Cerita Kanak-Kanak Tentang Rukun Iman
ISBN: 978-629-7716-30-5
Kod: GB0860
Penulis: Zaki Sapuan al Hafiz
Tebal: 112 ms
Saiz: 17.145cm X 24.13cm
Berat:
Harga: RM20.00/RM22.00
SINOPSIS
Pada suatu hari, ada seorang ahli bahasa yang mahu menyeberangi sungai yang deras. Jadi, dia meminta bantuan seorang pendayung sampan untuk menumpangkannya. Mereka berdua pun menaiki sampan bagi menyeberangi sungai tersebut.
Dalam perjalanan, ahli bahasa mula merasa bosan.
Dia bertanya kepada pendayung sampan, “Adakah kamu pandai tatabahasa?”
“Tidak,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu sudah kehilangan 10 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa sombong.
Ahli bahasa bertanya lagi, “Adakah kamu pandai peribahasa?”
“Tidak,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu telah kehilangan 20 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa takbur.
Ahli bahasa mengajukan soalan, “Adakah kamu pandai menulis karangan?”
“Tidak,” jawab pendayung sampan.
“Oh, kamu sudah kehilangan 30 tahun umur kamu,” balas ahli bahasa angkuh.
Pendayung sampan merasa sedih dengan ejekan ahli bahasa.
Tiba-tiba, sebuah ombak besar datang dan menujah dengan kuat. Sampan pun terbalik apabila ditolak oleh hempasan ombak yang ganas. Pendayung sampan dan ahli bahasa terjatuh ke dalam air lalu ditarik laju ke kawasan yang berbahaya lagi dalam. Kalau tidak pandai berenang, mesti mereka akan hanyut dan lemas dibawa arus air yang deras.
Kali ini, pendayung sampan bertanya, “Adakah tuan pandai berenang?”
“Tidak,” jawab ahli bahasa.
“Oh, tuan baru kehilangan seluruh umur tuan,” kata pendayung sampan.
Ini antara cerita yang terkandung dalam buku ini. Bagi menyuburkan Rukun Iman dalam kehidupan anak-anak tercinta, kaedah yang menarik serta santai perlu diterapkan seperti menggunakan gaya kiasan, tamsilan dan kisah iktibar agar ia tidak membosankan. Malah menghiburkan dan mencuit hati.
Setiap bahagian Rukun Iman akan dimulakan dengan pengenalan yang menyebutkan perkara-perkara asas. Lalu, minat anak-anak dipancing dengan kisah-kisah indah, sebelum mereka akhirnya mengambil pengajaran yang diselitkan pada hujung setiap tajuk.
No comments:
Post a Comment