Doa Dan Amalan Pelajar Cemerlang
Penulis: Mohamad Anuar Alias
ISBN: 978-629-7716-29-9
Kod: GB0859
Tebal: 152 ms
Saiz: 14.8cm x 21cm (A5)
Berat: 0.3 kg
Harga: RM25.00/RM27.00
SINOPSIS
โDan Tuhanmu berfirman, Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu.โ (Ghafir 40: 60)
Buku ini disusun mengikut rutin aturan masa kehidupan bagi seseorang pelajar.
Bermula dengan memberi penjelasan tentang doa, seterusnya penulis mendahulukan doa dan adab terhadap kedua-dua ibu bapa. Ini kerana ibu bapa merupakan wali yang utama buat seseorang anak. Doa mereka sangat mustajab. Apabila hati seorang ibu sejuk melihat anaknya beradab terhadapnya, maka berkatlah hidup seseorang anak. Berjayalah anak tersebut dalam setiap bidang yang diceburinya. Dipermudahkan segala urusan yang sukar dan rezekinya sentiasa ada serta tidak terputus.
Kemudian disusuli dengan doa dan adab hendak tidur, bangun daripada tidur sehinggalah keluar daripada dewan peperiksaan.
Insya-Allah dengan susunan begini akan dapat memudahkan kepada para pelajar membaca, menghafaz dan mengamalkannya.
Akhirnya, penulis mendoakan dengan hadirnya buku ini dapatlah memberi panduan beramal dengan doa-doa dan adab-adab tertentu kepada para pelajar khususnya untuk dibaca, dihafaz dan diamalkan. Mudah-mudahan beroleh keberkatan hidup, sentiasa di bawah rahmat, kasih sayang dan pemeliharaan-Nya.
๐๐ธ๐๐๐ถ ๐ฝ๐น๐ฎ๐๐ณ๐ผ๐ฟ๐บ ๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐๐ฎ๐น๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐๐น๐บ๐ ๐๐ป๐๐๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ฝ๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป
๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐ธ๐ผ๐ป๐ด๐๐ถ๐ฎ๐ป ๐ถ๐น๐บ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฏ๐ฒ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ป๐ณ๐ฎ๐ฎ๐:
No comments:
Post a Comment