.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

Jan 3, 2017

Bangkit

JUDUL: Bangkit (Pujuklah Hati 4)
PENULIS: Bonda Nor
KATEGORI: Motivasi
ISBN: 978-983-097-633-4
KOD: GB0416
TEBAL: 208 ms
HARGA: RM20.00/22.00

SINOPSIS

Buku Bangkit: Pujuklah Hati 4 ini padat dengan kisah-kisah harian yang berlaku di sekeliling kita. 

Kadang kala apa yang berlaku, kita merasakan begitu tertekan tanpa menyedari pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian itu.

Justeru, buku ini memberi motivasi dan panduan dalam menangani masalah yang dihadapi dengan membuatkan kita melihat hikmah di sebalik ujian itu. Dalam masa yang sama membuatkan kita yakin dengan pergantungan hanya kepada Allah SWT.

  
Manusia tidak boleh gah berlari,
Tanpa melalui susah payah berdiri.

Kita tidak boleh berjaya,
Tanpa melalui lelah berusaha.


Buku ini adalah kesinambungan buku Best Seller: Pujuklah Hati 1, Pujuklah Hati 2 dan Pujuklah Hati 3.











---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
------------------------------------------

Katak Di Luar Tempurung

JUDUL: Katak Di Luar Tempurung
PENULIS: Syed Alwi Alatas
KATEGORI: Motivasi
ISBN: 978-983-097-626-6
KOD: GB0415
TEBAL: 136ms
SAIZ: 5.5” X 8.5”
HARGA: RM18.00/20.00*


SINOPSIS

Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.

Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.


Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Syed Alwi Alatas adalah seorang penulis prolifik dan kini dalam peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Lebih dikenali sebagai penulis buku-buku motivasi, ternyata sentuhan tulisan beliau mampu membangkitkan keinsafan hingga 30 judul buku telah diterbitkan di Indonesia setakat ini.


Bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd., sebanyak enam judul buku motivasi (Ubah, Senyumlah, Mudahkan Jangan Susahkan, Bersyukurlah Kerana-Nya, Mencari Husnul Khatimah dan Mungkinkah ini Solat Terakhirmu?) dan sebuah novel (Destinasi) telah diterbitkan.

Antara kandungan:
1.      Mengapa tak boleh?
2.      Mungkinkah seorang Muslim mengalaminya?
3.      Dia tak pandang fizikalmu
4.      Di mana kau cari kemuliaan?
5.      Sahara kemuliaan
6.      Lebih berat daripada Gunung Uhud
7.      Pakaian tidak mengangkat darjatmu
8.      Kuat tetapi lemah
9.      Dengan kaki yang cacat ini
10. Maafkan ibu bapamu, maafkan kawan-kawanmu
11. Mendengar itu pilihan
12. Manfaat tak mendengar
13. Saya akan pertahankan mimpi saya
14. Penemuan di tengah perang
15. Mendengar kritikan
16. Dendam terindah
17. Terlebih keyakinan diri
18. Tak perlu begini
19. Kenali dirimu, kenali Tuhanmu
20. Kilang yang berjalan
21. Lebih penting daripada IQ
22. I can, insya-Allah
23. Yakin pada diri sendiri, kerana yakin pada Allah
24. Kami datang untuk membebaskan
Penutup: Kuncinya adalah iman



---------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
----------------------------------------

Jan 2, 2017

Al-Adab Al-Mufrad (Jilid 1)

JUDUL: AL-ADAB AL-MUFRAD
PENULIS: AL-IMAM AL-BUKHARI
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-627-3
KOD: GB 0414
SAIZ: 16.5 cm x 23.5 cm
TEBAL: 264 m/s
ISI DALAM: 1C
BERAT: 0.4 KG
HARGA: RM 22.00/24.00

SINOPSIS:

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.

Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini:

Adab dengan ibu bapa
Keutamaan dan kelebihan silaturahim
Adab terhadap jiran
Akhlak sesama Muslim








MUQADDIMAH KITAB
Oleh: Al-Muhaddits al-Ushuli Syeikh ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah
Imam al-Bukhari telah mendatangkan di dalam kitabnya iaitu al-Jaami’ as-Soheh (iaitu Sahih Bukhari) bagi tajuk al-Adab, dan beliau mengkhususnya sebagai satu bab di samping bab-bab lain. 
Akan tetapi, oleh kerana ketatnya syarat yang beliau letakkan (untuk memasukkan hadits) di dalam kitab Soheh Bukhari maka tidak banyak hadits dan atsar Sahabat yang berkaitan dengan adab dan zuhud yang beliau keluarkan (iaitu riwayatkan) di dalamnya. Ini kerana hadits-hadits (yang beliau hafal) tersebut tidak bertepatan dengan syarat-syarat yang beliau gunakan di dalam Sahih Bukhari.
Oleh kerana hadits-hadits dan atsar-atsar tersebut sangat diperlukan oleh seorang muslim di dalam urusan kehidupannya, maka beliau berpandangan perlunya mengasingkan bagi tajuk ‘Adab’ menjadi sebuah kitab yang terasing (daripada Sahih Bukhari) yang diperluaskan di dalamnya periwayatan hadits-hadits. 
Maka beliau menghasilkan kitab ini bagi tajuk tersebut dan beliau tidak mensyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh (sahaja) bahkan beliau telah mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) di dalamnya hadits-hadits yang soheh, hasan dengan semua pembahagian-pembahagiannya, dan banyak hadits yang dhoif juga”.
Penghasilan buku ini bagi tajuk ‘Adab’ serta tidak disyaratkan di dalamnya (hanya) riwayat yang soheh dan hasan (sahaja) merupakan sempurnanya kefahaman (fiqh) Imam al-Bukhari rahimahullahu Taala, dan merupakan kesungguhan beliau untuk menyebarkan adab-adab Islam, yang mana kebaikan tidak akan wujud melainkan bagi orang yang beradab dengannya dan barangsiapa yang berpaling darinya (iaitu meninggalkannya) maka dia diharamkan akan seluruh kebaikan. 
Hasil usaha (iaitu penghasilan kitab ini) oleh Imam al-Bukhari juga adalah sebagai mengikuti thoriq (cara) guru-gurunya dan guru-guru kepada guru-gurunya yang mereka ini tidak meletakkan syarat (hanya) riwayat-riwayat yang soheh atau hasan sahaja di dalam kitab-kitab serta periwayatan-periwayatan mereka pada tajuk adab dan zuhud serta seumpama dengannya, bahkan mereka mengeluarkan (iaitu meriwayatkan) banyak hadits yang dhoif di dalamnya sepertimana dapat dilihat di dalam kitab Az-Zuhd karangan Imam Ahmad, kitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq karangan Imam ‘Abdullah bin al-Mubarak rahimahumallahu Taala dan banyak lagi kitab selain mereka berdua.
Telah meriwayatkan oleh Al-Khatib al-Baghdadi di dalam kitabnya Al-Kifayah dengan sanad beliau (yang bersambung) daripada Imam Ahmad ibn Hanbal rahimahullah Taala, bahawa beliau telah berkata: 
“Apabila kami meriwayatkan daripada Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam dalam perkara halal, haram, sunnah-sunnah dan hukum-hakam maka kami ketatkan syarat pada sanad-sanadnya, dan apabila kami meriwayatkan daripada Nabi SAW pada perkara Fadhoil al-A’mal (iaitu kelebihan-kelebihan sesuatu amalan), perkara yang tidak meletakkan sesuatu hukum dan tidak mengangkatnya maka kami permudahkan (syarat-syarat penerimaan) pada sanad-sanadnya
“Barang siapa pada zaman mutaakhir ini cuba untuk membuang hadits-hadits dhoif secara mutlak, dan mula membuang daripada riwayat-riwayat Imam at-Tirmizi, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah (di dalam kitab-kitab Sunan mereka) akan hadits-hadits dhoif, begitu juga membuang riwayat-riwayat Imam al-Bukhari di dalam kitab ini, maka dia telah melencong daripada kebenaran serta jalan Imam-Imam para salaf terdahulu ridhwanullah ‘alaihim ajma’iin”.







--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Jan 1, 2017

Roomate

JUDUL: ROOMMATE      
PENULIS: Khaidir Helmi
ISBN:   978-983-097-621-1           
KOD: BP0004
TEBAL:   208ms
SAIZ: 5.15” X 7.5”
CONTENT: Simili 70gsm / 1C
GENRE: Buku PURIS
HARGA: RM 20/22*

Aku mahu kita sana-sama mati. Satu tanah. Satu kubur.

SINOPSIS:

Buku PURIS  yang keempat ini merupakan genre seram-thriller. ROOMMATE membawakan kisah Awira yang merupakan pelajar baru di sebuah universiti tempatan dan di situlah dia mengenali Sofi sebagai rakan sebiliknya atau yang sering dipanggil sebagai roommate. Pelbagai kejadian aneh telah berlaku kepada Awira sejak dia menjadi pelajar di situ. Antara gangguan yang berlaku, Awira menyaksikan di depan mata kepala Sofi melekat di dinding bilik mereka. 

Awira telah terlibat dengan permainan ghaib yang menjadi  kegilaan pelajar-pelajar di situ. Permainan yang menyeru kanak-kanak kecil bernama Bloody Mary, dipercayai boleh menunaikan seluruh hajat orang yang meminta. Sofi rakan sebilik Awira juga terjebak dengan permainan tersebut.

Sofi menjadi tertekan kerana sering diugut oleh “benda” terbabit. Dalam keadaan terdesak, Sofi telah menjadikan Awira sebagai cagaran untuk Bloody Mary. Awira semakin tertekan kerana sering diganggu.

Penulisan yang berbeza daripada penulisnya, Khaidir Helmi yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kuala Bekah dan pendidikan menengah di SMKA Tuan Guru Haji Abbas dan Kolej Al-Quran Terengganu.


Masih menuntut di Universiti Madinah, Arab Saudi dalam bidang syariah, beliau  mengharapkan novel ini mampu membentuk persepsi baru dalam kisah seram. Bukan sekadar kisah halau hantu semata-mata tetapi lebih kepada penderaan “emosi” sehingga merasakan hantu itu benar-benar wujud. Selamat membaca!

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------

Tinta Tarbawi

JUDUL: TINTA TARBAWI
PENULIS: USTAZ MOHD HAZRI HASHIM AL-BINDANY
KATEGORI: FARDU AIN
ISBN: 978-983-097-623-5
KOD: GB 0413
SAIZ: 5.5” x 8.5”
TEBAL: 224 m/s
ISI DALAM: 2C
HARGA: RM 20.00/22.00*


SINOPSIS:

TINTA TARBAWI menghimpunkan koleksi kalam nasihat daripada Ustaz Mohd Hazri bin Hashim al-Bindany yang mengambil ibrah daripada ayat-ayat Tuhan dan sabda Rasul Junjungan serta kalam alim ulama dahulu.

Berkisarkan pelbagai persoalan kehidupan yang bersangkut paut dengan niat, hukum hakam dan juga isu semasa.


ISI KANDUNGAN TINTA MUROBBI
·         Agama Itu Nasihat
·         Memburu Rahmat
·         Bukti Kecintaan
·         Pewaris Nabi
·         KPI Muslim
·         Dosa, Jangan Dipandang Remeh
·         Hapus Dosa dengan Kebaikan
·         Manusia yang Dicintai Allah
·         Seburuk-buruk Manusia
·         Wasiat Rasulullah
·         Hati yang Bersih
·         Bersyukur
·         Sembunyi Amalan
·         Sifat Orang Bertakwa
·         Bersangka Baik (Husnu Dzon)
·         Kita Bersaudara
·         Seni dalam Bergurau
·         Hutang
·         Pemurahnya Allah
·         Mahu Jadi Kaya?
·         Ikhtiar dan Tawakal
·         Jadi Orang Baik
·         Ikhlaskah Kita?
·         Ucaplah Terima Kasih
·         Walimatul‘Urus
·         Agar Sentiasa dalam Rahmat
·         Ulangkaji Hadits
·         Istiqamah
·         Penyakit Hati
·         Ubat Penyakit Hati
·         Andai Kau Tahu
·         Bonus daripada Allah
·         Cara Kita Hidup, Begitulah Cara Kita Mati

--------------------------------------
Untuk Pertanyaan: KLIK SINI
Wsapp: 011 3293 3466
-----------------------------------------
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...