.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Jul 18, 2025

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 7

Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 7
Surah Al-A'raf Ayat 1 Hingga 16
ISBN: 978-629-7716-62-6
Penulis: Dr. Shamsul Mohd Nor
Kod: GB0893
Saiz: 16.5cm x 23.5cm (Portrait)
Tebal: 296 muka surat
Kandungan: Simili 80 gsm / 2 Color
Berat:
Harga: RM35.00/37.00

Blurp:

Quran@114 merupakan program yang disiarkan setiap hari di TV AlHijrah. Ia memberi fokus kepada ilmu 3T iaitu Tadabbur, Tajwid, dan Taranum.

Quran@114 membawa masyarakat untuk mentadabbur Al-Quran dengan lebih mudah dan memahami intipati kitab suci itu agar dapat meningkatkan penghayatan serta khusyuk dalam beribadah. Selain itu, pemahaman terhadap Al-Quran juga akan memberi kesan dan perubahan positif dalam kehidupan seseorang.

Oleh itu, naskhah ini diterbitkan bagi memudahkan masyarakat pencinta Al-Quran untuk menelaah dan memahami kandungan-kandungan penting yang disiarkan dalam program Quran @114. Seterusnya mampu mengamalkan serta bersahabat dengan Al-Quran hingga ke akhir hayat.


Antara perkongsian menarik dalam Catatan Tadabbur Quran@114 Jilid 7 ini ialah:

- Janji Iblis untuk Menyesatkan Manusia

- Tebing Tinggi di Antara Syurga dan Neraka

- Kisah Nabi Hud, Nabi Nuh, Nabi Soleh, Nabi Luth dan Nabi Syuaib

- Kisah Ahli Sihir Firaun Berdepan dengan Nabi Musa a.s.

- Kisah Firaun dan Tenteranya Dimusnahkan Oleh Allah SWT

PENULIS

Dr. Shamsul Mohd Nor merupakan graduan Pusat Pengajian Islam  Ismail Aga, Fatih, Istanbul. Turki. Memiliki Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah, dari Jami’ah Al-Aqidah Jakarta, Indonesia, Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah (Hadis) serta Ijazah Kedoktoran (PhD) Usuluddin dan Falsafah (Tafsir al-Quran) dari  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berpengalaman luas dalam bidang dakwah dan konsultasi syariah. Merangkap sebagai Pengarah Akademi Al-Badar, Pengasas Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari dengan Kaedah Al-Badar, Pengerusi Yayasan Itmam, Mudir Maahad Tahfiz Al-Muhammadiyah, Pengarah Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd., Pengerusi Pusat Pengajian  dan Dakwah Islamiyah Raudhah Maghfirah (PUSDA’I). Beliau juga Penyelidik dan Pentadabur Al-Quran dalam rancangan Quran@114 di TV Alhijrah dan panel tetap program Tadabbur Al-Quran di Radio IKIM. Telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Catatan Tadabur Quran@114 Jilid 7 merupakan naskhah kelima belas beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...