.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Mar 29, 2013

Seraut Kata Selaut Rasa


AKAN TERBIT
GB0213: SERAUT KATA SELAUT RASA 
Pengarang : Pahrol Mohamad Juoi
ISBN : 978-983-097-429-3
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan.

Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

Dairi Seorang Amil ( Zakat Mengubah Diri)


AKAN TERBIT
GB0231: DIARI SEORANG AMIL (ZAKAT MENGUBAH DIRI) 
Pengarang : Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid
ISBN : 978-983-097-411-8
Harga : W/M:RM23.00 E/M:RM25.00

AMIL, bukan calang-calang jawatan. Sebuah jawatan yang diberikan Allah SWT kepada golongan tertentu, yang tidak diberikan kepada semua orang. Bayangkan, sesungguhnya jawatan ini tidak pernah terlintas sedikit pun pada fikiran penulis, namun akhirnya menjadi kenyataan. Beliau sentiasa siaga menggalas tugas sebagai amil dan tetap setia kepada-Nya hingga ajal menjemput.

Ustaz Hamizul Bin Abdul Hamid dilahirkan di Lenggong, Perak, pada 10 September 1974. Berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi, Universiti Malaya dalam sijil pengajian Syariah dan Diploma Pengajian Syariah. Eksekutif Komunikasi Korporat di Lembaga Zakat Selangor ini seringkali dijemput menjadi imam dan khatib di seluruh masjid sekitar Selangor, serta panel dan penceramah khusus berkaitan zakat kepada kakitangan agensi kerajaan dan swasta. Beliau turut aktif bergiat dalam dunia penulisan khususnya berkaitan zakat.

Inspirasi Hudhud 1

INSPIRASI HUDHUD 1
Penulis : Dr. Shukri Abdullah ( Pakar Motivasi dan Strategi Belajar)
kOD: GB0251: ISBN : 978-983-097-431-6
Harga : W/M:RM20.00 E/M:RM22.00















Inpirasi Hudhud 1 memaparkan 101 kisah motivasi yang ringkas, padat dan sarat dengan pengajaran.

Setiap kisah yang dimuatkan mampu meninggalkan impak yang besar kepada pembaca.

Buku ini merupakan santapan rohani yang amat sesuai dijadikan bacaan santai di rumah atau di mana sahaja. Ya, luangkan hanya LIMA MINIT untuk menghadam setiap satu kisah!

Mar 27, 2013

Ikan Di Laut Asam Di Darat


GB0244 : IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT 
Pengarang : CHEF ADU AMRAN
Tebal : 184 m/s
ISBN : 978-983-097-425-5
Harga : W/M RM 30.00; E/M RM 32.00

IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT ialah sebuah catatan perjalanan kulinari Chef Adu Amran. Ia terbahagi kepada 6 segmen :-

1- Sajian Nasi

2- Sajian Lauk-Pauk

3-Hidangan Sup, Snek, Sampingan dan Pembuka Selera

4- Pemanis Mulut

5- Hidangan Minuman

6- Resepi Bonus : Kaldu

Keseluruhannya mengandungi 61 resepi kreatif Chef Adu Amran. Tip dan ilmu masakan turut diberikan.

Sentuhan seni Chef Adu Amran bukan sahaja pada resepi dan hasil masakannya yang 'first class', tetapi juga pada penulisannya. Terkenal dalam menghasilkan masakan 'fusion', Chef Adu Amran amat menghargai nilai dan budaya masyarakat Malaysia. Justeru selain resepi penulis turut mengadunkan seni pantun dan peribahasa indah di dalam IKAN DI LAUT ASAM DI DARAT.

Sahaja Aku Mencintai-Mu


GB0240 : SAHAJA AKU MENCINTAI-MU
Pengarang : Ajwad Amal
Tebal : 216 ms
ISBN : 978-983-097-405-7
Harga : W/M:RM30.00 E/M:RM32.

Buku ini adalah sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

"Kalau Ameer boleh buat kamehameha, Ameer hendak tembak tangki air itu!" Sambil tangannya menuding ke arah sebuah tangki air yang tinggi di sebelah stesen minyak.

Saya memandangnya dan hanya tersenyum. Kali ini saya tidak berminat untuk berkata apa-apa. Sekadar tercuit hati dengan telatah Ameer. Teringat pula pada zaman kanak-kanak saya dulu. Zaman bermain yang paling menyeronokkan! Ameer yang sedang bersemangat menembak kamehame hanya ke arah tangki air, tiba-tiba menunduk dan kelihatan bersedih.

Saya hairan melihat perubahan riak wajahnya.

"Betullah. Apabila kita ada kuasa, rasa asyik hendak buat jahat sahaja," katanya.

Saya tersentak. Saya memandang Ameer dengan perasaan terkejut. Bagaimana ayat itu boleh keluar dari mulutnya? Hairan! Tidak disangka kisah ini ada sambungannya. Yang lebih mengujakan, pengajaran ini saya dapat daripada seorang budak darjah dua!

Anekdot Madinah : Benar Dia Maha Mendengar


GB0247 : ANEKDOT MADINAH: BENAR DIA MAHA MENDENGAR 
Pengarang : Muhd Kamil Ibrahim
Tebal : 400 ms
ISBN : 978-983-097-404-0
Harga : W/M:RM45.00 E/M:RM47.00 S/S

Buku ini adalah karya kedua Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI) bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd . Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam.

Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah.

Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!



Kisah Orang Kaunter


GB0230 : KISAH ORANG KAUNTER
Pengarang : Rafi Haruman
ISBN : 978-983-097-414-9
Harga : W/M:RM16.00 E/M:RM18.00

Sudah tercatat dalam lomhafuz, sejak zaman kanak-kanak, ke alam persekolahan dan sehingga memasuki alam pekerjaan dia tidak dapat lari daripada kaunter. Sudah rezekinya di meja kaku itu. Dari suatu kuanter ke kaunter lain, pelbagai kisah dan pengalaman menarik yang telah dikutip. Kisah-kisahnya menarik, amat sarat dengan mesej dan teladan serta tidak sepi daripada humor dan nilai-nilai tarbiah.

Kisah orang kaunter adalah perkongsian kecil sebuah perasaan, bagaimana perhubungan kita dengan masyarakat, juga sebagai wadah dalam kita memahami apa yang sepatutnya kita lakukan sekiranya berlaku konflik dalam sesuatu komunikasi.

Mrs : Novelist


GB0239 : MRS. NOVELIST 
Pengarang : Dissa Azmin
ISBN : 978-983-097-397-5
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Ibu, suri rumah tangga yang bercita-cita mahu menjadi novelis. Ibu tetapkan hati biarpun minatnya kurang mendapat sokongan Muiz, Lili dan Muaz. Nawaitu murni, kesungguhan dan kegigihan ibu membuka mata hati mereka. Demi mencapai impian ibu, mereka sanggup tempuhi segalanya. Hinggakan hasrat Muiz sendiri terlepas daripada gengaman. Sampai saat itu, ibu pula terduduk dan tidak berdaya lagi melalui halangan. Berjayakah Muiz, Lili dan Muaz dalam merealisasikan misi buku pertama ibu? Berkubur begitu sahajakah impian Muiz untuk bergelar bintang ragbi?

Mar 25, 2013

Relasi


GB0235 : RELASI
Pengarang : Hilal Asyraf
Tebal : 248 m/s
ISBN : 978-983-097-421-7
Harga : W/M:RM15.00 E/M:RM17.00

Saifullah mencari-cari seseorang yang oleh digelar sahabat. Jalinan ukhuwah antara Saifullah dan senior yang amat rapat tiba-tiba terlerai. Insiden dengan 5 Paksi Kejahatan dan Senior memadamkan nama Senior sebagai sahabatnya. Konflik dalam memerangi anasir negatif 5 Paksi Kejahatan mencapai pada satu kemuncak yang tidak terjangga oleh akal.

Berjayakah Saifullah berhadapan dengan 5 Paksi Kejahatan tanpa Senior? Apakah hubungan Senior dengan Amiri, Abbas dan Atikah? Adakah dengan darah dapat menumbangkan 5 Paksi Kejahatan? dan siapakah sebenar-benarnya yang layak digelar 'sahabat'?

Ikuti kisah ini hanya di dalam RELASI.




Mar 19, 2013

Langit ILAHI (EDISI ISTIMEWA)


GB0210 : LANGIT ILAHI (EDISI ISTIMEWA) 
Pengarang : Hilal Asraf
ISBN : 978-983-097-389-8
Harga : W/M:RM65.00 E/M:RM67.00

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Kembara Hamba Mencari Cahaya ... menekankan persoalan dunia sebagai ladang akhirat dan menjawab persoalan bagaimana hendak bergerak membina kehidupan sebagai hamba.

Fanzuru: Maka Lihatlah ...satu perkongsian pengalaman, yang mengajak kepada disiplin hidup yang mapan, dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Kini tiga buku dikompilasi menjadi satu. Simpanan ilmu yang sesuai untuk dijadikan silibus penyampaian tazkirah, dan perkongsian saat santai bersama rakan. Melalui Edisi Istimewa Langit Ilahi, penulis bestseller Hilal Asyraf mengajak kita pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...