.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 6, 2021

KERANA SYURGA ITU MANIS

KERANA SYURGA ITU MANIS
ISBN: 978-983-097-939-7
Kod: GB660
Penulis: Ana Rohani
Tebal: 184 ms
Saiz: H: 21.59 cm X L: 13.97 cm X W: 1.5 cm
Berat: 0.25KG
Harga: RM20.00/RM22.00

SINOPSIS

Andai tak pernah kita lalui hidup berliku dan beronak duri, manakan sejati rasa bahagia yang akan dikecapi nanti.

Begitulah, pasti ada hikmah untuk setiap hal yang terjadi. Yang kita rasa terlalu pahit untuk ditelan, hasil sabar dan bertenang-tenang hadapi keadaan — kita akhirnya akan mampu menikmati rasa manis aturan Tuhan.

Kerana Syurga Itu Manis – adalah bingkisan ilham yang memuatkan coretan bersifat pesan-pesan peringatan, cakupan kalam renungan dan suara-suara yang ‘memujuk’ agar setiap yang membaca setidaknya mulai berfikir betapa dalam tiap kejadian yang kerapnya dianggap sebagai dugaan, masalah atau musibah sebenarnya umpama air hujan yang membasahi jasad hingga mungkin membuat kita menggigil kesejukan – namun, tetap terkandung hikmahnya kerana detik itulah turut mengalirnya rahmat dan kasih sayang Allah Taala.


Tentang Penulis:

Senang dikenali sebagai Ana Rohani atau nama sebenarnya adalah Rohani Sipelistah. Berasal dari bumi di bawah bayu namun telah lama menetap di tanah semenanjung. Beliau kini berkhidmat sebagai jururawat namun mempunyai minat yang sangat mendalam dalam dunia buku dan penulisan motivasi. Seorang yang sangat suka berteman dengan alam dan mencintai puisi. Beliau aktif berkongsi falsafah fikirnya lewat Facebook-Instagram-Twitter atas nama ‘Ana Rohani’.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...