.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Nov 1, 2018

Sakura No Suki 1

SAKURA NO SUKI 1
ISBN: 978-983-097-771-3
Kod: BP29
Penulis: PAEH DESIGN & MF ZAKARIA
Tebal: 128 ms
Harga: RM10.00/RM12.00



SINOPSIS
Sakuragi, seorang pelajar tahun akhir di Universiti Osaka, Jepun adalah seorang agnostik iaitu tidak punyai agama tetapi percaya kepada Tuhan. Pertemuannya denga Nuri Wardah yang merupakan sahabat Jawaher iaitu rakan sekuliahnya telah membuka episod baharu dalam kehidupannya.

Setelah enam bulan tamat pengajian dari universiti di Malaysia, Nuri Wardah datang bercuti ke Jepun atas jemputan Jawaher sambil menunggu tawaran kerja. Percutian Nuri Wardah ke Jepun itu dalam masa yang sama adalah untuk membantu Jawaher yang membuka gerai jualan fesyen Muslimah yang terdiri daripada pakaian tradisi Melayu, Jepun dan gabungan kedua-duanya di tapak Festival Sakura Osaka.

Dalam usaha untuk mengenali Nuri Wardah, Sakuragi cuba mengenali agama Islam yang dianuti oleh Nuri Wardah. Pencarian Sakuragi mengenai Islam adalah melalui Internet. Namun, apa yang ditemuinya berkaitan Islam membuatkan dia menjauhkan diri dari Nuri Wardah dan Jawaher. Keadaan ini membuatkan Sakuragi berada dalam dilema antara perasaannya terhadap Nuri Wardah dengan ajaran dan amalan dalam Islam itu sendiri.
Sakuragi buntu hingga membuatkan dia hampir kehilangan Nuri Wardah.


TENTANG PENULIS
Paeh Design
Pemilik kepada nama sebenar, Faez Ismael. Memilih menggunakan nama pena Paeh Design berdasarkan kepada kerjaya sebagai pereka grafik freelance. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Bermula dengan memuatnaik karya di media sosial, beliau kini aktif menganjurkan bengkel komik selain aktiviti bersama dengan Daie Kreatif Venture dalam menghasilkan komik berunsur dakwah. Antara judul komik tersebut adalah Tarbiah No Namida, Andai Ku Rapuh, Bukan Berkhutbah dan Inkramadhan. Merupakan pelukis dan berkolaborasi dengan penulis MF Zakaria bagi komik Sakura No Suki yang merupakan terbitan pertama bersama Buku Puris.

MF Zakaria

Singkatan dari Muhammad Faezan bin Zakaria, MF Zakaria merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi dari UiTM. Berbekalkan pengalaman sebagai seorang eksekutif pemasaran, MF Zakaria memulakan kerjaya sebagai freelance pada akhir 2016 dengan fokus utama terhadap rekaan grafik. Selain itu, beliau mula berjinak dengan seni lukisan digital serta penulisan kreatif dengan dorongan dan sokongan daripada rakan sepengajian, Paeh Design. Sakura No Suki terbitan Buku Puris merupakan hasil penulisan kreatif pertama dari MF Zakaria berkolaborasi bersama Paeh Design sebagai pelukis.






Berdamai Dengan Takdir

Berdamai Dengan Takdir
ISBN: 978-983-097-774-4
Kod: GB522
Penulis: Rohamiah Muda
Tebal: 176 ms
Harga: RM20.00 / RM22.00

SINOPSIS
Relaks betul membaca naskhah ini! Rasa seperti menonton drama di televisyen. Boleh baca sambil makan bertih jagung. Pendekatan dakwah yang cukup santai dan bersahaja hingga kepala pun tak rasa berat mahu menghadam intipati mesejnya.

Topik yang diketengahkan berkisar tentang isu biasa yang sentiasa berlegar-legar di sekeliling kita namun dikupas dengan ketinggian ilmu dan ketegasan penulisnya.

 Alhamdulillah, Berdamai Dengan Takdir adalah naskhah yang sangat sesuai untuk mereka yang mahu memelihara dan memulihara hati agar sentiasa tenang dan redha dengan takdir Allah. Tahniah Puan Rohamiah!


TENTANG PENULIS
Rohamiah Muda, seorang anak kelahiran dari Kuala Terengganu. Penulis merupakan seorang graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam dari Universiti Malaya.
Sekarang sedang bertugas sebagai seorang pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. Berpengalaman dalam bidang pendidikan selama 17 tahun. Penulis juga terlibat secara langsung dalam bidang pruf buku dan penerbitan di Institusi Pengajian Tinggi.
Meminati bidang penulisan buku sejak tahun 2015. Telah berjaya menerbitkan enam buah buku antologi bersama penulis lain. Beberapa karya juga telah berjaya diterbitkan di majalah.

Ibu kepada tujuh orang anak, juga bergiat aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menghadiri seminar, bengkel dan juga menyampaikan ceramah motivasi.






Oct 24, 2018

Mutiara Minhajul ‘Abidin

Judul: Mutiara Minhajul ‘Abidin
ISBN:  978-983-097-761-4
Kod: GB519
Penulis: Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin
Tebal: 208 ms
Harga: RM20.00/RM22.00












SINOPSIS
Jalan menuju Allah SWT atau jalan ibadah bukanlah suatu jalan yang mudah. Kita memerlukan kepada pedoman daripada wahyu dan pengalaman mereka yang dipilih oleh Allah SWT, yang telah melaluinya lalu berjaya sampai kepada destinasi pencarian mereka. 

Penulis memetik kaedah-kaedah asas yang digariskan oleh Al-Imam al-Ghazali rahimahullah dalam kitab beliau Minhajul ‘Abidin ila Jannati Rabbil ‘Alamin dan menyampaikannya dengan gaya yang berlainan bagi memudahkan para pembaca khususnya yang baru ingin mengenal asas-asas tasawuf Islam dan kesufian.


KANDUNGAN
Permulaan Langkah
Pendakian Pertama: Ilmu dan Makrifat
Pendakian Kedua: Taubat
Pendakian Ketiga: Halangan-halangan
Pendakian Keempat: Rintangan-rintangan
Pendakian Kelima: Al-Bawa‘its atau Pendorong
Pendakian Keenam: Al-Qawadih (Perosak)
Pendakian Ketujuh: Syukur dan Puji
Kaedah-Kaedah Menyempurnakan Pendakian
Penutup

Tentang penulis:
Memiliki Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Antara guru beliau; Sheikh asy-Syarif Yusuf bin Muhyiddin al-Bakhour al-Hasani, Syeikh Dr Ali Jum‘ah, Syeikh Dr Ahmad Umar Hasyim, Syeikh Usamah bin Sayyid al-Azhari, Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam an-Nadwi al-Maliki, Tuan Guru Syeikh Rahimuddin al-Bantani dan lain-lain. Aktif menulis dan menjalankan program dakwah serta pengajian. Mutiara Minhajul ‘Abidin merupakan karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my 
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 

 

 

 

 

 


Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah

Judul: Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
ISBN: 978-983-097-743-0
Kod: GB501
Penulis/Penterjemah & kemas kini: Ustaz Muhadir Haji Joll  
Tebal: 280 ms
Harga: RM35.00/RM37.00 (EDISI JIMAT)

SINOPSIS
Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW adalah sebuah biografi yang padat dengan fakta ringkas tetapi lengkap mengenai Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW dan perjalanan hidup Baginda.

Naskhah yang memberi gambaran kepada pembaca untuk menyelami kehidupan sebenar Rasulullah SAW sejak dari awal kelahiran sehinggalah kewafatan Baginda.

Buku ini mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW, lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik.

Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW ini diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Semoga setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menambah rasa cinta terhadap Baginda SAW.

KANDUNGAN
Muqaddimah Penterjemah

BAHAGIAN PERTAMA: Kehidupan Nabi Muhammad
Nasab yang mulia
Kelahiran
Bidan Nabi
Penjaga dan ibu susuan Nabi
Perkembangan awal kehidupan Nabi
Pekerjaan Nabi Muhammad sebelum menjadi nabi
Pasar-pasar tempat Nabi pernah berniaga
Nama-nama Nabi Muhammad
Nama-nama lain Nabi Muhammad
Tanda-tanda Kenabian
Sifat-sifat fizikal Nabi Muhammad
Pakaian dan perhiasan
Kekuatan fizikal Nabi Muhammad
Akhlak Nabi Muhammad
Keluarga dan kaum kerabat Nabi Muhammad
-          Nenek Nabi sebelah ayah dan sebelah ibu
-          Ayah dan ibu saudara Nabi (sebelah ayah)
-          Ayah dan ibu saudara Nabi (sebelah ibu)
-          Sepupu Nabi (daripada ayah saudara dan ibu saudara sebelah ayah)
-          Isteri-isteri Nabi Muhammad
-          Anak-anak Nabi Muhammad
-          Anak tiri dan anak angkat Nabi
-          Cucu-cucu Nabi
-          Saudara-saudara susuan Nabi Muhammad


Sejarah ringkas peristiwa hijrah dari Makkah ke Madinah
Orang yang berada di samping Rasulullah
-          Maula-maula Rasulullah
-          Pembantu Rasulullah
-          Para Sahabat Nabi yang bertugas melaksanakan hukuman mati atas perintah Rasulullah
-          Para Sahabat yang ditugaskan dengan tugas khas
-          Pengawal Rasulullah
-          Utusan Rasulullah kepada ketua-ketua dan raja-raja
-          Penulis Rasulullah (yang menulis surat Rasulullah)
-          Sebahagian isi surat Rasulullah
-          Isi surat Rasulullah kepada Kaisar Rom, Hercules
-          Isi surat Rasulullah kepada Najasyi
-          Isi surat Rasulullah kepada Kisra (Maharaja Parsi)
-          Pegawai yang ditugaskan menguruskan urusan pemerintahan
-          Para muazzin Rasulullah
-          Juru pidato Rasulullah
-          Penyair, khatib, dan penghibur Rasulullah
Haiwan tunggangan Rasulullah
Haiwan ternakan Rasulullah
Senjata dan kelengkapan perang Rasulullah
Pakaian dan perkakas Rasulullah
Peperangan yang ghazwah (disertai) dan sariyyah (tidak disertai) Rasulullah
Haji dan umrah Rasulullah
Mukjizat Rasulullah
Kewafatan Rasulullah

BAHAGIAN KEDUA
Peristiwa penting pada zaman Rasulullah
Tahun sebelum kenabian: 1 tahun – 39 tahun
Tahun Kenabian: Tahun Pertama (umur 40 tahun) – Tahun Ke-13 (umur 52 tahun)
Peristiwa Hijrah dan selepasnya: Tahun Pertama (umur 53 tahun) – Tahun Ke-11 (umur 63 tahun)

Sanad kitab “Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah” (Tarikh Peristiwa-Peristiwa dan Hal-Hal Kenabian)
Khutbah terakhir Nabi Muhammad


CATATAN:

Buku ini adalah terjemahan berserta kemaskini daripada kitab: Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah  oleh Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki. Ulama besar sufi bertaraf muhaddits, bergelar Profesor dan berketurunan Rasulullah SAW, pengarang kepada ratusan kitab yang sebahagiannya diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Menjadi guru dan rujukan ramai ulama termasuk ulama tersohor Malaysia dan Indonesia. Pada hari kematiannya, Jumaat 15 Ramadan 1425H (2004), bumi Makkah dirundung kesedihan tatkalan ribuan orang mengiringi jenazahnya ke perkuburan Maala.







Oct 18, 2018

Tanah Kubur Challenge

Tanah Kubur Challenge
ISBN: 978-983-097-904-5
Penulis: Mariam Sarbini
Tebal: 128 ms
Harga: RM12.90/RM14.90*

Ada beberapa kejadian yang berlaku yang mencetuskan rasa ingin tahu kepada Adam dan Sulaiman berkenaan tanah kubur dan roh gentayangan. 

Perkara itu menjadikan mereka berdua saling mencabar keberanian masing-masing. Akhirnya mereka bersetuju untuk pergi dan berada di kawasan tanah kubur pada satu malam Jumaat yang mereka namakan sebgai ‘Tanah Kubur Challenge’.

ancangan mereka berdua diketahui Hawa. Hawa tidak bersetuju dengan rancangan mereka dan menasihati Adam agar tidak melakukannya. Namun Adam tetap mahu meneruskan rancangannya itu.

Pelbagai perkara mendebarkan bercampur lucu yang berlaku semasa ‘lawatan’ Adam dan Sulaiman ke tanah kubur pada malam hari yang gelap itu.

Benarkah roh orang telah mati dibunuh atau mati dalam keadaan mengerikan itu tidak tenteram dan roh-roh ini akan merayau-rayau?

Adakah Adam dan Sulaiman bertemu dengan sesuatu yang menyeramkan di sana?

Siapakah yang akan memenangi ‘Tanah Kubur Challenge’ itu?












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...