ISBN: 978-983-097-940-3
Kod: GB661
Penulis: Azura Zamri
Tebal: 216 ms
Saiz: H: 21.59 cm X L: 13.97 cm X W: 1.5 cm
Berat: 0.25KG
Harga: RM22.00/RM24.00
SINOPSIS
Tiada yang lebih bermakna sayangnya pada kita
melainkan Allah.
Tiada yang paling mengerti sedalam mana kita hancur dan
terluka melainkan Allah.
Tiada yang selalu mengetahui keadaan diri kita dalam
ketakutan, kebimbangan dan kegundahan melainkan Allah.
Ingatlah, seteruk-teruk ujian itu pada pandangan kita, jangan menilai sisi terburuk pada balutan hikmah. Kecewa kerana ketelanjuran sikap dan perbuatan daripada manusia, jangan membalas dengan perilaku seumpama mereka.
Ingatlah, tiap-tiap
kali kehidupan kita berlumuran dengan ujian dunia, Allah cukup faham bila kita
mengadu perasaan kita. Nama pun manusia,
“Sekuat apapun kita, seberapa
banyak sabar yang kita cuba, sampai satu tahap kita menangis kerana putus asa.”
Firman Allah Azza
Wajala,
“… Janganlah
kamu berputus asa daripda rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak
berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang
kafir.”
No comments:
Post a Comment