.

Terima Kasih Kerana Mengunjungi . B L O G . B U K U . G A L E R I . I L M U . Untuk pembelian, kunjungi www.galeriilmu.com.my atau whatsapp 01132933466

Nov 20, 2020

TERIMA KASIH ALLAH

TERIMA KASIH ALLAH
ISBN: 978-983-097-917-5
Penulis: The Bingkisan Hati
Pelukis Komik: Miiraimii
Kod: GB635
Tebal: 168 ms
Saiz ; L: 13.9 cm; H: 21.6 cm; W: 0.94 cm
Berat: 0.23 kg
Terbit: Nov 2020
Harga: RM20.00/22.00*

SINOPSIS

Buku TERIMA KASIH ALLAH mempersembahkan nukilan dan ilustrasi istimewa, kolaborasi antara TheBingkisan Hati bersama Miiraimii dalam menghasilkan sebuah karya motivasi yang dihimpun bersama komik di mana intipatinya yang sangat dekat dengan kehidupan kita.

Ini kerana dalam kehidupan, semua orang pernah melalui pelbagai peristiwa dalam hidup. Acap kali kita tersasar dalam menyeberang lautan dunia. Adakala kerana terlalu lena merasai kelazatan dunia, langkah yang kita atur semakin jauh daripada-Nya.

Namun kita tahu sesulit apa jalan yang kita tempuh, kita masih ada DIA. Sejauh mana khilaf yang kita lakukan, masih ada keampunannya yang tidak terputus.

Moga nukilan dan lakaran ini bisa melakarkan sebuah rasa untuk kita semua sama-sama muhasabah diri dan mendidik jiwa menjadi lebih baik. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.



Tentang Penulis

NURUL EZZATI BT ABD WAHAB

Dikenali dengan nama pena thebingkisanhati. Dilahirkan pada 11 April 1993. Meminati bidang penulisan sejak berada di sekolah menengah. Mula menulis buku pada tahun 2016 dan kini merupakan seorang penulis sepenuh masa. Beliau juga sangat meminati penulisan skrip drama, novel serta puisi.

Telah menulis sebanyak lima buah buku motivasi bersama dengan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. antaranya Allah Kan Ada, Cukuplah Allah Bagiku, Allah Itu Dekat, Ada DIA Di Hatiku, Bangkitlah Jiwa dan karya terbaharu ini merupakan buku keenam beliau. 

MIIRAIMII

Pemilik kepada nama sebenar, Nurul Amirah ini merupakan seorang pelukis komik yang bermula sebagai pelukis komik amatur di media sosial. Beliau turut terlibat dalam komik kompilasi Tarbiah No Namida terbitan Daie Kreatif Venture. Bersama Buku Puris, beliau telah berkarya dalam Antologi Komik Puris: SIFU.


**************************
Dapatkan di kedai buku berhampiran atau beli secara online di:
laman sesawang: www.galeriilmu.com.my
atau 
klik  http://www.wasap.my/+601132933466 


 

 

 

 





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...