.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 011.6747 4635 / 011.1032 2406

May 2, 2012

Cinta High Class!


CINTA HIGH CLASS
FATIMAH SYARHA / DR FARHAN HADI/
978-983-097-361-6/RM22.00/496ms, /GB0178
Kategori: Novel

Qani’ah Syumaila, pelajar SPM di sebuah sekolah agama berasrama penuh. Sederhana. Sopan. Berakhlak mulia. Muslimah yang taat kepada Tuhan-Nya. Lembut tapi berkepimpinan. Memimpin aktiviti kerohanian di asrama dengan hikmah dan menyenangkan hati banyak pihak. Pemidato di sekolah.

Akhlak Qani’ah yang mulia, penyayang, dan baik tutur bicaranya menyebabkan namanya dikenali dan diminati baik oleh pelajar perempuan dan juga lelaki. Sering menerima surat-surat cinta. Dia yang mengenali ‘kriteria’ lelaki soleh terlebih dahulu sebelum ‘pemilik cintanya’, tidak mudah menyerahkan cintanya kepada sesiapa sebelum yakin menemui lelaki yang tepat. 


TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Bijak Mengurus Wang



BIJAK MENGURUS WANG
HAJJAH ROHANI DATO’ HJ MOHD SHAHIR/
978-983-097-353-1/RM25/332ms/GB0177
Kategori: Panduan
Bagi kebanyakan manusia, untuk mengumpul wang dalam jumlah yang besar mengambil hampir keseluruhan hidupnya, sedangkan untuk menghabiskannya hanya dalam sekelip mata. 

BIJAK MENGURUS WANG mengajak kita untuk menjadi lebih bijak dalam menguruskan wang agar apabila tiba hari tua, hidup kita lebih tenteram dan tenang tanpa dibelenggu dengan masalah kewangan.
Ditulis dalam gaya santai namun mendalam maksudnya. 

Panduan jelas mengurus wang diberikan mengikut peringkat umur. Sesuai dijadikan rujukan oleh golongan yang baru memulakan kerjaya dan dijadikan peringatan bagi golongan yang telah berusia.

Bagi mata kasar orang ramai, acap kali kemewahan diukur dengan melihat kereta yang dipandu, baju yang dipakai atau rumah yang didiami. Tabiat berbelanja atau makan minum di mana juga dinilai untuk melihat kedudukan seseorang itu di mata masyarakat. Di sisi Allah SWT pula, saya amat tersentuh apabila mendengar takrifan kekayaan sebenar ialah ‘tidak memerlukan apa-apa’ sebab sudah memiliki segala-galanya.
Agak-agaknya kita ini yang asyik hendak membeli, berbelanja, menghambur-hamburkan duit dan harta yang dititipkan Allah SWT kepada kita ini, kaya atau tidak? Jauh sekali, bukan? Semakin bertambah kemampuan kewangan kita, semakin bertambah pula kemahuan kita. Jangan sampai ada orang yang kalau boleh mahukan semua barangan terkini yang diiklankan. Lebih-lebih lagi telefon bimbit, memang susah hendak dapat yang terkini. Baru sahaja beli yang baru, sudah keluar model yang terkini!
Itulah sebabnya amat penting untuk kita memahami perbezaan antara perlu dan mahu.

TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI

Berdua Lebih Baik


Berdua Lebih Baik/ ROHANI ABDUL RAHMAN / 978-983-097-359-3/RM20.00/196ms /GB0176
Kategori: Motivasi
Baik wanita mahupun lelaki, apabila sudah sampai ‘seru’ maka diri akan mula menghitung dan mencari pasangan hidup kerana hidup berdua tentunya lebih bererti. Namun, ada kalanya pasangan hidup sukar ditemui biarpun diri bukan terlalu memilih. Berdua Lebih Baik merungkai rahsia menarik jodoh bagi diri yang belum ketemu pasangannya.
Di saat hati amat berkeinginan untuk mendapatkan jodoh, kesabaran amatlah diperlukan. Apatah lagi bagi wanita atau lelaki yang sudah berumur melewati 30-an, mempunyai kerjaya dan memang bersedia untuk mempunyai pasangan.
Pelbagai sindiran mungkin kita terpaksa menelannya, ini sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita yang tidak sunyi daripada usikan yang disasarkan kepada insan-insan yang belum berumah tangga.
Situasi ini juga pernah saya lalui, pelbagai usikan terpaksa diterima. Hanya kesabaran dan senyuman yang mampu mengatasi usikan mereka. Emosi juga sentiasa tidak keruan mengenangkan diri yang belum berpunya.
... Janji Allah sudah ada, pasangannya sahaja yang belum ketemu ... .

TULIS TEKS SETERUSNYA DI SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...