kuat untuk menjadi seorang penulis boleh berjaya sebagai penulis. Di samping itu, kemahuan yang ‘keras’ juga boleh menjadi dasar yang ampuh bagi memacu diri ke arah kecemerlangan dalam penulisan. Dengan niat yang betul dan kemahuan yang jelas, seorang penulis akan dapat melihat dunia penulisan sebagai satu zon yang menguntungkan sekaligus akan menyimpan impian untuk menjadi seorang penulis bestseller! Bukan bermaksud untuk menanam sifat materialistik di kalangan penulis, tetapi ‘habuan’ itu akan membantu kita untuk lebih bersemangat menghasilkan tulisan yang berkesan kepada pembaca.


Modal 2 – Keberanian (untuk menulis)
Bagi penulis-penulis baru, pastinya sering berhadapan dengan situasi takut hasil karya mereka dikritik. Mungkin kerana bimbang hasil tulisan mereka tidak menepati standard yang ditetapkan. Buangkan sifat ini jauh-jauh! Ini adalah halangan utama yang boleh menghapuskan cita-cita anda untuk menjadi seorang penulis yang berjaya. Benteng halangan ini perlu dipecahkan dengan keberanian yang jitu. Bukan hanya berani untuk menulis, tetapi juga berani untuk membenarkan orang lain membaca dan menilai apa yang telah anda tulis.

Modal 3 – Idealisme yang diperjuangkan dan/atau kekuatan jiwa
Penulis perlu ada 'sesuatu' yang ingin diperjuangkan di dalam penulisannya. Hasil perjuangan yang didasari kekuatan jiwa yang benar-benar ikhlas kerana Allah, akan menghasilkan karya yang lebih ‘membumi’ kepada masyarakat pembaca. Pada masa yang sama, anda akan dapat melahirkan komuniti anda yang tersendiri andainya ide perjuangan anda itu (idealisme) menepati sasaran kelompok pembaca. Cetusan perjuangan dalam penulisan ataupun idealisme ini juga dapat membantu menghasilkan ‘umur yang panjang’ kepada karya penulisan anda, insya-Allah.

Modal 4 – Ilmu, Wawasan dan Penguasaan Teknik Penulisan Yang Baik.
Penulis perlulah punya ilmu dan wawasan yang jelas. Dua perkara ini akan memandu anda ke arah yang lebih fokus dan tidak terawang-awang dalam penulisan. Ya, anda bebas menulis. Tetapi menulislah dengan ilmu yang benar dan wawasan yang membina. Juga jangan sesekali kesampingkan penguasaan teknik penulisan yang pastinya akan membuahkan hasil karya yang lebih ranum untuk dinikmati oleh pembaca anda.

Modal 5 – Akhlak Yang Mulia
Sebagai seorang penulis Muslim, jangan sesekali alpa dengan ajaran agama. Modal ini adalah kemuncak keberkatan dalam membina diri sebagai seorang penulis Muslim yang berjaya. Dengan akhlak yang mulia, penulis akan lebih menjiwai apa yang ditulis. Hasil tulisan dirangka dengan hati yang ikhlas dan jiwa yang luhur. Apabila penulis dapat menjiwai hasil karyanya, tidak mustahil pembaca juga akan mudah jatuh cinta dengan bukunya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...